Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, July 16, 2011

: SUNYI + SEPI + SENDIRI :

ketika ini aku manusia yang paling sepi..
rasa yang seringku alami sejak menjejakkan kaki pada usia ini.
apa yang sedang dia lakukan pada masa ini..
aku berharap dia baik-baik sahaja.
 senyum dan tawa ini tidak bermakna lagi..
maka pada ketika ini juga ramai yang meninggalkanku..
tidak perlu ditanya apa yang tertulis dipelusuk jiwa ini.
jika diterangkan jua pasti kisahnya bagai sebuah telenovela..
tapi kisah aku adalah kisah hidup yang paling suram sekali..
biar masa berganti masa biar waktu memakan usia..
dan biar aku sendiri melalui saki baki hidup ini..

sesungguhnya, segala puji hanyalah milik ALLAH..
aku memuji-NYA, meminta pertolongan-NYA dan memohon keampunan-NYA.
aku berlindung kepada ALLAH dari kejahatan jiwa dan keburukan amal
perbuatanku. sesungguhnya sesiapa yang diberi petunjuk ALLAH,
maka tidak akan ada yang dapat menyesatkannya; dan sesiapa disesatkan oleh ALLAH.
maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH,
tidak ada sekutu bagi-NYA. Dan aku bersaksi bahawa..
Muhammad adalah hamba dan utusan-NYA.

ALLAH s.w.t berfirman:

"wahai orang-orang yang beriman! bertakwalah kamu kepada ALLAH dengan sebenar-benar takwa, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan islam."
(surah AL-imran: 102 )

dan ketika ini aku sedang sibuk mencari kedamaian hatiku yang telah lama hilang..
aku rindukan hidup seperti dulu dan pada saat yang lalu menyapa aku ..
aku terpaku,bila mana aku melihat ayat dan madah cinta yang dilafaz oleh anak muda sekarang,mungkin cinta mereka tidak sehebat cintaku, tidak juga seagung cintaku,
dan mungkin juga tidak sedalam cintaku, apa mereka tahu maksud disebalik cinta..
cintai diri kita sebelum ingin mencintai manusai lain, yang pasti jangan hanyut..
jangan juga alpa, biarpun mungkin sudah tertulis dia bukan milik kita,
nukilkan rasa kecewa itu jangan biar dia tumbuh dihati kelak menjadi dendam.
jika aku berpesan pada kebaikan aku jua patut membatasi hati ini dari sifat tercela.

" dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang yang beriman. "    ( surah az-zariyat: 55 )

insya-ALLAH jika aku sunyi aku akan membendungnya semula, aku hanya perlu menahan rasa itu, biarlah aku sepi + sunyi + sendiri, yang pasti hati masih lagi mendamba rahmat dan kasih sayang-NYA, aku akan doakan dia lagi walau jauh dimata tapi kenangan indah bersamanya
selalu singgah dihati, semoga dia juga rindukan aku biarpun dia tidak mengerti..
mungkin ALLAH sahaje yang tahu insya-ALLAH kamu juga akan peroleh terbaik untuk diri kamu,aku selalu ingat kamu insya-ALLAH sampai kapan pun,
aku tidak pernah menyimpan dendam pada kamu tidak juga menyimpan rasa,
aku juga tahu aku bukan lelaki terbaik, bukan juga sempurna aku berharap..
pada satu ketika nanti aku akan bertemu dengan kamu, dan pada ketika itu..
aku harap kamu sudah menemui seseorang yang terbaik buat kamu.
Mungkin pada satu masa nanti aku tidak akan punya ape-ape lagi..
dan aku lebih rela untuk itu kerna aku tidak mahu orang yang sayang pada
diri ini, akan turut merasa kesempitan hidup sepertiku, sebab itu aku memilih langkah ini,
mungkin sangat sakit dikala ini tapi sebenarnya manis akan terasa jua.
biarlah hidupku sunyi + sepi + sendiri

kerana sunyi itu raga dan sepi itu jiwa dan sendiri itu adalah aku..:-(


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥