Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Tuesday, September 10, 2013

: Mungkin Belum Cukup Taqwa III :





Do not compare your love story with those in the movies,
because they are written by scriptwriters, and yours is written by Allah :)

Don't waste your tears on your broken relationship with someone you love,
Invest your tears to strengthen your relationship with Allah. ^_^


alhamdulillah akhirnya blogku telah bertukar menjadi website, amat teruja diri ini, insha-ALLAH makin bersemangat aku selepas ini untuk terus berkarya, aku ingin menulis lagi dan lagi perihal taqwa, kerana dengan hanya taqwa sahaja kita akan tahu betapa mahalnya harga sebuah iman , apa guna kamu solat setiap hari namun tidak tahu apa itu taqwa, walaupun khusyuk , 
namun tidak tahu nilai sebenar taqwa rugi kan ^_^


semalam aku menghadiri temuduga untuk sebuah jawatan "dunia" sangat ramai yang hadir beratur dan bersusun, pelbagai ragam manusia, ada pula yang mengambil jalan mudah, tanpa perlu beratur panjang, menggunakan "kabel" juga orang dalam kasihan pada mereka yang betul-betul layak, hanya sebagai syarat, untuk menjadi watak dalam permainan manusia , termasuk aku, cumanya aku pergi atas nasihat keluarga, juga bonda kata bonda "cuba" dahulu..dan aku hanya "mencuba" nasib ...
insha-ALLAH jika ada rezeki adalah...


bonda sangat takut kala aku membuka bible milik seorang sahabatku, dia sangat takut keimananku tergugat kala membaca bait-bait ayat, hingga aku mengatakan pada bonda ^_^ pada asalnya "kristian" juga islam, cuma mereka salah faham agama ^_^ yang membezakan kristian dan yahudi adalah ketaksuban pada seseorang "pemimpin" , orang yahudi percaya ALLAH, cuma mereka cuba untuk menyerupakan ALLAH dengan sesuatu, SEBAB itu mereka tersasar jauh, kristian pula, mereka anggap nabi isa sebagai "anak tuhan" , insha-ALLAH selagi iman ini masih kebal , aku akan selalu cuba mempertingkatkan kefahaman agama, 
bukan hanya untuk aku malah ingin aku tarbiah isteriku,
juga anak-anakku nanti ^_^


insha-ALLAH hari ini aku ingin mengulas serba sedikit kefahaman agama yang ALLAH beri padaku ^_^

tentang taqwa..



CIRI-CIRI TAQWA
Di antara ciri-ciri taqwa adalah:
1.      Ingat dua perkara
2.      Lupa dua perkara
3.      Menyukai apa yang Allah suka
4.      Membenci apa yang Allah benci

1. Ingat Dua Perkara

a. Pertama: Kebaikan, jasa dan budi orang kepada kita perlu diingat selalu dan sekiranya berpeluang, maka eloklah disebut-sebut dan dibalas walaupun balasan itu tidak se­timpal dengan jasa dan budi orang itu kepada kita. Itu terhadap kebaikan dan jasa manusia.
Lebih-lebih lagilah kita perlu ingat dan mensyukuri segala nikmat dan limpah kurnia Allah SWT kepada kita yang tidak terhingga banyaknya. 
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka
hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda
bersyukur).” (Adh Dhuha: 11)
Ini supaya kita terasa terhutang budi dan berterima kasih kepada orang yang berbuat baik dan berjasa kepada kita. Tentulah terhadap Allah, lebih-lebih lagi patut kita rasakan sedemikian. Memang patut kita taat dan bersyukur kepada Allah, dengan membuat amal kebajikan biarpun segala amalan itu tidak mungkin setimpal dengan kurniaan Allah.

b. Kedua: Kesalahan kita kepada orang lain hendaklah sentiasa kita ingat dan kita minta maaf daripadanya. Ingat selalu tentang kesalahan diri agar kesalahan itu tidak diulangi. Rasa bersalah itu penting kerana rasa itulah yang mendorong kita meminta maaf. Itu terhadap kesalahan kita terhadap sesama manusia.
Lebih-lebih lagilah kita perlu ingat dosa-dosa dan keder­hakaan kita kepada Allah. Kita iringi ingatan kepada dosa­dosa itu dengan bertaubat. Kekalkan rasa berdosa itu supaya kita terhindar dari terbuat dosa-dosa yang lain dan hati kita sentiasa takut dan berharap agar Allah ampunkan dosa kita.

2. Lupa Dua Perkara
a. Pertama: Lupakan segala budi, jasa dan kebaikan kita kepada orang. Jangan diungkit-ungkit dan dikenang-kenang. Kem­balikan segala kebaikan yang kita buat itu kepada Allah. Rasakan seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepada orang.

Lebih-lebih lagi, kita kena lupakan segala amal ibadah yang telah kita buat kepada Allah. Jangan diungkit-ungkit atau dikenang-kenang. Rasakan seolah-olah kita tidak beramal. Dengan itu moga-moga hati kita tidak dilintasi oleh rasa ujub, sum’ah atau riyak atau rasa diri baik dan mulia.

b. Kedua: Lupakan kejahatan orang terhadap diri kita. Anggap­lah seolah-olah tidak ada siapa yang bersalah dengan kita supaya tidak tercetus rasa marah atau dendam terhadap orang.
Lebih-lebih lagi hendaklah kita lupakan segala kesusahan, ujian, musibah atau mala-petaka yang Allah timpakan kepada kita seperti sakit, kematian, kerugian, kemalangan dan kegagalan. Atau banjir, kemarau, ribut taufan, tsunami, wabak penyakit, kemelesetan ekonomi dan sebagainya. Supaya tidak tercetus perasaan tidak sabar dan tidak redha dengan ketentuan Allah.


3. Menyukai Apa Yang Allah Suka

Yakni kesukaan kita hendaklah selari dengan kesukaan Allah. Kita buat apa sahaja perbuatan dan amalan menurut apa yang disukai Allah. Ini mudah kalau apa sahaja yang Allah suka, kita pun suka. Bukan soal sesuatu amalan itu kecil atau besar, fardhu, wajib atau sunat tetapi asalkan Allah suka, kita pun suka dan akan membuatnya. Itu cara kita hendak meng­hiburkan Allah. Itu manifestasi dari cinta kita yang menda­lam kepada Allah. Seseorang itu akan menyukai apa sahaja yang disukai oleh orang yang dicintainya.
Soal amalan fardhu, wajib atau sunat sudah tidak jadi per­timbangan. Semua amalan yang Allah suka akan kita buat. Ia bukan juga soal mendapat pahala atau fadhilat. Ia lebih kepada hasrat untuk menyatakan dan membuktikan cinta dan kehambaan kita kepada Tuhan.


4. Membenci Apa Yang Allah Benci

Yakni kebencian kita hendaklah selari dengan kebencian Allah. Kita tinggalkan apa sahaja perbuatan dan amalan menurut apa yang dibenci oleh Allah. Ini mudah kalau apa yang Allah benci, kita pun benci. Nafsu pasti mendorong untuk berbuat apa yang Allah benci kerana nafsu itu suka kepada apa yang Allah benci dan benci kepada apa yang Allah suka. Tetapi fitrah tetap kuat dan teguh. Fitrah yang suci murni itu, wataknya berlawanan dengan watak nafsu. Ia suka kepada apa yang Allah suka dan benci kepada apa yang Allah SWT benci. Nafsu tidak dapat mengalahkannya kerana rasa bertuhan dan rasa kehambaannya yang men­dalam.

jelaslah disini apa sebenar taqwa yang ingin aku lukiskan di minda para pembaca, mungkin kau belum bertemu rezeki, sebab kamu belum cukup taqwa, mungkin kamu belum bertemu jodoh juga sebab kamu belum cukup taqwa, namun apakah harga iman yang ada pada kamu sekarang bisa , membuat kamu  mudah ke syurga ALLAH? tepuk dada tanya iman..

sebenarnya , dikala kita cuba berubah menjadi lebih baik, memang akan wujud seseorang yang tidak senang akan perubahan kita, namun kita perlu tebalkan isttiqomah dengan nekad hati , bulatkan kata supaya terus dalam ketaqwaan, ingat ALLAH, ingat rasulullah, ingat ibu ayah, kita memang tidak boleh menjadi orang lain tapi kita boleh jadi yang lebih baik ^_^

aku pernah punya segalanya, dan kala itu dalam kotak mindaku hanya berfikir, insha-ALLAH dengan nekadnya aku bekerja disini aku ingin kekal disini bernikah dan tamatkan kelu di hati , dengan gaji yang baik dengan kemudahan serba lengkap aku sangat bersyukur, malah satu kampung kala balik bertanya bagaimana dengan kerjaku? aku senyum aku bangga, namun dengan hanya "fitnah" betul-betul mengujiku,aku hilang semuanya sekelip mata dan sangat sukar untukku bekerja lagi kerana pengaruh syarikat itu begitu besar untukku bermula semula...
   Mungkin  aku lupa taqwa? sebab itu ALLAH ambilnya semua dariku, dengan bingkisan fitnah, aku terpaksa berusaha mencari kerja baru dengan tebal muka, dituduh tentang sesuatu perkara padahal memang kita tidak lakukan ^_^ jaga-jaga dengan fitnah, kuasa fitnah akan buat semuanya berubah.. namun aku  masih percaya, hikmah itu masih ada, walau aku masih menunggu apakah yang bakal terjadi buat masa depanku seterusnya..

cita dan anganku, terlalu menggunung, ingin bernikah kala segalanya sempurna, aku nekad tidak mahu hidup susah, sebab itu aku berusaha lebih, bekerja lebih masa, hanya untuk membuktikan yang aku boleh berjaya, tidak perlu bercinta lama, tidak perlu pendam rindu menggila, kau harus tahu lelaki ini sedang cuba merangka masa depannya, insha ALLAH bila segalanya sempurna dan dipermudahkan, aku akan menikahimu dengan lafaz sakinah itu, kau dan aku menjadi adam dan hawa hingga ke akhir nyawa..

cetusan dan rasa seorang lelaki ini, hanya buat pedoman, jangan salah pilih kawan, jangan mudah memilih hawa, jangan nukilkan aksara cinta, kerana dirimu begitu berharga ^_^ semoga ALLAH redha...
restu ibubapa bersama redha ALLAH.
" MUNGKIN belum cukup taqwa "

The best thing in life is finding someone who knows all your flaws,
mistakes, and weaknesses, and still thinks you're completely amazing.








Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥