Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, August 23, 2013

: Mahkamah ALLAH maha adil :





Firman Allah: “Dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), 
jika kamu orang beriman.

 (Ali – Imran, 3: 139)

Firman Allah: “Bukankah Allah hakim yang paling adil.”

 (At-Tin, 95: 8)


Sepanjang tujuh tahun, tidak ada sesiapa yang bertanggungjawab terhadap kematian Altantuya Shaariibuu. Dan tidak ada siapa pun tahu mengapa si cantik warga Mongolia itu 
dibunuh pada Oktober 2006.
Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini tidak berjaya menutup fail pembunuhan misterinya.
Malahan, keputusan membebaskan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar membangkitkan lebih banyak soalan.

Firman Allah: “Pada hari, (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.
 (An-Nur, 24: 24)

Siapa bunuh dia? Mengapa?
Dia ditembak mati dan bahan letupan C-4 dikatakan digunakan untuk meletupkan mayatnya hingga berkecai, tetapi kedua-dua komando polis itu berkata mereka tidak ada akses terhadap bahan letupan itu. Jadi, apa yang berlaku? Adakah orang lain terbabit?
Dia datang ke negara ini, tetapi tidak akan rekod imigresen dengan namanya. Adakah dia menggunakan pasport lain? Bolehkah pihak berkuasa menjelaskan perkara ini?

Semua persoalan ini mungkin boleh terjawab jika saksi seperti DSP Musa Safri dipanggil memberi keterangan.
Pihak pendakwaan tidak memanggilnya dan mahkamah rayuan hari ini membenarkan rayuan itu kerana saksi material tidak dipanggil untuk memberi keterangan, termasuk Musa.
Musa mungkin boleh memberi keterangan apa yang membantu penganalisis politik, Abdul Razak yang memintanya supaya dapat mengelak diri daripada Altantuya.
Penterjemah itu pernah menjadi kekasih Abdul Razak tetapi kemudian memburunya dan menyebabkan Abdul Razak terpaksa mendapatkan perkhidmatan penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk memerhatikan Altantuya. Apabila Altantuya muncul pada malam malang 18 Oktober 2006 itu, polis menangkapnya dan itu adalah 
kali terakhir wanita itu dilihat hidup.

Seterusnya yang berlaku menggemparkan politik Malaysia. Abdul Razak ditahan kerana ada kaitan dengan pembunuhan itu dan kedua-dua polis komando Azilah dan Sirul kemudian didakwa atas pembunuhan Altantuya.
Kaitan antara mereka ialah Musa, yang ketika itu pegawai khas kepada timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan, Datuk Seri Najib Razak.

Kini perdana menteri, Najib menafikan sebarang kaitan terhadap kes itu walaupun Abdul Razak adalah seseorang yang rapat dengannya. Adakah keputusan hari ini memberikan penutup kepadanya juga?
Adakah ia juga memberikan penutup kepada Abdul Razak, yang terlebih dahulu dibebaskan dalam tuduhan bersubahat membunuh Altantuya. Beliau mengaku mengelak dan mengusir wanita itu, tetapi tidak minta kematiannya.

Menariknya, pihak pendakwa tidak pernah memfailkan rayuan terhadap 
pembebasan Abdul Razak.
Tetapi, hari ini pihak pendakwaan berkata, mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan Azilah dan Sirul, kedua-dua tertuduh yang `disembunyikan’ daripada masyarakat awam sepanjang 159 hari perbicaraan kes itu.
Itu juga sekali lagi menimbulkan lebih banyak persoalan. 
Dan `endless possibilities’.  – 23 Ogos, 2013.
...........................................................................................

sinis tentang kes al-tantuya ^_^

Pikir logik la, buat apa Hazilah dengan Sirul ni nak pergi bunuh Altantuya tu, depa ni polis Unit Tindakan Khas (UTK), dan bom yang digunakan adalah C4, kat Malaysia ni Tentera je ada C4. Takkan la depa boleh pergi curi C4 tu dalam stor tentera.

Satu lagi Hazilah dgn Sirul ni juga berkhidmat Kementerian Pertahanan masa tu, mestilah depa dua ni tak nak cemarkan nama Menteri Pertahanan masa tu, takkanlah depa dua ni sanggup nak curi bom dan pergi letupkan orang yang depa tak kenal tanpa sebab.

Yang kaitkan Najib Razak pulak, kan Najib dah bersumpah yang dia tak mengenali Altantuya ni secara langsung dan tidak langsung. Dia dah bersumpah dah, takkan orang amanah macam Najib ni nak tipu bab-bab sumpah ni.

Yang sepupu Altantuya dulu tunjuk bukti bergambar dalam mahkamah, gambar Najib, Razak Baginda dan Altantuya keluar makan bersama, ntah betul ntah tidak. Sape-sape pun boleh edit gambar sekarang ni.

Satu lagi dalam rekod imigresen takde pun rekod Altantuya masuk negara ni. Takkan lah imigresen nak padam rekod macam tu, imigresen banyak kerja lain la nak buat, nak sekat rakyat tak bayar PTPTN lagi, nak buat tu lagi, buat ini lagi.

Yang cerita Altantuya datang nak tuntut wang komisyen USD500k tu mana bukti, kan hari tu dah keluar TV3 ada sorang arkitek pembelian ni kapal selam ni, Jasbir Singh cakap yang Altantuya tak terlibat pun dalam pembelian kapal selam, mana ada guna jurubahasa. 

Jasbir Singh ni tahulah semua sebab dia tetlibat dari awal sampai akhir pasal pembelian ini, dulu dia senyap je, 2013 tiba-tiba dia muncul. Mungkin sebab dia dah tak tahan dengan pembelitan fakta oleh orang ramai.

Gua 100% yakin yang Altantuya ni seludup masuk ke stor tentera, dan curi bom C4, 
dan pergi letupkan diri sendiri.  mohon mereka faham apa tersirat dengan kiasan ini ^_^


Apabila kita kaitkan kisah tersebut dengan realiti hidup kita di Malaysia, justeru itu, kadang-kadang saya hendak tergelak dengan pelbagai kes yang dibicarakan seperti pertuduhan yang tidak logik, saksi palsu dan jalan cerita yang seolah-olah dirancangkan. Seperti cerita kartun Popeye (kartun yang saya cukup minat ketika masih kecil), seteruk-teruk dia dibelasah, dapat jua dia bangkit mengalahkan lawannya hanya dengan memakan bayam. Justeru itu, begitu banyak cerita Popeye ketika ini hinggakan seorang yang tua, uzur dan sakit tulang belakang sebagainya boleh saja dituduh melakukan perbuatan yang cukup luar biasa kepada seorang muda yang tegap tetapi bodoh dan tidak tahu melawan. Adakah si tua itu mempunyai kekuatan yang luar biasa seperti Popeye (disebabkan terlebih makan bayam) atau si muda itu terlalu lemah (tidak pernah memakan bayam)?

Pengajarannya, sebaik mana pun seorang itu, tidak dijamin dia terlepas dari sebarang fitnah. Begitu juga kita yang sentiasa hendakkan kebaikan. Hatta, Rasul-Rasul terdahulu, difitnah bermacam-macam seperti tukang sihir, gila dan sebagainya. Tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin baik Ikhwah dan Akhwatnya juga difitnah dan diperlakukan seteruk-teruk
 dan seaib-aibnya.

Sebagai contoh, kisah Zainab al-Ghazali al-Jubaili yang merupakan Ketua Jama’ah Muslimat yang menjadi sayap kepada Ikhwan muslimin di Mesir. Beliau diperintahkan oleh pemerintah Mesir supaya diseksa seperti seksaan ke atas seorang lelaki. Beliau dipukul dengan tongkat, cemeti, digantung kaki ke atas, dikurung dengan anjing-anjing yang ganas, direndam seharian dalam penjara air, dipenjara dengan tikus dan pelbagai lagi seksaan yang berlaku ke atas dirinya. Namun, beliau tabah menghadapinya dengan penuh yakin janji Allah:“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”

Membacakan kisah hidupnya, saya terasa seperti hendak menitiskan air mata. Bukan apa, sekiranya saya diperlakukan seperti beliau, adakah saya mampu bertahan seperti beliau walaupun saya seorang lelaki? Begitu zalim sekali seksaan yang dilakukan ke atasnya tetapi bagi para pejuang Islam, ini adalah hanya sedikit ujian atau dugaan kepada mereka.


# Kesimpulannya, kita harus berfikir semasak-masaknya dalam segala amal perbuatan kita. Mampukah kita berdepan Mahkamah Akhirat atau pun sediakah kita didakwa di Padang Mahsyar kelak tanpa sebarang pembelaan untuk membela kita. Di saat itu, kekayaan berjuta-juta, pangkat setinggi mana pun dan berbuih-buih sumpah dilafazkan tidak ada gunanya dan tidak mampu mengeksploitasi sebarang pendakwaan. Seharusnya, siap sediakanlah persiapan kita menuju ke Mahkamah Akhirat dan Pendakwaan di Padang Mahsyar. 
Moga-moga pendakwaan kita di Padang Mahsyar kelak memberi kebahagiaan kekal abadi sebagai orang beriman.

< syuk al-hafiz >







Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥