Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, September 9, 2013

: Mungkin Belum Cukup Taqwa II :







I don’t usually share personal things and feelings, so if I share them with you,
 it’s because I trust you and because I care about you. 

                                     # Ask Allah to clean you inside and out. 
Repent daily and pray all throughout each day. 

Mengagumi Pesona Si Hawa, Walau Tidak Kenal , Walau Tidak Bersua MUKA, Aku cuma melihat sekali lalu terus menundukkan pandanganku kalaupun dia cantik, walaupun dia menawan, belum tentu dia memandang "hati" yang berniat untuk membimbingnya, aku ingin cuba membawanya jauh dari pandangan lelaki lain, kerna pesonanya seharusnya milik yang halal untuknya bukan untuk tatapan semua moga ALLAH redha .. 

# Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar... 



alhamdulillah , kesinambungan coretan tentang taqwa ^_^
ramai di kalangan mereka sibuk menulis aksara ayat juga perasaan , menulis bait-bait kata tentang agama tapi kebanyakkan juga tidak berhasil untuk menyentuh sanubari , mungkin kerana mereka tidak bijak menyentuh hati, belum pandai mencorak rasa,  jangan salahkan tuhan andai kamu tidak berjodoh mungkin kamu belum cukup taqwa , untuk mencapai jodoh itu ^_^


Di dalam Al Quran, kerap Tuhan menyeru dengan kalimah ittaqu atau yattaqi. Di mana ada tambahan huruf pada asal kalimah waqa, ia membawa perubahan kepada makna. Di sini ittaqullah membawa maksud hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara/pembenteng/pelindung. Iaitu  hen­daklah jadikan Tuhan itu pelindung. Jadikan Tuhan itu kubu atau benteng. Bila sudah berada dalam perlindungan, kubu atau benteng Tuhan, perkara yang negatif dan berbahaya tidak akan masuk atau tembus. Atau jadikan Tuhan itu dinding dari ke­jahatan.


Taqwa atau wiqoyah telah disalahertikan. Maksudnya telah disempitkan. Ia sebenarnya adalah lebih global dan luas. Ia adalah gudang mahmudah dan merupakan himpunan segala sifat-sifat mahmudah. Di situ ada sabar, redha, pemurah, ber­kasih sayang, pemaaf, memberi maaf, meminta maaf dan se­bagainya. Seluruh sifat mahmudah itulah taqwa. Jadi, besarlah erti taqwa. Ia membawa keselamatan dunia dan Akhirat.

Oleh itu, kalau dikatakan ittaqullah, maknanya yang sebenar ialah ‘hendaklah kamu mengambil Allah sebagai pemelihara’. Oleh sebab istilah-istilah Islam telah banyak disalah guna dan disalahertikan, maka hilang berkatnya. Bila disebut istilah­istilah Islam, tidak terasa apa-apa. Contohnya ialah perkataan ‘khalwat’. Maksudnya mulia iaitu menyendiri dengan Tuhan. Ia satu bentuk amalan sufi. Tetapi maksudnya itu telah diselewengkan dengan membawa erti ‘berdua-duaan lelaki dan perempuan yang bukan ajnabi’. Begitulah juga istilah ittaqullah ini. Setiap minggu pada hari Jumaat, dilaung-laungkan di mimbar masjid tetapi para jemaah tidak terasa apa-apa. Berkat­nya telah hilang kerana maksudnya telah disalahertikan.

Taqwa adalah pakaian jasad batin atau roh. Ia adalah amalan jiwa atau roh. Taqwa adalah perkara dalaman dan banyak me­libatkan amalan hati. Kalau sungguh-sungguh diamalkan dan dihayati, akan lahir sifat-sifat mahmudah seperti jujur, adil, benar, berkasih sayang, lemah lembut, pemurah, tawadhuk, pemalu, bertimbang rasa, berperikemanusiaan, sabar, redha, tawakal, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, pemaaf, amanah, tekun, rajin, lapang dada, bekerjasama, simpati, belas kasihan dan sebagainya.


Asas taqwa yang lahir bermula dari aqidah yang betul diikuti dengan solat, puasa, zakat dan naik haji. Itu adalah asas taqwa. Kalau asas taqwa ini tidak ada ertinya kita tidak ada benih untuk ditanam. Kalau tidak ada benih, masakan akan ada pokoknya.
 Amalan-amalan yang lain adalah sebagai tambahan.


Asas taqwa yang batin ialah rasa kehambaan yang sungguh mendalam. Di antaranya rasa serba-serbi dhaif, lemah, hina, lalai dan leka di sisi Allah SWT. Rasa diri benar-benar dimiliki oleh Allah. Rasa diri tidak punya apa-apa.


Diri yang rasa lemah itu sangat merasakan ianya terdedah kepada berbagai kerosakan dan cacat cela. Tiada daya, tiada upaya dan tidak mampu berbuat apa-apa. Rasa kehambaan yang mendalam ini menjadikan hati penuh pasrah, merintih, mengharap dan memohon setiap sesuatu itu hanya dari Allah.




CIRI-CIRI TAQWA

Di antara ciri-ciri taqwa adalah:

1.      Ingat dua perkara

2.      Lupa dua perkara

3.      Menyukai apa yang Allah suka

4.      Membenci apa yang Allah benci


insha- ALLAH aku akan menulis perihal taqwa untuk penulisan seterusnya,  mungkin aku juga  belum cukup taqwa, sebab itu aku masih merangkak mencari rezeki, belum bertemu jalan rezeki yang betul , aku ingin menjadi seorang lelaki yang serba serbi lengkap tatkala menyentuh soal jodoh , belajar agama lebih lagi , itu sahaja wahana yang bakal dibawa ke alam berikutnya.

salam perkenalan buat mereka yang baru menjengah , coretan hati seorang lelaki,  segalanya tentang sekeping hati , mungkin penulisanku tersusun dengan "jiwa" sambil itu kala ada yang membaca mungkin akan mencari siapa aku, mungkin mereka tidak menyangka, yang penulisan lukisan-hatiku merupakan penulisan  seorang lelaki, yang masih muda dan bujang...

 aku punya ramai kenalan arif tentang agama, sambil aku juga secara tidak langsung banyak mencuri ilmu dari mereka  menambahkan pengetahuanku, aku ingin menjadi "google" buat zaujahku nanti, juga buat anak-anakku , apa sahaja tentang agama ,juga tentang hukum ALLAH boleh bertanya padaku, cuma jangan tanya soalan matematik ^_^ kerna aku cukup lelah menghitung jari sambil menggaru kepala tatkala mencari penyudahnya...


esok pada hari selasa aku bakal menghadiri temuduga, sebagai seorang technical quality engineering, insha-ALLAH aku akan berusaha sehabis baik untuk , dapat peluang bekerja disitu,  doakan aku wahai sahabat semua, nukilan hatiku selalu mewakilkan perasaanku , mereka tidak kenal siapa aku, mereka tak tahu latar belakangku, cukuplah kamu mengintai aku dilaman sesawang ini, jangan pernah tanya tentang rupa juga penampilanku, aku cuma lelaki biasa yang masih merangkak mengenal agama.....


Being someone’s first love is great, but being someone’s last love is beyond perfect. I don’t usually share personal things and feelings, so if I share them with you, it’s because I trust you and because I care about you. 

# it's better to be alone during the night when everybody has sleep.
the calmness that you feel between you and Allah. 




Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Unknown said...

Subhanallah entry yg menarik. . Allah mengilhamkn setiap bait kata untuk pedoman hati insan lain..
Jazakallahu khair..teruskn berdakwah..

-nur_mardhatillah-

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥