Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Sunday, September 22, 2013

: Nasihat BuatMU Hawa ^_^ :



Gadis Akan Suka Seseorang lelaki pandai nyanyi juga petik gitar tapi apa salahnya bila dah pandai nyanyi belajar pula ilmu qur'an , beljar tajwid, qiraat, belajar tarannum, nanti bukan hanya Hawa suka, 
kita bakal jadi pilihan mak-mak mertua 

# alhamdulillah , semoga saya dan anda juga begitu 




 Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jangan beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik.. ^_^  

                            
                 
 Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang.. 
 Tapi ketika CINTA itu TULUS,meskipun kalah, 
                kamu TETAP MENANG hanya karena kamu berbahagia dapat mencintai seseorang...
     LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri. 
            Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang BUKAN karena orang itu berhenti mencintai kita, 
MELAINKAN karena kita menyadari bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita
melepaskannya. 
Apabila kamu benar-benar mencintai seseorang, 
jangan lepaskan dia, 
jangan percaya bahwa melepaskan 
SELALU berarti kamu benar-benar mencintai.   ^_^


aku sendiri tidak mengerti apa yang sedang aku lalui sekarang , aku sedang mencari bahagia , aku sedang berbicara dengan perasaan sungguh semakin aku cuba mengenali cinta semakin aku tidak mengerti ,walaupun hati ini sedang leka dipijak olehnya ,dia sedikitpun tidak menghiraukan aku , yang dia tahu bahagia untuk dirinya , aku hairan kenapa wujud gadis seperti itu...jika aku selalu menjaga perasaan gadisnya , kenapa perasaan lelaki aku dipijak sepi...?


bila aku menukilkan perasaan di blog ini , ramai bagai tidak percaya masih wujud si lelaki , yang setia yang hanya meminta si gadis itu turut setia walhal , ALLAH sendiri memberi kelonggaran tatkala bernikah untuk menambah kedua , ketiga mahupun keempat...namun aku bernekad untuk setia pada yang satu melainkan zaujahku pergi menemui illahi sebelumku...manifestasi cintaku mudah...aku hanya dia yang setia tanpa menoleh cinta lelaki yang lain..namun aku belum ketemu lagi....si dia yang aku cintai dulu...punya banyak pilihan dan banyak juga penganti dan dia boleh melupakanku tanpa menangisi pemergianku...sungguh aku tidak tahu apa yang bermain di benak fikirnya...aku bersungguh mencipta masa depan hanya untuk bersamanya...namun aku percaya ada yang sedang menantiku lebih baik darinya...namun aku masih terkilan dan aku masih ingin melihat dia terngadah dari permainan cintanya terhadap lelaki...


cerita yang ingin dikongsikan adalah tentang gadis itu...jika dia tahu aku cuma ingin dia mengerti apa yang dia lakukan belum cukup betul kerna cinta itu...jika bermula dengan hati maka jangan membuat hati membenci , disakiti dan dilukai...hati lelaki juga perlu diketahui sejauh mana kegagahannya dalam berlari dia juga punya taman dilaman hati...


‎~Mencari kebahagiaan itu ibarat mengutip serpihan kaca yang pecah...
ada yang berjaya mengutip dengan banyak dan 

ada yang mengutip paling sedikit...
tapi tiada seorang pun yang berjaya mengutip kesemuanya,
kerana tatkala mengutipnya pasti ada yang terluka..♥ ♥




gadis jika kamu punya ramai kenalan lelaki sedarkah kamu , kamu sedang diperhati? adakah orang lelaki yang inginkan kamu suka kamu ketawa , bertepuk tampar tatkala berkawan dengan lelaki? jika kamu punya hubungan khusus adakah si lelaki akan duduk diam atau hanya bingkas tersenyum..? melihat telatah kamu dengan lelaki lain? sedarlah kamu wahai gadis bukan semua lelaki di zaman kini punya niat nurani, kebanyakkan mereka mempunyai niat yang berbeza-beza , kerana mungkin apabila kamu berkawan dengan ramai lelaki kesetiaan kamu tercabar...mungkin kamu akan berasa kurangnya pasangan kamu berbanding lelaki yang kamu kenali dan kamu meninggalkan lelaki tersebut demi mencari kebahagian dan kesempurnaan hidup? 
namun adakah kamu bakal menyesal?


jika membaca akhbar mahupun majalah kejadian seperti bunuh , rogol mahupun cabul semua biasanya berpunca dari pergaulan tanpa dibatasi? jadi siapa yang kamu ingin salahkan? wahai gadis, sedangkan kamu diberi peluang untuk memilih jalan hidupmu...kenapa ingin merosakkanya..kenapa tidak ingin mencegah dari mengubati? jika sudah terngadah baru nak salahkan lelaki?


jika ada lelaki yang sedang berkawan denganmu , dan berniat untuk menikahimu , kenapa kamu perlu mencari yang lain? jika dia memang bersungguh untuk membimbingmu menjadi imam dikala solatmu , kenapa kamu masih mencari yang lain , sedarlah jika dia berniat dengan ikhlas kamu bisa nampak kesungguhannya , jika dia setia pernahkah kamu berfikir lelaki yang lain bisa setia sepertinya? dan jika kamu masih memilih yang lain pernahkah kamu terfikir hubungan baru ini akan berkekalan sampai bila? sedangkan kamu telah menjalin hubungan dengan dia sudah agak lama...wajarkah kamu meninggalkannya oleh sebab kekurangannya? jika kamu pernah mengatakan cintakannya kenapa tidak mencintai kekurangannya, sedangkan jika keduanya menerima kekurangan masing-masing lebih saling melengkapi...^_^


jika kamu berkawan dengan lelaki tanpa punya alasan seperti pelajaran mahupun pekerjaan sedarkah kamu? apa motif perhubungan itu? dan jika kamu sudah berpunya kenapa harus menduakan lelaki itu? jika benar dia jauh dari rahmat tuhamnu kamu bisa meninggalkannya , namun jika dia hanya kurang dalam kekayaan duniawi kenapa tidak menyokongnya untuk berubah? kenapa perlu membenci , memarahi dan memungkiri janji? sedangkan manusia yang memungkiri 
janji adalah salah satu sifat seorang munafik?



jika dunia kamu telah terbiasa dengan pergaulan dengan lelaki walupun hanya tinggal kamu seorang diri adakah kamu sedar yang kamu sedang diperhati , cuba kamu selami tanya orang-orang lebih tua , adakah mereka suka anak mereka berkawan dengan ramai lelaki? adakah mereka tahu anak mereka seorang yang suka berkawan dengan lelaki? kenapa tidak memilih jika ingin berkawan dengan ramai orang berkawanlah sesama mahram , insya-ALLAH terpelihara dengan fitnah dunia , dan jika ditanyakan mereka yang berumur mereka akan memilih calon menantu atau calon isteri untuk anak mereka golongan gadis yang tidak bercampur baur dengan pergaulan bebas? tidak percaya? tanya mak dan ayah anda semua ^_^


jika muslimah itu dinilai tinggi harga gadisnya maka jagalah ia , jika kamu bertudung likup menutup aurat maka jagalah mahar gadis yang menutup aurat itu , jangan sampai orang diluar melabel gadis menutup aurat sama seperti yang lain , jika kamu tak bisa menjaga maka jauhilah pergaulan yang menghayutkan kamu , jika kamu selalu menjaga kamu akan terpelihara dari noda dan fitnah dunia kerna hidup ini ibarat pentas opera yang dikepalai oleh tuhan yang maha karya ^_^


jika ingin hidup dibumi ALLAH kita perlu bijak menyusun langkah , mengatur bicara dan dimana kita menapak...jika kamu gadis yang bakal diidami lelaki jadilah dalam kalangan si bunga mawar yang punya duri dan bisa menjaga harumnya ...jika kamu menjadi si gula yang bakal dijamah jutaan semut maka jangan salahkan dunia kerana kamu yang memilih jalan hidupmu...
jika berkawan mahupun bercinta setialah , hargailah selagi pasanganmu tidak melalaikan kamu dari rahmat ALLAH dari nas dan hadis maka peliharalah hubungan itu...andai dia terbaik buatmu jangan cuba menoleh yang lain...kerna hati yang disakiti sukar diubati malah membekas didalam hati...sampai ke akhir hanyat nanti...


ya ALLAH kunci hati ini agar tidak tersalah beri pada dia yang dengki hanya tahu menyakiti dan menghianati dan tak bisa setia malah berganti-ganti , jadi pelihara hati ini pada dia 
yang selalu mendamba yang sejati insya-ALLAH cinta hakiki sampai ke 
mati dan seterusnya syurga firdausi ♥ ♥



Tak bertegur,tak bermakna sudah membenci,
Tak berhubung,tak bermakna ada tak puas hati,
Tak tanya khabar,tak bermakna sudah bosan melayani.

InsyaAllah,doa sentiasa mengiringi buat insan yang disayangi kerana Ilahi.
Kita ditakdirkan bertemu untuk kita berpisah,doa adalah penghubung kita,ia tidak akan memisahkan kita,melainkan mati.
Dengan izin Allah juga. ^_^ 


‎"hidup bagaikan pelangi...penuh dengan warna warni...tetapi hidup bukanlah pelangi kerana ia tidak selalu berseri...hidup adalah tentang hati...yg menjadi paksi di mana kita berdiri..." ♥ ♥ ♥

Syuk al-hafiz >


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥