Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Sunday, August 31, 2014

: Erti Sebenar Merdeka ^_^ :





" Tentu Seronok Menjadi Bintang Tiada Siapa Dapat Pegang, 
Lebih Seronok Menjadi Matahari Tiada Siapa Dapat Pandang  "

#Seperti Seorang Perempuan,Jika Menutup Aurat,Lelaki Akan Hormat Bahkan Tidak Akan Ada Yg Cuba 'Pegang' , Bukan Semua Juga Dapat 'Pandang' Pesona Dirinya,Sebab Dia Hanya Milik Halal Suaminya Juga Hanya Bisa Dilihat Mereka Yg Semahram Dengannya 



Alhamdulillah , kembali menulis untuk catatan hidup seterusnya, selamat menyambut hari Kemerdekaan kali ke 57 buat negaraku Malaysia, Alhamdulillah masih dalam 'keamanan' dari kaca mata fizikal namun sebenar-benarnya kita masih dibawah penjajahan hawa nafsu juga dakyah dunia. Kehidupan mereka zahir dan batin terbelenggu dalam penjajahan.Segala-galanya disekat dan dijajah termasuklah kehidupan untuk beragama dan tunduk kepada Allah 
Ta'ala dengan penuh ketenangan.


Kedatangan Islam sendiri ke alam dunia ini membawa mesej dan sifat kemerdekaan. Islam menyeru manusia supaya membebaskan diri dan pemikiran mereka daripada belenggu jahiliah dan kemusyrikan terhadap Allah Ta'ala, membebaskan diri daripada perhambaan dan membebaskan negara daripada cengkaman musuh. 


Hadis daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Aku telah diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat. Apabila mereka melaksanakannya maka darah dan harta mereka terpelihara melainkan dengan hak Islam dan perhitungan mereka adalah di sisi Allah SWT". (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Islam tidak pernah menghalang kebebasan manusia, sebaliknya kebebasan itu mestilah digunakan sebaiknya untuk mencari keredaan Allah SWT. Oleh kerana itu, orang-orang yang cuba membebaskan diri daripada tuntutan-tuntutan Islam, pada hakikatnya bukanlah mereka itu mendapat kemerdekaan, sebaliknya merekalah golongan yang sentiasa diperangi oleh Allah SWT dan juga Rasul-Nya.



Islam dalam erti kata kesejahteraan, kedamaian dan keamanan semuanya menjurus kepada maksud kemerdekaan. Hakikat ini dapat kita lihat semasa perkembangan awal Islam di mana Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam telah membawa kemakmuran kepada Negara Madinah dan memerdekakan Kota Mekah daripada cengkaman kafir Quraisy. Begitu juga perkembangan di zaman Khulafa' ar-Rasyidin  yang banyak memerdekakan negara dari cengkaman kekufuran.


Islam juga yang bersifat merdeka dalam erti kata yang lain bermaksud bebas daripada keruntuhan akhlak dan kemurkaan Allah. Lantaran itu, Islam talah berjaya menyelamatkan tamadun manusia daripada sistem perhambaan, sama ada perhambaan sesama manusia ataupun perhambaan terhadap hawa nafsu yang diselaputi oleh syirik, kekufuran, kemungkaran dan kemaksiatan.



Seorang penyair Arab yang bernama Ahmad Syauqi 
berkata dalam syairnya yang bermaksud: 


"Kekalnya bangsa kerana mulianya akhlak, 
runtuhnya bangsa kerana runtuhnya akhlak"



'SKEMA' pula penulisan kali ini,sebenarnya aku mahu menulis perihal lain,cuma mungkin tanggal 31 Ogos ,perlulah sedikit semangat nasionalisme,AllahuAkhbar tahniah buat sahabat baikku, Saudara Syafiq Hilmi Kerana Sudah bergelar suami buat pasangan pilihan hatinya, sebenarnya aku juga belum cukup merdeka, banyak perkara sedang 'menjajah' hatiku, gara-gara seorang pakcik ini ^_^


Terkadang Terfikir Kawan-Kawan Kerja 'Office', 'Selesa', Lebih Memberi Yakin Pada Ibubapa Untuk Dijadikan Calon Suami,Baru Sebentar Tadi Ada Sapaan Oleh Seorang Pakcik Ketika Selesai Sudah Majlis Pernikahan Kawan Saya  "

  Si Pengapit Ini Engineer Juga Ke? Pakcik Itu Bertanya,Lalu Dibalas Aku Dengan Jujurnya: Tak Pakcik, Berniaga Makan Tepi Jalan Saja  Terus Berubah Muka Pakcik Itu ,Sambil Alih Soalan Pada Si Pengantin , Senyum Kecil Aku  Dunia Oo Dunia.. AllahuAkhbar...




Minda Kita Sendiri Belum Merdeka ,SELALU fikir 'rendah' kepada orang lain,sungguh besar mana pangkat kita,banyak manapun harta yang ada,HANYA amalan yang 'bakal' dibawa ke alam berikutnya, agak-agak cukup bekalan untuk ke sana nanti?

Kaya dunia belum tahu kaya di akhirat nanti, di akhirat bukan boleh sogok malaikat dengan wang yang ada, ingat hebat manapun anda atas dunia, di akhirat nanti baru tahu di mana kedudukan kita ^_^ moga ALLAH rahmati kehidupan kita dunia dan akhirat nanti, Allahuma Aminnn..





" Kadang-Kadang Seronok Bermain 'Tarik Tali' Tak Memberitahu Suka,Cuma Menulis Sinis Supaya Dia Terasa,Nak Beritahu Suka Takut Berbalas Kecewa,Ibarat Melawan Angin Lintang,Nampak Gagah Tetapi Gelora Dan Badai Angin Sentiasa Menguji Keimanan  "


#Saya Nak Cakap Saya Suka Awak Tetapi Berharap Ketika Itu Saya Sudah Mampu Untuk Menikahi Awak ^_^




It's great to talk about Islam on social media and I encourage it, but I pray that we all have a real relationship with Allah.
Allah doesn't need us to edit, water down, or sugarcoat Islam. Be gentle and patient but boldly preach it without any compromise!
When you delete the unnecessary things from your life, good things will start happening for you and it won’t be a coincidence, in shaa ALLAH ^_^







Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥