Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Wednesday, August 6, 2014

:Setelah Pergi Ramadhan ^_^ :





Murod : Orang yg Allah sendiri yg tarik dia untuk dekat pada Allah.

Murid : Orang yg taqarrub dgn Allah melalui murabbi.

#Taqarrub (Dekatkan Diri Pada Allah), Belajar Agama Untuk Mantapkan Iman,Bukan Belajar Agama Untuk Cari Salah Orang Lain Sambil Menghukum,AllahuAkhbar !! 



 Rasulullah SAW bersabda :-

“Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata : “Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan selawat atasmu”. Aku mengucap : “Amin”. “Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak dimasukan ke syurga”. Aku berkata : “Amin”. Jibril berkata lagi : “Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya”. Lalu aku mengucapkan : “Amin”. HR. Ahmad




Daripada Qaul Rasulullah SAW di atas dapatlah kita simpulkan, terdapat 3 golongan manusia yang Rasulullah SAW kategorikan sebagai seorang yang rugi. Ruginya bukan di dunia sahaja, malah ruginya berterusan sehingga hari akhirat.. Ketika mana orang lain berlumba-lumba mengumpul 'dana pahala' di dunia,
 dirinya sambil lewa dengan kehidupan dunianya.. 
Maka terlepaslah peluang dan kesempatan yang Allah beri kepadanya.



Sunyi sudah masjid setelah Ramadhan pergi, tidak seperti dulu setiap hari penuh masjid hingga terpaksa bentang tikar di luar masjid,Allahurobbi ^_^
Rindu Ramadhan rindu berbuka puasa di Masjid Rindu juadah 'simple' dari bonda,meski tidak pernah membeli di Bazar Ramadhan apa sahaja makanan dimasak 'ala kadar' olehku kerna takut perut kembung untuk tunaikan solat terawikh ^_^


Ramadhan banyak membuat kita berubah,dari lupa solat magrib jadi ingat,dari leka dengan slot akasia jadi peka pada solat magrib,dari selalu pakai 'sexy' jadi terus tertutup rapi, tapi ramai yang jadi hamba kepada Ramadhan berubah hanya tiba bulan mulia itu. Jika tiada satu pun terkesan dihati berubah maka Ramadhan yang pergi hanya sekadar puasa menahan diri.

Syawal tiba, Akak Long Dan Akak Ngah tidak balik beraya kerana mereka beraya di rumah suami ,sungguh sunyi teratak usang bonda, yang ada cuma aku dan adik, sambil termenung bonda di raya pertama selepas selesai solat sunat aidilfitri, dia berkata baru dua orang tiada sudah rasa sunyi kalau abang ude,dengan adik tiada apa tinggal pada bonda?



Jawabku : "Selagi Hayat Ini diizin ALLAH, 

Selagi itu Abang Ude Akan selalu disisi bonda "


Bonda : " andaipun tak kaya,tak hidup senang, jangan sedih sebab senang dunia ini banyak nak dipertanggungjawab pada masyarakat kalau abang ude kaya hati dah cukup kaya di akhirat nanti "

Jawabku : 'in shaa ALLAH ,Bonda ^_^ moga Allah Redha.


Sebenarnya raya ini lebih memberi rasa sedih,bersusun pertanyaan bila mahu kahwin,bila mahu kerja lebih baik, hanya senyum dapat mewakilkan bahasa hati ^_^ tidak pula membentak,cuma senyum ungkapan senyum sudah menjawab seribu persoalan, jika ambil beratpun perlu juga menjaga hati, jangan sembrono tanya, inilah yang dikatakan adab berkomunikasi, yang jarang diamalkan oleh masyarakat kita. Makin berkata-kata makin menyakiti, malah makin perli makin luluh iman dijiwa ini.


Soalan sensitive mula dihujani,sambil lupa menjaga hati manusia yang lain, tidak salah tanya khabar,sunah juga ziarah dan bertanya khabar,jadi salah bila terlalu ambil tahu,bila sudah tahu dihebahkan pula pada yang lain ^_^ Allahurobbi ,sebulan berpuasa jaga diri dari perkara keji,tapi sehari sahaja sudah menyakiti banyak hati..

Ada pula bila sudah tahu jawapan dan pertanyaan yang ditanya dihebah pula pada seisi alam ditambah pula cerita,hingga jadi fitnah,hanya kerana mahu sedapkan cerita, ya ALLAH Bulan Ramadhan sudah pergi tapi kumpul dosa di bulan Syawal pula... amatlah rugi ^_^ Allahurobbi..


Nabi kata sepatah ucapan buruk itu kalau dimasukkan ke dalam laut boleh membuatkan laut jadi keruh. Kita dah ucap berapa banyak?
Lidah tampak kecil dan lemah saja. Namun bila disalah gunakan, ia boleh jadi alat yang mampu melukakan ramai insan. Jagalah ia. ^_^



Jawapan saya tahun ini bila ditanya soal nikah ^_^

Sampai Satu Masa Bila Allah Dah Izinkan Detiknya Kita Bernikah Juga,Kerana Nikah Itu Hadir Bersama Amanah Allah ,Bila Sudah Benar Boleh Pikul Amanah Maka Allah Akan Mengizinkannya Ingat Nawaitu Baik Allah Pasti Redha 

#Jangan Tanya Soal Nikah Kahwin,Saya Belum Mampu Lagi,Cuma Tolong Doakan Saya Murah Rezeki  In Shaa Allah Aminnn..




Di akhirat nanti kambing yang tanduknya dipatahkan pun akan diadili hingga dapat semula tanduknya. Apatah lagi fitnah. Taubatlah. ^_^
Di akhirat nanti, jin & binatang pun akan dihisab. Apatah lagi manusia. Sebarlah fitnah, moga anda selamat di mahkamah Allah.

Dunia tempat menanam amal kebaikan. Tanamlah sebanyak mungkin. Akhirat nanti kita menuainya. Tak tanam tiadalah tuaiannya. MOGA ALLAH REDHA ^_^





Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Elwrites said...

Adik beruntung sebab Allah pinjamkan ilham menulis sstu yg mampu membuat org lain mahu melihat diri sdri dan menilai iman di hati..teruskan menulis. .

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥