Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Sunday, September 22, 2013

: Lafaz Cinta Lelaki Pemalu ^_^ :



saya nak cari gadis bukan niat hanya untuk bercinta malah ingin terus menikahinya jika diizin ALLAH ♥ ♥



HATI , PERASAAN DAN AGAMA BUKAN JALAN PERMAINAN BAGI SAYA ♥   


katakan wahai perasaan ,
 kamu sedang mengintai gadis itu dari sudut sepi , kamu sangat takut niat hati kamu bertepuk sebelah tangan malah kamu jadi sangat takut bila perasaan yang disemai itu disirami kekecewaan , namun adakah kamu tahu gadis itu juga ada hati pada kamu? Mungkin dalam susunan madah berbunga ini dia akan tahu yang lelaki ini sedang cuba mendekatinya,,dan ketahuilah yang lelaki ini amat takut disakiti lagi....

wahai hamba ALLAH aku tidak akan berbicara pada semua yang aku sedang mencuba menjengah jendela hatimu yang pasti datangnya aku dengan pengharapan setia , aku hanya ingin kasihani kamu atas nama tuhanku , aku ingin selalu ada dalam doamu , dan aku juga ingin sisa hidup ini bernoktah bila ada kamu...

wahai hamba ALLAH mungkin aku bukan lelaki idaman kamu namun ketahuilah aku menjaga hati ini hanya buat kamu , bukan untuk jutaan gadis yang dahagakan perhatianku , andai kamu tidak selesa tentang hadirku , ketahuilah aku akn pergi menjauh....cintaku hanya tahu memberi tanpa selalu menerima...aku tak pernah mendapat kesetiaan dari kaum sejenismu...aku ingin mendekatimu dengan cara yang halal...menyentuh hatimu....tanpa perlu memaksa andai hadirku juga membuat kamu rimas maka nyatakan lebih awal dan aku akan pergi dengan persedian kecewa kelak tidak merana badan tidak juga meratap sepi satu penghinaan...

meski aku bukan idaman kamu , lelaki berharta , punya rupa dan kemegahan dunia...aku ada ilmu agama yang ingin dikongsi bersama , aku ingin membawa kamu melalui titian syurga tanpa perlu memandang kelalaian dunia disisimu..aku ingin mentarbiahkan rasa kehambaan tanpa memuji harta mahupun pangkat..ketahuilah aku seorang lelaki yang naif dan sukar mengecapi apa yang ingin direncanakan....aku serba kekurangan dan biar cukup sahaja aku menjadi bayang-bayang tanpa menerima cintamu kerana itu sudah cukup membuatkan aku bersyukur...

wahai gadis ,kecantikan yang kamu ada bukan untuk perhatian umum , semoleknya kamu perisai apa yang ada padamu semoga tidak dijadikan bahan perhatian umum , semoga tidak juga menjadi suapan pemuasan nafsu lelaki yang tidak menghargaimu..dan ketahuilah aku sangat takut lelaki lain mencuba melakukan hasad , melakukan kemudaratan kepada tubuh gadismu kerana kamu kehormatanku..oleh kerana itu aku selalu menunduk pandang pabila melihat lelaki lain memuji-muji keanggunan ciptaan tuhanku , semoga kamu akan berubah apabila menjadi milikku..

aku sangat malu melakukan pengakuan ini , kerna aku tahu aku tak layak meminati kamu...kamu adalah idaman jutaan lelaki , dan mereka sedang dahagakan belai dan kasih sayangmu....aku cuma takut kamu akan terhanyut , aku takut kamu akan pergi jauh , tanpa mengukur harga kecintaanku , aku mencintaimu dengan sepenuh hatiku , atas rahmat ALLAH yang menciptakan hati...hatiku berqasidah memuji asma ALLAH melihat kamu... aku ingin menjadi imam kamu...solat bersama-sama keluarga kita..

impianku tinggi...sangat tinggi tapi mungkin akan berakhir sekiranya kau tahu lelaki buruk ini mengilhamkan kamu menjadi inspirasinya...

kerana lelaki biasa ini tak punya apa-apa , hanya punya banyak dugaan dunia yang mendidiknya menjadi lelaki yang banyak menyendiri tanpa seorangpun tahu kenapa dengan dirinya?

yatim nestapa ini , hanya punya bonda dan dia akan selalu merindui bondanya dikampung , lelaki sederhana ini tidak sealim dan senaif mana untuk dikasihani, kerana dia sudah terbiasa hidup sunyi sepi dan sendiri walau mungkin ALLAH ciptakan dia akan hidup seorang diri , dia akan terima dengan kerendahan hati kerna dia sangat tahu hidup didunia tidak hanya layak untuk ditangisi malah harus berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya...

wahai bonda aku tidak akan jatuh hati dan membiarkan hati dipijak lagi , kerna aku akan menahan perasaan ini diam-diam , dia tidak tahu yang aku selalu melihatnya , dia juga tidak tahu aku sangat takut dia terhanyut dibuai tipu daya dunia , akan tetapi dia harus tahu ada insan lain yang selalu akan kisahkan dirinya , walau perkara itu tersangat remeh , ketahuilah yang lelaki ini hanya ingin menjadi sabahagian dari hidupnya...

maafkan diri ini , saya tak ada harta , saya masih menapak untuk kenal dunia , cukuplah saya nukilkan rasa hati di laman sesawang ini , tidak meminta cinta dikasihani , namun hanya mendamba pengertian bahawasanya cinta itu sangat membekas pada diri ini...keranamu gadis aku mula senyum seorang diri...dan aku kembali bermonolog menyembunyikan perasaan ini..

doaku semoga kamu selalu dalam jaga ALLAH aku tak akan minta sejumlah besar kasih sayangmu cukup sahaja kamu tahu , nawaitu hatiku ingin membawamu ke jalan Tuhanku ..insya-ALLAH taala ....aku ingin menamatkan rasa sepi ini dengan menikahimu ALLAhu akhbar...

CINTA IBARAT ULAT BELUNCAS...
MENCARI TEMPAT TERTINGGI UNTUK BERTAPAK...
MELAHIRKAN BENIH YANG NANTI AKAN BERKEMBANG
MENJADI SANG RAMA-RAMA YANG INDAH DI PUNCAK TERTINGGI POKOK KASIH...
YANG KELAK TERBANG BEBAS DI UDARA RINDU
MENGHIRUP SECANGKIR MADU CINTA....:))

                                                    


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

2 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Miss Bella_Nell said...

Terus terangla pada tuan empunya badan. Be a gentleman.Jika perempuan tersebut tidak sudi,tak mengapa,sekurang2nya kita berusaha tanya.Mengharapkan sesuatu yg tak pasti,sesuatu prkara yg perit.andai sudah bertanya tapi tuan punya badan tak sudi,tak mengapa.sekurang2nya hati akan berhenti dari terus berharap.Mungkin Allah dah tetapkan jodoh yg lbh baik buat kamu.

Miss Bella_Nell said...

Terus terangla pada tuan empunya badan. Be a gentleman.Jika perempuan tersebut tidak sudi,tak mengapa,sekurang2nya kita berusaha tanya.Mengharapkan sesuatu yg tak pasti,sesuatu prkara yg perit.andai sudah bertanya tapi tuan punya badan tak sudi,tak mengapa.sekurang2nya hati akan berhenti dari terus berharap.Mungkin Allah dah tetapkan jodoh yg lbh baik buat kamu.

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥