Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Thursday, August 22, 2013

: Mungkin Jodoh Itu Bukan AKU ^_^ :



The LORD God said, "It is not good for the man to be alone.
 I will make a helper suitable for him." 


-Genesis 2:18 ( bible )

# dalam kitab bible ada menyebut , Tuhan tidak akan biarkan kita sunyi dia pasti akan berikan seseorang yang sesuai untuk kita, membaca "bible" tak salah jadi salah bila kita salah faham ^_^ 


membaca kitab "bible" banyak betul pengisian yang hanya tuhan sahaja tahu kebenarannya, kitab bible yang kini sudah banyak berubah hanya untuk menyentuh hati manusia supaya menganuti agama ini , namun tak salah membaca jadi salah bila kamu salah faham , tanpa guru dan terhanyut kala membacanya ^_^


aku suka membaca , bukan hanya novela cinta menjadi wahan terindah buatku , aku suka membaca apa sahaja yang bisa mempertingkatkan pengetahuanku, itu sahaja bisa membezakan aku dengan mereka yang berpendidikan tinggi , sungguh banyak kanan kiri kelemahanku juga kekuranganku, yang hebat pada diriku semua atas izin ALLAH yang esa.


aku mempertontonkan diriku di khalayak ramai namun bukan segenap identiti di tunjukkan , kerna aku menerima maklumat dari sumber tidak sahih ada seorang lelaki cuba mengaibkan aku untuk kali keberapa tidak terhitung banyaknya , katanya dia penulis nurani hati lelaki ini , dia mencuri hati si gadis dan membekas menjadi parut yang kekal hingga ke mati , terpahat rasa kebencian pada diri ini pada mereka semua , dan sungguh bukan aku si pencuri hati itu, bukan aku yang menyemai azimat nista, maafkan aku....


ramai sungguh mencuba menjadi aku, menyusun puin-puin cinta,hanya untuk memenjara hati si gadis, bukan begitu caranya wahai sahabat,cubalah jadi dirimu sendiri tidak perlu menjadi aku, kehidupanku bukan seindah mana, kalau boleh aku lebih senang menjadi orang lain,
Gitar, i-pad, dijual aku untuk membeli sesuatu yang lebih berguna,
aku sedang sedaya upaya mencuba bekerja di sektor lain , hari demi hari permintaanku menjaga hak ALLAH , 
akan dibalas hampa oleh majikan lain.. bukankah solat jumaat itu "wajib" buat lelaki berkaumkan adam? bagaimanalah mereka memikirkan lewa tanpa sedikitpun gelisah didada...



dari timur, utara dan selatan.. seusia ini aku merantau mencari kerja di pelbagai sudut juga bidang ^_^ dan kembali semula ke tempat asalku Muar Johor, disini banyak mulut-mulut yang suka akan ambil berat padaku , bertanya tanpa jemu , marhaban kaum hawa baru sahaja menutup tirainya pada hari ahad lalu , seperti biasa aku akan membantu bonda menyiapkan makanan dan hidangan buat mereka yang marhaban, segala kerja rumah digalas tanggungjawab olehku seperti seorang anak dara, dan mungkin aku sudah terbiasa begini, kadang-kadang aku menjengah sesudut sepi berhampiran muara sungai muar,
 menghirup udara petang sambil muhasabah diri ..


soalan sinis beberapa orang makcik ketika marhaban lalu..

 lama anak kau cuti? sudah berhenti kerja ke? bila nak balik sana?

 bonda , selalu senyum kadang-kadang dia juga sinis berkata 

"anak aku duduk sini sebab nak jaga aku "


Parit Raja MUAR Johor , anak muda di kawasan ini tidak ramai menetap disini , walau mereka tidak berkelulusan, mereka akan merantau, jadi memang aku menjadi bahan pertanyaan kerana hampir 2 bulan aku disini...menjaga bonda juga kebajikannya, hari ini diwaktu pagi, menjengah kebun buah dibelakang rumah, aku melakukan aktiviti kampung, memetik pucuk ubi yang dipesan oleh jiran, seraya mereka membayar aku dengan hanya RM 2, PADAHAL aku cuma ingin memberi sahaja..tanpa meminta jumlah wang, namun diterima nilaian wang RM 2 ,DENGAN penuh bersyukur, kebun yang sekangkang kera milik bonda, tidak menjadi hasilnya tahun ini , akibat khianat haiwan perosok ,seperti kera, monyet dan Lotong...maka habis satu demi satu pokok...dirosakkannya..

terkadang diwaktu ini pada hari sabtu dan ahad, aku membantu pak cik, selaku imam masjid mengajar anak jiran mengaji al-qur'an , pak cikku imam yacob , cukup dikenali dengan ilmu al-qur'an andai dia baca al-fatihah sahaja kan pasti ramai terpanah mendengar alunan kesyahduan pada suaranya, dia berjaya mendidik aku ,adik dan anak-anaknya.. sebab itu dikala apa sahaja majlis ilmu juga apa sahaja majlis, orang kampung akan percaya pada keluarga kami untuk menjadi imam, mahupun membaca doa, aku perlu menjaga nama baik keluarga ini , supaya tidak tercarik nama ,
juga tidak dipandang hina

 oleh mereka yang lain diluar sana.



Rutin harianku dirangka, supaya sepanjang aku "menumpang masa"

 di dunia ini dihabiskan dengan aktiviti yang berguna, walau aku tidak gah bekerja seperti pemuda diluar sana ^_^ sebenarnya hati ini sangat sugul mengenang masa hadapanku, aku masih mencari kerja yang baik untukku, aku tidak mahu dikatakan membebankan keluarga, aku anak lelaki ,aku perlu bertanggungjawab ,sebagai anak, juga sebagai ketua keluarga, aku ingin kehidupan seperti mereka , punya kereta, punya rumah, punya keluarga ^_^ hari ini sekali lagi aku masak sesuatu buat bonda, dan jika aku memberikan pada jiran tetangga mereka akan memuji masakanku, rahsia aku memasak dengan izin ALLAH jika sedap  adalah dengan membaca surah "al-kauthar" ^_^ insha-ALLAH masakan akan sedap , guru yang banyak mendidikku adalah "youtube" dan "google"...selebihnya aku cuba masak ikut gayaku sendiri.




surah al-kauthar ?
 surah 'al-kauthar' banyak kaifiatnya, al-kauthar sendiri ditunjukkan suatu maksud   'nikmat yg banyak' dan menterjemahkan 'abtar' sebagai 'terputus dari rahmat' atau 'kerahmatan Allah. Jadi DENGAN izin ALLAH jika kamu hendak masak sesuatu makanan, dibaca surah al-kauthar beberapa kali, insha ALLAH atas izinnya , masakan anda akan sedap tidak perlu "aji-no-moto" gunakanlah kelebihan ayat al-qur'an ^_^ sepertimana , 
Allah telah mengurniakan kepada Rasulullah (s.a.w), di akhirat kelak, 


Telaga al-Kauthar; ^_^





Sejak aku menjejakkan kaki diusia 20an, tidak lagi aku melepak diluar sana , sebagai kutu embun , tidak juga aku menghabiskan sepenggal malam dengan petikan gitar hingga ke subuh , kehidupanku lebih tertumpu di rumah, urut kaki bonda hingga dia tidur, temankan bonda menonton cerita kegemarannya, semuanya dilakukan selepas balik dari surau juga masjid ^_^ aku cuba mencari sesudut masa buat mempertingkatkan amalku, walau bukan dibulan Ramadhan, KERNA jika bekerja dulu, aku sangat sibuk atas urusan dunia, dan kali ini dengan sepenuh masa yang ada, aku menghambakan diriku untuk ALLAH semata-mata, penganggur ini bukan membebankan keluarga , aku sediri takut dengan masa depanku , rezeki , jodoh malah ajalku ^_^


cukup sahaja cetusan rasa ini, menghurai siapa aku ^_^
aku belum layak menyapa jodoh,
belum cukup syarat untuk bernikah,
belum cukup alim menjadi suamimu,
belum cukup hak berjumpa kedua orang tuamu,
aku masih merangka masa depanku..
menjadi lelaki lebih baik..

aku sendiri tidak tahu siapa dia untukku ..

dan mungkin tiada jodohku diatas dunia ini ^_^

aku sendiri tidak mahu membebankan siapa , dan berkongsi hidup susah dengan sesiapa , aku lebih suka menulis tanpa jemu ^_^
berusaha menghurai rasa hanya dengan tinta dan pena, itu sahaja cara aku mewakilkan rasa yang sentiasa berkaca ^_^
doakan aku disetiap monolog juga cetusan hati lelaki ini, dipertemukan rezeki, jodoh juga dipermudahkan hisabku nanti, semoga ALLAH redha .



The amount of happiness that you have depends on the amount of freedom you have in your heart
You cannot always wait for the perfect time. 
Sometimes you must dare to jump.
We all at certain times in our lives find ourselves broken. 
True strength is found in picking up the pieces.
It's really nice to wake up in the morning and realize Allah has given me another day to live. 


< syuk al-hafiz >














Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

~N@B~ 95 said...

Assalamualaikum ..
Your words are beyond expected . Pandai menyusun biacara suka sangat baca blog awak :) May Allah find the right girl for ya .. Semoga penantian awak berhasil teruskan usaha anda ^_^ . Ibu anda selalu menjadi keutamaan anda . Hard to find guy like you nowdays anyway keep on searching :)

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥