Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, June 10, 2013

Kisah Patah Hati ^_^



“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”

kuasa cinta maha hebat , kerna rasa itu aku lupa menjaga pelusuk hatiku, terkadang terlalai imanku, dan terkadang juga hanyut aku terbuai perasaan yang maha sakit, insya-ALLAH walau mendung hati ini , tidak akan biar lelaki gagah ini menangis , mungkin kerna aku cuma pelepas sepi , mungkin selayaknya bukan bercinta pada saat ini ^_^

kata bonda , walau aku tidak bijak berkongsi bahasa hati ,
 bonda lebih arif melihat gundah terlukis di wajah sugulku , lalu dia berkata

 " amat rugi seseorang yang buat anak bonda sedih , anak bonda nie tak pandai nak tunjuk bila dia sedih bonda sahaja boleh nampak, boleh rasa.."

bonda tahu , " seharusnya kamu mencari gadis yang mencintaimu sepenuh hati, dan gadis itu tidak sama sekali akan melukaimu berkali-kali..."


aku senyum tanpa sebarang respon , perit hati ini untuk membalas kata azimat itu.. demi ALLAH , ketika aku cuba membuka hati buat kesekian kali , aku berharap rasa itu akan bernoktah , aku berharap tiada lagi gadis selain dirinya selepas ini , aku cuma ingin kenal hati dan budi walau tidak berkata sayang , namun niat ini diperkotak-katikkan sebagai alat pelepas sepi , bahkan dia sudah punya lain , dan lelaki itu lebih sempurna dari pengemis cinta ini....

penzahiran perasaan masih belum berkalung noda, kerana alas cinta dan perasaan ini punya hala tujunya, aku ingin sekali berpijak pada jalan yang sama, sama rasa, sama objektif dan sama niat beserta iqtikod...


wahai pemeluk perasaan rindu , kau tahu aku lelaki yang selalu gagal dalam hal perasaan , cukup sudah mengalah demi membahagiakan hati yang lain , namun berilah aku gerak hati agar tidak tersalah lagi...



bonda selalu berkata , " agak-agak sempatkah bonda melihat kamu semua berumah tangga , tahun ini 65 tahun , tahun depan 66 tahun 2,3, tahun lagi sempatkah bonda?

sambil bersahaja aku menjawab , " jodoh itu rahsia ALLAH bonda , tapi ajal juga dalam rahsia ALLAH , walau abang ude tiada sesiapa cuba menjengah hati ini , cukuplah abang ude dekat dengan bonda.."




usia diri ini bukan selamanya muda , kala itu ramai mereka sebaya denganku sudah menemui pengakhiran gundah perasaan dengan pernikahan alhamdulillah tumpang gembira diri ini...


terkilan bila sambut perkenalan itu , bercerita disebalik siapa sebenarnya diri ini , dia senyap tanpa sepatah kata , aku pula terhanyut perasaan , retak seribu perasaan yang ada ini , niat yang ku jaga hancur...


wahai gadis berubahlah , tidak perlu mempermainkan hati lelaki ini hanya kerana lelaki lain , apa salahku apa dosaku? aku  cuma mempersembahkan niat atas jalan yang betul..ingin sekali menjadi suami buat kamu , bukan hanya kata , namun sedang dirangka ...sedang cuba dikota..


terkadang aku merapuh bila mencintai manusia , namun aku juga lupa hati itu , jasad itu milik  tuhan yang khalik , segalanya DIA punya , aku cuma meminjam sahaja dan akan ku pulang 

semuanya bila tiba masanya nanti...

dengan berhati-hati menahan luka yang teramat perih , namun ku bertahan menghadapi , dan mula berganjak pergi ^_^ ku cuba untuk melupakanmu , menghapus engkau dari hatiku....mengubur  cinta hinggap dijiwaku..

insya-ALLAH aku cuba menghilangkan engkau dari hatiku... seorang lelaki bisa sahaja berdiri walau mendung hatinya, kerna selagi dia yakin ALLAH ada..tidak mustahil...



Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH Maha Adil .. Hanya Dia yang Tahu mana yang terbaik untuk hamba NYa ..

ada perih disudut hati, ketika engkau cerita tentang segala yg kau alami .. Setelah sekian lama kau bertahan Setelah sekian lama kau memendam luka Setelah sekian lama kau rendam nestapa rupanya Allah izinkan juga engkau tempuhi jalan itu Aku percaya, itu suatu “keputusan terakhir” yang terbaik untukmu…

Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan …. Tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.


Melepaskan

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita.
* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata “Saya sangat mencintainya”.
Ingatlah..
Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru…
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.
* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.
* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi  yang dapat dipertahankan”.
* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…!

“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap” (QS.94:1-8)
Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan belajar daripada kurniaNYA dan belajar daripadanya …
.








Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

2 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Mr_Komeng said...

pesanan yang sangat bermakna ya akhi
boleh tahu setiap tajuk lagu dalam playlist ni? :)

Unknown said...

nice bckground sound..

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥