Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, July 9, 2012

: Jodoh itu milik kita ^_^ :

                                                               

                                                                              

 "Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"
                                                                                                 Ibnu - Majah. 

                                                                              
                                                                         
 Janganlah bermimpi mencipta KEBAHAGIAAN,

Jika tidak mampu memupuk SABAR melalui KEKECEWAAN.
Jangan terlalu mengharap akan KESEMPURNAAN,
Jika tidak mahu berusaha MEMPERBAIKI DIRI melalui KESALAHAN.
Jangan mendamba dan meminta BERLEBIH-LEBIHAN,
Jika tidak tahu untuk BERSYUKUR dan...

BERTERIMA KASIH di atas pemberian-Nya    

ada antara kita . mendamba pilihan mereka dalam kalangan idaman mereka padahal selalunya apa yang dihajati tidak selalu berpihak kepada kita. namun demikian jika sesuatu itu direncana mengikut gaya yang betul , terus menerus mencari redha ALLAH tak mustahil apa sahaja yang diimpikan bakal menjadi kenyataan.

berhusnuzhon lah pada ALLAH ( sangka baik ) kerana walau jarak yang dibina ALLAH  nampak sakit mungkin dia menjaga perhubungan kita agar tidak bisa ternoda.
 insya-ALLAH ^_^

ALLAH maha pemurah jika syaitan yang derhaka minta dipanjangkan umur sehingga kiamat pun dimakbulkan ALLAH inikan pula kita ? , apakan pula kita jika selalu beribadat kepadanya , dan selagi ingin memperoleh redha-NYA ,
insya-ALLAH KAN ^_^

mungkin saya bukan terbaik buat awak tapi ada yang lebih baik sedang menanti awak, jadi istikharahlah mungkin rasa yang kamu ada itu hanya satu perasaan suka , dan suka tidak bermakna cinta , inikan pula sayang jika ada kedua-duanya juga belum bermakna kita bakal disatukan kerna jodoh itu masih di tangan tuhan ^_^

ada antara kita selalu bermujahadah ingat ALLAH selalu dan istiqomah , namun masih juga belum temu jodoh kerna yang pasti ada antara mereka masih takut memikul tanggungjawab dan ada pula sangat takut akan ketidaksempurnaan yang ada pada dirinya , akan tetapi harus kah ada rasa begitu ? padahal selagi bernama manusia kita tidak akan terlepas dari melakukan kekhilafan . ^_^

Never get tired of asking Allah for whatever you need. 
People may not want to listen to you but not Allah. 
Allah is always waiting to hear from you & answer you ♥♥♥

Ramai muda-mudi sekarang bercinta namun tidak semua ke jinjang pelamin. Jangan percaya tentang ramalan cinta / ramalan jodoh di internet, televisyenataupun cinta monyet (Cinta kanak-kanak di alam remaja). Ini kerana itu bukan jodoh yang sebenar-benarnya. Ada yang cuba mengkategorikan jodoh kepada 3 jenis iaitu:

1) JODOH DARI SYAITAN 

iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN

iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.

jodoh itu ada pelbagai cara ada juga cara yang diberi rasulullah untuk mencarinya sebagai contoh jika kamu ingin memilih suami :

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”

Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. [3]

lelaki yang baik bukan mereka yang setia selalu bersama pasangannya,
namun lelaki yang baik adalah mereka yang menjaga pasangannya,
dan akan selalu bercerita tentang kemanisan iman ketika bersama pasangannya , kerna dia ingin bersama pasangannya ke syurga , bukan bersenang lenang di syurga dunia yang sementara , tanpa memikirkan akan dunia yang seterusnya♥ ♥
tarbiahkan hati ketika sedang suka , nasihatkan jiwa jika sedang jatuh cinta , kerna bila kamu melakukan langkahan seterusnya kamu tak bisa melupakan sebuah rasa yang bernama cinta ♥ ♥

pelihara hati itu baik-baik meski boleh memaafkan sangat mustahil untuk melupakan ^_^
selamat mencari jodoh ^_^
dan semoga jodoh yang baik menjadi milik kita ^_^


.


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

4 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Bukan Bidadari Awak ;) said...

..alhamdulillah..terasa tenang apabila membaca coretan2 saudara..semoga Allah memberi jodoh yang tepat buat kita semua..jaga hati,jaga iman..:)

strawberi ungu said...

maaf tumpang tanya,ini lagu ape ye?

Anonymous said...

Alhamdulilah ,, insya Allah ameen ,, ^_^

Anonymous said...

"Bukan tak sudi pada yang beragama, tapi diri ini serba berdosa.." Kadang2 rasa tak layak utk dia.. :'[

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥