Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, September 6, 2013

: Mungkin Belum Cukup Taqwa ^_^ :





 Being single doesn't mean that you are weak, 
it means that you are strong enough to wait for what you deserve.

Apa guna pasir setambun,

Kalau tidak setinggi duduk;
Apa guna kasih setahun,
Kalau tidak seumur hidup  ^_^


Hati Lelaki Terkadang Bersegi  nampak keras tapi penuh bunga di sudut hati, ingin juga dibelai di manja, terkadang mudah juga berkecil hati, cuma tidak menunjuk lebih kebalkan jati diri dengan ego, orang lain tak tahu ,cuma orang-orang yang rapat sahaja tahu siapa dia disebalik lelaki itu 


" lama sudah tidak aku menulis coretan masa dunia seorang lelaki , mungkin agak sibuk tarbiah hati yang dihurung lalat perasaan , bukan apa kali ini aku mula terngadah sendiri dengan segala catatan di blog usang ini , insha-ALLAH blog ini hampir pasti bertukar wajah dinaik taraf sebagai website lukisan-hatiku.com  cuma aku masih merangka masa menilik segala artikel lama supaya tidak terhapus sama sekali , insha-ALLAH semoga mereka yang selalu sudi menjengah segala retorik penghujahan hati selalu dalam redha illahi "



perkara pertama kala kita suka seseorang lebih harus dan patut , suka dalam diam , jangan pernah beritahu kisah hati kita kepadanya, lantaran itu juga kita cuba jengah siapa disebalik dia juga pergaulannya, mungkin ada antara kita dengan hanya membaca kalam perasaan yang diolah dengan bait-bait pujangga di facebook mudah terpanah ^_^ walau tidak pernah kenal si dia , itu memang tidak mustahil cuma jangan jadi terlalu polos, semua orang bisa menipu dalam laman sesawang , berbicara tentang kebaikan , 
copy dan paste nukilan perasaan padahal itu bukan dia..


sama juga dengan taqwa, Kebanyakan orang tidak faham apa sebenarnya taqwa. Walaupun istilah taqwa selalu disebut tetapi ilmu tentang taqwa tidak pernah diajar. Jalan untuk mendapatkan taqwa tidak pernah diberitahu. Syarat-syarat dan rukun-rukun taqwa juga tidak pernah dinyatakan. Orang sudah lali dengan per­kataan taqwa. Sesetengah orang menganggap perkataan taqwa itu sudah tidak ada erti apa-apa lagi 
kerana kebanyakan orang tidak faham.

Sebab itu, setiap kali disuruh bertaqwa, orang tidak ber­taqwa. Disebut Ittaqullah, ‘bertaqwalah kamu kepada Allah’, namun orang tidak bertaqwa juga. Walhal suruhan supaya bertaqwa itu disebut dalam setiap khutbah sembahyang Jumaat kerana ia adalah rukun khutbah. Kalau tidak disebut taqwa, tidak sah sembahyang Jumaat walaupun sembahyang khusyuk. Tetapi walaupun selalu disebut, orang tidak faham. Ia tidak jadi ilmu, ia tidak jadi amalan dan pegangan, jauh sekali untuk dihayati. 
Oleh itu macam mana hendak jadi orang yang bertaqwa.



Taqwa bukan setakat melaksanakan perintah dan mening­galkan larangan. Bukan setakat menunai ketaatan dan menjauh­kan kemaksiatan. Bukan setakat membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Bukan juga setakat mening­galkan apa yang haram dan menunaikan apa yang fardhu. Bukan setakat menjauhkan yang syirik dengan beramal dan taat kepada Allah. Bukan setakat menjauhkan diri dari segala apa yang akan menjauhkan diri kita daripada Allah. Bukan setakat menghadkan diri kepada yang halal sahaja dan bukan setakat beramal untuk menjuruskan ketaatan kepada Allah semata-­mata.


Inilah kupasan dan kefahaman tentang taqwa yang dibawa oleh para ustaz, para muallim, orang yang hafaz Quran dan Hadis bahkan juga para mufti dan kadhi. Taqwa itu tersangat dipermudahkan sehingga orang tidak merasakan bahawa taqwa itu penting dan perlu diperjuangkan demi untuk mendapat ke­selamatan di dunia dan Akhirat. Maksud taqwa sebenarnya lebih dalam dan lebih luas dari itu. 
Taqwa adalah antara perkara yang terpokok dalam agama.


Orang membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang atau orang menunaikan ketaatan dan menjauh­kan kemaksiatan, tidak semestinya berasaskan taqwa. Mereka taat mungkin kerana ada sebab-sebab lain. Mungkin mahu upah, mahu dipuji, mahu pengaruh atau untuk mengambil hati orang. Mereka meninggalkan apa yang dilarang pun mungkin ada sebab-sebab lain. Mungkin kerana mahu dihormati, mahu menjaga nama dan kedudukan, takut dihukum, takut orang mengata dan menghina atau takut dipulaukan orang.


Bila disebut taqwa, orang terjemah sebagai takutkan Tuhan. Itu tidak betul. Taqwa bukan bererti takut. Taqwa pada Tuhan bukan bererti takutkan Tuhan. Takut kepada Tuhan hanyalah satu daripada sifat mahmudah yang terangkum dalam sifat taqwa tetapi ia bukan taqwa. 


Takut dalam bahasa Arab ialah khauf atau khasya.


Taqwa berasal dari perkataan waqa–yaqi–wiqoyah yang ertinya memelihara.
 Hujahnya ialah ayat Al Quran seperti berikut:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, hen­daklah kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka.” (At Tahrim: 6)


hari ini juga seharusnya aku lebih menyemai taqwa, sebelum menemui cinta , bukan aku juga mungkin antara kita , mengaji agama lebih lagi , bukan hanya menjadi ustaz/ustazah google, juga facebook, cubalah curi sesuku masa belajar kenal agama, mungkin kita belum cukup taqwa sebab itu belum lagi rezeki datang menyapa, mungkin terlalu gilakan dunia kita sendiri tidak tahu taqwa kita dicelah mana, TAQWA oooo Taqwa , semoga ALLAH redha segala usaha dan penambah baikkan kita dalam beragama..


terkadang seseorang itu faham agama dia bertudung likup solat lima waktu , namun dia belum bisa menguasai taqwa ^_^ umpama sepohon pokok walaupun rendang mudah dipetik , buahnya manis , belum tentu kita bijak memetiknya, walau hanya dipetik kita belum bijak menggunakan kaifiatnya menjadi lebih baik ^_^


aku faham , kiasan demi kiasan diolah semanis gula, hari ini aku datang pada salah masa, si pemalu menyapa rasa pada hawa, nyatanya dia sudah punya penunggu yang setia, katanya kenapa aku tidak hadir diwaktu dulu , dan balasku hadirnya aku cuma menguji hatinya, mungkin katanya aku sempurna namun belum tentu aku temui bahagia ^_^


menongkah arus perasaan , nyatanya penat dan lelah juga aku...
aku harus berhenti di persinggahan, aku perlu iqtikaf di suatu tempat tanpa siapapun kenal aku , langgit terus gerimis, hati bah dengan linangan airmata keinsafan , sungguh banyak dosaku ya tuhan , aku belum cekap menjadi adam, juga belum kuat menjadi seorang imam buat si hawa ^_^ dan mungkin aku gagal lagi, terima kasih segala pengucapan, taqwa yang ada akan selalu ku bawa, bersaksikan tuhan yang esa, aku menunggu kalam sakinah mengakhiri gundah hatiku ^_^ ALLAHuakhbar....



I'm not shy, you just have to get to know me first, then you'll have a hard time shutting me up. 

# Sometimes I regret being nice, apologizing when I didn't do anything wrong, 
and for making unworthy people a priority in my life. 

andaipun aku ditinggal sejuta kemegahan dunia,  dan ditinggalkan rasa cinta pada si hawa  
aku tetap seorang hamba , biar hina dan rendah pada mata-mata manusia, biar hilang segala aset dunia,
 aku tetap akan menjaga bonda, aku masih  beristiqomah , mungkin aku  bakal melepaskan peluang untuk pekerjaan itu , kerna aku  punya tanggungjawab yang lebih berharga menjaga bonda yang selalu sahaja tidak menentu sihatnya 

# biarpun mereka risau masa depanku , 

aku  percaya ALLAH sedang mengujiku 
 selamat tinggal Jepun 

semoga ALLAH redha ^_^




Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥