Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Wednesday, July 16, 2014

: Disebalik Sebuah Penulisan ^_^ :





                                                               
Darjat tertinggi disisi Allah adalah tawadhu' (rendah hati) serta khumul (menyembunyikan kelebihan) 

#Biarlah kerja apapun meski penjual burger tepi jalan, siapalah kita nak menghina. udara yang ALLAH beri 'free' disedut kita, andai ALLAH tarik nikmat baru nak sebut nama pencipta,AllahuAkhbar ^_^


Hari lahirku tanggal 17 Julai bersamaan 23 Zulhijjah, suku dekad yang lampau ALLAH izinkan aku bernyawa sedang diketika itu katanya kami baru pindah dari Melaka ke Muar, kerana Abah bersara dari kerja JKR, hebatnya abah walau tangan selalu kotor dengan minyak kerana membaiki segala jentera JKR yang ada dia selalu basahkan lidah dengan kalimah ALLAHU ^_^ dia daie meski bukan seorang ustaz, saban waktu sebelum dia pergi mengadap illahi bercerita dia tentang 'Ustaz Ilyas' seorang pendakwah, juga merupakan datuk kepadaku yang tidak pernah aku temu..
Ustaz ilyas lagi hebat dia seorang penulis kitab lama diserata nusantara lagi, ada gambar tinggalan keluarga memperlihatkan bahawasanya 'ustaz ilyas' berdarah arab, tetapi bernikah dengan orang biasa ,orang melayu kita ^_^ mungkin kerana dia aku juga menjadi penulis...


Abah selalu mengingatkan hidup ini jangan pernah ada sifat megah diri, dia selalu ingatkan aku tentang bahana sifat mazmumah riak,takabur,sum'ah sebab itu aku selalu tutup muka disepanjang penulisan ini, ramai tertanya-tanya siapa aku, private mesej berkerumun  ingin sekali tahu siapa insan hina ini disebalik penulisannya, namun biarlah aku terus berlindung disebalik pages dan kerendahan hati ini, 
amalku tidak banyak cukuplah menulis mana tahu 
ada yang berubah dan membekas ke dalam hati ^_^


Sedih terkadang diri bila ada yang sinis , perli ,hina dan keji ^_^ jalan dakwah dan ajakan kebaikan penuh dengan ranjau, sebab itu bukan popular yang aku cari..
Alhamdulillah hari lahirku jatuh pada bulan Ramadhan, berharap ajalku nanti juga berakhir pada bulan mulia ini, namun siapalah aku mahu memilih tarikh bertemu ajal. ALLAHuakhbar ^_^ 


Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah 
dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. 

[Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]


Percaya atau tidak aku bukan lelaki yang berpendidikan seperti yang lain, belajar universiti separuh jalan kerana masalah kewangan, juga risau benar akan kesihatan bonda, jadi aku cekalkan hati menjaga bonda selagi terdaya, ini amanah buatku ini tugasku, ini juga syurga untukku, ramai tanya saudara mara juga selalu cemuh tentang kerja yang selalu dilakukan aku, berniaga tepi jalan ^_^ memilih jalan kehidupan ini, meski sudah tertulis namun aku harus teruskan langkah ini..


Percaya atau tidak seraya aku mereka pages 'di hati hanya tuhan yang tahu ^_^'
disaat itulah tiada siapa tahu kenapa aku menulis tanpa jemu,anganku terlalu tinggi celaku terlalu banyak, namun ALLAH maha hebat disetiap mereka yang kenal ku tiada seorangpun 'sahabat' yang merendahkan aku, mereka sahabat yang selalu membuatkan aku ingat pada ALLAH..meski diuji hebat..meski dipanah sakit kata-kata manusia, aku cuba senyum dengan lama, tanpa seorangpun menyapaku sambil aku berkata dalam hati 'in shaa ALLAH' dunia ini fana bagiku....
tiada indah melainkan disyurga nanti...



Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. 
Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.

[Al-Anbiyaa’: 35]

#Jadi tidak perlu sedih sungguh tanpa ujian dari ALLAH kita sendiri tidak tahu sejauh mana dan sedalam mana tahap iman kita


Bonda seorang insan yang kematian suami, rezekinya lebih di Bulan mulia ini ramai orang datang ke rumah sedekah beras/duit pada dirinya meski kami masih mampu, tetapi itu semua rezeki dari ALLAH terima dengan lapang dada, rindu sebenarnya menunggu tepat masa untuk terus berceloteh dengan panjang... walaupun akan mula bekerja pada jam 8 pagi, aku perlu bangun dengan awal untuk 'masak' sempena sahur, sambil ditemani bonda, nasi goreng jadi santapan kami diketika sahur walaupun berhari-hari tidak pernah aku bosan untuk sepanjang Ramadhan ini kerana semua itu rezeki dari ALLAH..

Aku sayang bonda meski terkadang 'pernah' tinggikan suara padanya, aku sayang bonda meski terkadang selalu tidak mendengar kata, aku sayang bonda kerana dia aku hidup diatas dunia, biar usia meningkat, biar masa berjalan, aku tetap akan istiqomah menjaganya bersama doa-doa sahbat dan keluarga kerana dia yang aku ada dia syurga buatku, in shaa ALLAH aminnnn ^_^
Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam menyatakan bahawa :

" Allah menyukai orang yang bersabar"  
hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas;

Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]



Dikala sibuk kau jaja cerita putus cinta, dipermainkan lelaki/hawa, berbaktilah dulu pada ibu bapamu, disaat kau sibuk menjadi 'keyboard worrior' bercerita pasa yahudi dan nasrani, cuba dulu kawal nafsumu ^_^ dan diketika kau menghina seseorang manusia, cermin-cermin dirimu layakkah  dirimu menjadi tetamu ALLAH di singgah sana nanti ^_^

" Be thankful for all the difficult people in your life, and learn from them. 
They have shown you exactly who you do not want to be." 
No person can replace a mother. Love her,respect her, listen to her and most importantly pray for her ^_^
Life is too short to start ,your day with broken
pieces of yesterday, it'll destroy your wonderful today and ruin your tomorrow.

# AllahuAkhbar 


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥