Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, December 6, 2014

: Allah Itu Maha Pengampun ^_^ :






Nabi yang maksum istighfar & 
taubatnya 70 ke 100 kali sehari. Kita yang penuh dosa, istighfar pun kurang.
Patutnya kita malu. ^_^

Kata Nabi: Beruntunglah bagi orang yang mendapatkan
didalam catatan amalnya istighfar yang banyak. (Ibnu Majah)


" Siapapun Awak,Sakit Macam Manapun Masa Lalu Awak,Aib Macam Manapun Kisah Dulu,Noda Macam Manapun Diri Awak,Awak Masih Punya Masa Depan Yang Baik Untuk Awak Berubah,Bertaubat Kembali Pada Allah,Ingat Allah Maha Pengampun,Tak Perlu Risaukan Tomah Manusia,Kerana Hidup 
Ini Hanya Untuk Cari Redha Yang Esa  "
#Ingat!! 


Semua Orang Ada 'peluang' untuk dirinya berubah, berubah dengan nekad yang kuat, berubah tanpa perlu melihat kebelakang lagi,berubah kerana diri sudah lelah dengan tipu daya dunia, berubah kerana takut azab ALLAH yang esa jadi berubahlah wahai saudari, Allah MAHA Pengampun Lagi Maha Penyayang..

Pernah Terfikir Seronok Hidup Hari Ini,Tiba-Tiba Kawan Akrab Kita kembali pada yang esa? Pernah muhasabah diri fikir sejenak tentang kehidupan di alam kubur seorang diri, pernah terfikir? Ada manusia berubah hanya melihat satu peristiwa pada satu hari selepas itu mereka kembali kepada 'attitude' biasa, sungguh rugi hidup atas dunia mengecapi rasa 'seronok' tidak kemana.

Percayalah 'tenang' itu mahal harganya,duit yang banyak belum mampu untuk membeli sebuah ketenangan, dan sebesar nikmat ketenangan adalah dengan mengingati ALLAH ^_^


Firman ALLAH SWT yang bermaksud: "Dia yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman supaya bertambah keimanan mereka bersama keimanannya. Kepunyaan ALLAH SWT tentera langit dan bumi dan ALLAH SWT Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" 

(Surah al-Fathu ayat 4)



Imam Ali bin Husain ditanya kenapa wajahnya pucat bila nak solat. Dia jawab: "Tahukah kalian depan siapa aku akan menghadap?"

Andai kita rasa ALLAH ada kita akan menjaga lisan kita, menjaga tempat duduk kita, menjaga setiap langkahan diatas dunia,sebab semuanya ALLAH punya,tak layak rasanya berasa hebat sedang kita tiada uapaya selain dengan izin-NYA,sedarlah kita hamba, hamba yang hina ^_^

Awak boleh berubah cuma awak perlu sokongan,awak perlu semaian rasa keyakinan,awak harus tahu Allah maha pengampun,Dia tak pernah tidur,dia ada selalu ada,pintu taubatnya terbuka luas lebih besar dari dosa-dosa kita, kembalilah bertaubat,kembalilah pada-NYA, cuma jangan lupa belajar nekad dan istiqomah diluar sana ramai mulut bakal mengata,jadi kamu perlu kuat,kamu perlu cari sahabat yang akan selalu mengingatkan, kamu boleh bisik pada hati kamu boleh :) Ingat Allah Ada dekat dengan kita :) Ibarat berkawan dengan penjual minyak wangi harumnya pasti terasa, jadi cari kawan yang mengingatkan pedoman agama,yang bakal membawa kita dekat dengan pencipta, in shaa ALLAH :) Allah lihat usaha kita,bukan masa lalu kita.. yakin dengan itu..yakinlah dan senyum ^_^

Siapalah Kita Tiada Upaya Selain Dengan Izin Pencipta :) Banyak 'Benda' Aku Belajar Kala Berniaga Disudut Jalan,Pandangan Manusia Apatah Lagi, Beli Sebiji Burger Dengan Harga Rm 2.50 Tanpa Keluar Dari Kereta Menghulur Rm 100, Sambil Dibalas Aku " Maaf Encik,Saya Tiada Duit Kecil ,Berseloroh Dia Menghina Aku, " Aii Berniagapun Tak Ade Duit Kecil Ke Nak Bagi,Kalah Mc D ! " Sambil Senyum Aku Dan Membalasnya Tak Apa Saya Belanja ^_^ Ada pula seorang hamba ALLAH,yang menjadi 'regular customer' juga tidak lagi membeli digerai usangku,kerana ibunya berkata 'abang burger itu gatal, ada hati tegur anak kita,pandang-pandang pula tue",walhal kami cuma beritahu anaknya beli burger pakailah tudung ^_^ sungguh cela pandangan manusia terhadap para peniaga tepi jalan macam kami, bisik hatiku..

Yang dicari sebenarnya atas dunia ini adalah redha ALLAH , SEBAB itu ramai belum bisa bernikah kerana takut dengan cemuhan masyarakat ialah duit tak banyak, nak buat majlis kecil-kecil takut dihambat tomahan mereka,AllahuAkhbar ukurlah baju dibadan sendiri wahai sahabatku sekalian...

Aku turut merancang untuk bernikah sebenarnya,usiaku sudah masuk sesuku abad,takut juga andai lewat nikah kelak nanti anak-anak lambat besar,mungkin aku pergi dulu sebelum mereka,in shaa ALLAH sedang dalam perancangan,siapa dia pasanganku tidak perlu dijaja dilaman penulisanku,mungkin tidak terhurai dek perasaan bercerita tentang dia ^_^ tidak juga bernoktah menceritakan perihal dia..

lama sudah tidak menulis, menukil bahasa hati macam dulu,mungkin sibuk dengan kerja, sibuk mengaudit diri,sibuk dengan fana dunia ^_^ aku dihujani pelbagai masalah ,ingin meluah seperti dulu mencarik perasaan dengan penulisanku,cuma tidak ada masa khusus, malam ada kuliah di masjid, siang kerja cari sezarah rezeki..bukan kejar kaya,cuma tanggungjawab bersusun banyaknya 'akukan abang' :)


 kata bonda :

"Nanti dah nikah, jangan jadi seorang ayah yang gagal."

Maksud bonda?

"Gagal didik anak bini pasal agama. Paling penting, aurat." ^_^

Siapapun jodohku nanti, kau kena tahu aku sedia membimbingmu,cuma kau perlu jujur denganku,aku tak dapat beri kaya dunia,tetapi in shaa ALLAh, aku akan merubahmu dengan segala pedoman agama,mendidik dirimu jadi bidadari syurga :)
 misi bernikah 2015, moga ALLAH permudah .



Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥