Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Sunday, August 25, 2013

: Ayat Cinta Untuk Awak ^_^ :





Lelaki yang kacak akan menunggu bidadari hadir bagi menemani hidupnya di dunia, tetapi lelaki soleh akan menanti wanita solehah untuk bersama menuju syurga. 

Gadis yang cantik akan menunggu putera idaman bagi mengisi ruang hatinya, tetapi wanita solehah akan menanti lelaki soleh untuk menjadi imam dan membimbingnya... 

in shaa Allah. Allah dh rancang yg terbaik utk kita. sabar, tunggu & sama2 perbaiki diri..






Bermaksud:

Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,“Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…”

Khasiat ayat ini :
1 - Manis dipandang orang.
2 - Wajah menjadi berseri-seri.
3 - Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja.




Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39
Bermaksud:

“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”(Qs.thaahaa:39)

Caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk dapatkan kesan yang baik,
hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.


Cara mengamalkannya : 
  1. Baca Kedua-dua potongan surah yusof ayat 4 dan surah taaha ayat 39.
  2. Baca 3 kali kemudian sapu pada muka anda. 
  3. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang sukar dapat jodoh. 
  4. Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf, ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Taha, ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf. Paling mudah sebelum baca ayat, mulakan dengan bacaan ta'awwuz (A'uzubillahi Minash Shyaitan nir Rajeem) terlebih dahulu.



hari ini aku cuba kongsikan sedikit kalam ilmu yang dijadikan rutin tiap kali aku ingin memulakan ukhwah, dengan sesiapapun... ^_^

mungkin bukan  "ayat cinta" bersaksikan langit , mungkin bukan metafora perasaan, yang punya sifat menggila , dan bukan retorik penghujahan yang tidak perlu terhurai dalam isinya ^_^

alhamdulillah atas izin ALLAH berkesan aku menyentuh banyak hati ^_^
namun apakan daya masih ada juga yang tidak suka akan diri ini, mungkin sahaja aku manusia biasa, yang hanya cuba membayangi secebis pekerti rasulullah , walau punya tomahan seribu.

mungkin diatas cara yang terlalu kompleks dan disini , 
aku cuba mengajar cara yang agak mudah ^_^


surah yusof ayat 4, diguna kala aku cuba mengenal ukhwah sebagai seorang kawan , dan hasilnya siapa sahaja mudah mendekati aku cumanya, belum tentu ramai yang suka ^_^  lalu aku cuba memberi bekas dengan berbekalkan surah toha ayat ke 39 , alhamdulillah terdapat pelbagai cara ^_^ selepas baca surah yusof ayat 4 di ayat akhir..

Lii Sajidin...... cuba sebut nama simpulan yang kita suka sebanyak 3 kali.. ...kemudian tiup..jika dia dekat dengan kita ^_^

jika ingin beri pada anak, cuba bacakan dalam masakan, air , niatkan semoga anak kita, suami kita kasihkan kita, kita cuma usaha, dan KAMU harus ingat ALLAH yang akan mengizinkan apa sahaja berlaku...ayat ini cuma perantara sahaja ^_^

untuk lebih berkesan, cuba ayat seterusnya...insha-ALLAH atas izin ALLAH semua yang berkehendaki akan berhasil ^_^

alhamdulillah , mungkin saya tiada rupa yang menawan kalbu, terkadang pekerti juga merapuh , saya turunkan secebis ilmu , yang SAYA pelajari sewaktu belajar agama dulu , niat cuma ingin orang lain senang dengan saya juga untuk kelembutan hati ^_^ alhamdulillah, 
ia berkesan dan menawan hati , 

subhanallah , Alhamdulillah , Allahuakhbar ^_^


namun jangan kamu takut berkawan denganku , aku cuma ingin tautan hati dari ALLAH , aku tidak akan selalu beramal dengan ayat ini ^_^ kerna aku ingin cinta itu hadir atas gerakkan hati ALLAH taala, dan kala itu biarlah aku sudah bersedia dari segala hal ^_^ tidak mahu pendam rindu dengan lama , cukup sahaja aku mendekatimu dengan kalimah sakinah , 

aku terima nikahnya ^_^ 



I don't regret the things I've done, I regret the things I didn't do when I had the chance. 

# When a girl is silent, she's either over-thinking, tired of waiting, 
falling apart, crying inside or all of the above,.. 

It's sweet when someone knows every single detail about you. Not because you constantly remind them, but because they pay attention
You don't become a failure until you're satisfied with being one. 
It's okay to visit memory lane, just don't live there. 

< syuk al-hafiz >


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥