Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Tuesday, September 23, 2014

: Kecantikkan Sebenar Hawa ^_^ :







" Hawa Marah Lelaki Poligami,Marah Berkongsi Kasih Dengan Yang Lain,Tapi Hawa Awak Dedah Aurat Sana Sini,Rela 'Share' Pesona Awak Jadi Tontonan Lelaki Lain,Suka Dipuji Siap Berselfie,Sampai Naik Syahwat Lelaki  "

Bercerita Soal 'Setia' Awak Pun Belum Cukup Setia Pada Allah,Dengar Azan Nikmat Pendengaran Allah Beri,Tapi Lengahkan Solat,Utamakan Rancangan TV,Slot Akasia Bagai  Walhal Ajal Tidak Menunggu Kita,Ia Datang Dengan Tiba-Tiba,Mungkin Sempat Solat,Mungkin Jatuh Dipertengahan Jalan Mari Bermuhasabah,Menulis Hanya Untuk Mengingatkan.. 



Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Jangankan sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefi nisikan tentang keindahan perempuan.

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Kedutan-kedutan akan tetap terserlah meskipun kita berusaha me-nyembunyikannya. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk melalui iman dan ibadah yang berterusan yakni istiqomah.

Walaupun usia seorang wanita itu meningkat dari tahun ke tahun, tahukah bahawa kita masih kelihatan cantik dengan kedutan-kedutan yang terpalit di wajah. Kedutan-kedutan itu sebenarnya melambangkan kekuatan dan gambaran betapa kita benar-benar berjuang meneruskan kehidupan. Garis-garis halus di pinggir bibir itu menggambarkan betapa kita tidak pernah lelah untuk tersenyum meskipun badai melanda di sepanjang kehidupan.

Uban yang memutih itu pula sebenarnya sangat cantik parasnya berbanding diwarnakan. Tidak perlulah menutupinya dengan warna yang tidak asli, kerana bukankah putih itu melambangkan kesucian? Anggap sahaja sebelum ini, hitam itu melambangkan dosa yang pernah dilakukan dan semakin memutihnya rambut bererti kita sedang dalam proses membersihkan diri.


Jika selama ini kita berasa tidak cantik, bagaimanakah cara untuk mengubah diri menjadi lebih cantik? Senang sahaja tetapi harus sabar dan istiqamah melaksanakannya. Caranya begini:

-  Jadikanlah ‘Ghadhdul Bashar’ (menundukkan pandangan) sebagai ‘hiasan mata’, nescaya akan semakin bening dan jernihlah penglihatan. Wajah yang sentiasa tunduk mampu menjaga pandangan boleh menumpulkan hati dan ingatan. Sepasang mata yang digunakan untuk pandangan luhur akan jatuh terbenam ke dalam hati lalu menerbitkan mata hati yang bersih lagi menyucikan.

- Oleskan ‘lipstik kejujuran’ pada bibir, nescaya ia akan semakin manis. Ucaplah kata-kata manis dan sopan agar telinga yang mendengar berasa selesa dan nyaman serta dapat mententeramkan hati gundah gulana.

-  Gunakanlah ‘pemerah pipi’ dengan kosmetik sifat malu yang datangnya dari ‘salon’ iman. Malu adalah perlu dalam kehidupan seorang wanita. Ia perlu ditonjolkan pada tempat, masa dan situasi yang sesuai. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Mas’ud r.a iaitu:




“Rasa malu terhadap ALLAH itu ialah supaya kamu memelihara kepala dan apa yang diingat oleh kepala itu, memelihara perut dan apa yang dikandung oleh perut itu, juga supaya kamu selalu ingat kepada kematian dan berbagai bencana seperti hancur luluhnya segala anggota badan. Barang siapa yang menginginkan selamat di alam akhirat, hendaknya ia meninggalkan perhiasan atau kemewahan duniawi. Orang yang melakukan semua itu, maka ia telah mempunyai rasa malu terhadap ALLAH  dengan sebenar-benar malu.” 

- Riwayat oleh Ahmad dan Tirmidzi. Dipetik dari buku Untaian Mutiara Hadits-hadits Rasulullah s.a.w. Ditulis oleh Dr. Ahmad Umar Hasyim, m/s 52


- Pakailah ‘sabun istighfar’ yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang dilakukan. Istighfar yang ikhlas mampu menjaga hati dan diri daripada mengulangi dosa yang sama. Ia juga dapat mengharumkan setiap langkah yang dilakukan tidak kira di pelosok mana kita menjejakkan kakiselagi bersandarkan ALLAH semata-mata Rawatlah rambut dengan ‘selendang islami’ yang akan menghilangkan ‘kelemumur’ pandangan lelaki. Hijab yang menutupi rambut membuatkan kita dihormati oleh lelaki yang gemar mengganggu wanita. Ini disarankan juga di dalam al-Quran yakni:



Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir. - An-Nur: 31



Maka, perintah ALLAH untuk menutup aurat jika direnung dengan ketulusan hati, sebenarnya untuk me- lindungi daripada ancaman bahaya, juga sebagai tanda ALLAH mengasihi kita supaya tidak diapa-apakan oleh mereka yang berniat serong. Tidaklah terlalu sukar untuk menyempurnakan cara berpakaian kerana kita sendiri tidaklah dilahirkan dengan sifat yang sempurna. Tetapi kita mampu mengubah untuk berpakaian dengan cara yang lebih sempurna. Betulkan?

- Hiasilah kedua tangan dengan ‘gelang tawaduk’ dan jari-jemari dengan cincin ukhuwah. Gunakanlah juga tangan kita itu dengan 100 kebaikan seperti berdoa, menolong orang atau memberi sedekah. Berikut adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang mampu menggembirakan setiap hati. Semoga kita akan bertambah yakin dengan kecantikan yang dimiliki.



Daripada Abu Dzar, dia berkata, “Pada suatu malam saya keluar, tiba-tiba saya melihat Rasulullah s.a.w berjalan sendirian, tidak ada seorang pun yang menyertainya. Saya mengira bahawasanya baginda memang tidak senang  jikalau ada orang lain yang menyertainya.” Dia meneruskan, “Saya berjalan di bawah naungan rembulan. Rasulullah s.a.w kemudian menoleh dan melihat saya, lalu bertanya, “Siapa ini?” Saya menjawab, “Abu Dzar, semoga ALLAH  S.W.T 
menjadikan saya sebagai tebusan anda.”


Baginda s.a.w bersabda, “Hai Abu Dzar, ke marilah.” Abu Dzar berkata, “Saya lalu berjalan menyertainya sesaat lamanya.” Beliau kemudian berkata, “Sesungguhnya orang yang banyak hartanya itu nanti akan menjadi orang yang paling sedikit pada hari kiamat, kecuali orang yang dikurniai ALLAH S.W.T kebaikan (maksudnya harta) lalu suka meniupkan yakni menafkahkan hartanya itu sebagai sedekah kepada orang yang menghajatkan di sebelah kanannya, di sebelah kirinya, di sebelah mukanya serta di sebelah belakangnya, juga berbuat kebaikan dengan rezekinya itu.” Abu Dzar berkata, “Saya meneruskan perjalanan bersama baginda sesaat lagi.” Rasulullah s.a.w bersabda, “Duduklah disini.” Baginda menyuruh saya duduk di suatu tanah yang cukup luas dan di sekitarnya itu ada beberapa batu berwarna hitam.

Baginda sekali lagi bersabda, “Duduklah di sini sehingga saya kembali kepada anda nanti.”Rasulullah s.a.w berangkat pergi di celah-celah batu- batuan sehingga saya tidak dapat melihatnya. Lama juga Rasulullah s.a.w meninggalkan saya. Kemudian sesungguhnya saya mendengarnya sedang mendatangi saya dengan mengatakan, “Meskipun dia mencuri dan meskipun dia berzina.” Abu Dzar melanjutkan ceritanya, “Setelah baginda datang, saya sudah tidak bersabar lagi, lalu saya bertanya, “Wahai Nabi ALLAH, semoga ALLAH menjadikan saya sebagai tebusan anda, siapakah yang berbicara di dekat batu-batuan tadi?”

Tiba-tiba ada suara yang mengatakan (dan ini adalah suara Malaikat Jibril a.s memberitahu kepada Nabi Muhammad s.a.w), “Berikanlah berita gembira kepada umat tuan, barang siapa yang meninggal dunia, dia tidak mempersekutukan ALLAH S.W.T dengan sesuatu, maka dia pasti dapat masuk syurga.” Saya pun berkata, “Wahai Jibril, sekalipun ia mencuri dan meskipun ia berzina?” Jawabnya, “Ya, sekalipun ia mencuri dan sekalipun ia berzina. “Masih sekali lagi bertanya, “Sekalipun ia mencuri dan sekalipun ia berzina?” Dia (malaikat) menjawab, “Ya benar, bahkanmeskipun dia minum minuman keras yakni khamar.” -  

Riwayat daripada Imam Muslim. Dipetik dari buku Untaian Mutiara Hadits Rasulullah s.a.w, Ms477


-   Bedaklah wajah dengan wuduk bagi menaikkan seri muka. Mohonlah kepada ALLAH S.W.T agar diberi nur pada wajah tatkala menjadikan 
wuduk sebagai bedak asas.


Daripada Abu Hurairah r.h. dia berkata, aku men- dengar Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya umatku dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan bersinar muka, tangan dan kakinya kesan daripada wuduk.”

Hadis ini menjelaskan fadilat atau kelebihan kepada umat Muhammad s.a.w iaitu mereka akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan keadaan bersinar muka, tangan dan kakinya kesan daripada berwuduk. Sesungguhnya ALLAH S.W.T jadikan alamat yang akan menyebabkan Rasulullah s.a.w. mengenali umatnya di akhirat nanti.



" Elok Sudah Pakai Jubah,Baju Longgar,Tapi Nampak Sama Dengan Hawa Lain Bila Rajin Selfie,Kongsi Gambar Ibadat Minta Puji,Mata Berwarna-Warni,Menjadi Perhatian Ramai Lelaki  "
‪#‎Muslimah‬ Sebenar Disisi Islam Adalah Dia Yang Sederhana Di Mata Manusia,Tetapi Kehadirannya Dirasai Pabila Tiada,Lisan Dijaga,Maruah Suami Dipelihara,Cantik Pada Yang Berhak,Bukan Tayang Sini Sana Bagai Mencari Perhatian Dunia  

< syuk al-hafiz >




Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥