Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Tuesday, July 15, 2014

: Monolog Bakal Jenazah ^_^ :






"Syarat Taubat" Dosa yang bersangkut paut dengan manusia (haqqul adami), perlu lah dikembalikan hak org itu (jika ada) DAN memohon maaf kepadanya,Sambil Sedar Akan Kesalahan Lalu Dan Berikrar Tak Mahu Mengulanginya Lagi  "

#Dosa Dengan Allah Akan Terampun Selagi Matahari Tidak Terbit Berlawanan Arah,Tetapi Dosa Dengan Manusia? Jadi Tolong Ringankan Lidah Meminta Maaf sentiasa  AllahuAkhbar..


Ramadhan, jangan pergi semakin melalui hari makin berakhir bulan barokah ini. Sibuk sungguh diri ini kerana 'Ramadhan Qarim' hingga banyak perkara diutamakan sampai ada yang berkecil hati dek kerana 'sibuk' cuma mereka tidak tahu rutin Ramadhanku banyak 'membantu' serba serbi jemaah masjid, ada pula 'sibuk' menguruskan perniagaan kecil-kecilan sebab itu tidak sempat menulis. ^_^

al-fatihah kepada sekalian mujahid yang berperang di Gaza Palestin ,terkesima dek membaca ramai yang sangat prihatin , Alhamdulillah sangat baik dan mulia jika 'kisahkan' sahabat dan saudara kata di Palestin sana Tetapi apakah kita benar-benar kisah atau hanya ingin perhatian dengan 'status' dan 'likes' yang ramai di laman sosial, mungkin jihad mereka bertumpahan darah, kenapa kita tidak berjihad juga? jihad paling dekat dan mudah 'kawal' nafsu dibulan mulia ini,jaga mata melihat 'hawa' kerana dia pesona dunia, kerana dia kita bakal leka ^_^

Alhamdulillah saya tidak menjejakkan kaki lagi ke Bazar untuk bulan Ramadhan ini, kerana mungkin tercabar fitrah iman ini melihat 'Hawa' PELBAGAI ragam dan gaya, walaupun nyata kamu tidak bertudung, hormatilah bulan penuh barokah ini ^_^

tarbiah tidak bermakna perlu cela, nasihat tidak bererti perlu menghina, tetapi tegur dengan penuh sopan dan baik bicara
 in shaa ALLAH si leka pendosa akan terima,
 in shaa ALLAH ^_^

Rentetan kisah seorang hawa berkereta mewah , sambil mengeluarkan kata kesat dan cela, sambil ada 'keyboard worrior' mengatakan 'jangan sebar' aib orang, adakah kamu tahu apa itu aib? Aib itu sesuatu perkara 'buruk' yang tidak disenangi dimata manusia diuar-uarkan pada masyarakat bahkan dikeji tanpa pengetahuan si pendosa tersebut, namun dalam 'isu' sedemikian kisah Hawa BERSAMA kereta mewah itu sebenarnya ALLAH 'sengaja' membiarkan aibnya tersebar untuk memberi tauladan seisi alam manusia ^_^ 



“Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad).




Mungkin selepas kejadian itu kita akan lebih 'bersopan' berjaga perkataan dari terpacul bahkan akan menjaga lagi diri kita dari amarah tanpa usul periksa ^_^
Ingat kata-kata yang mengambarkan diri seseorang itu.



“Wahai Rasulullah, apa sebenarnya Ghibah itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka”, ditanya lagi “Bagaimana kalau ianya benar?” Rasulullah s.a.w. menjawab “Sekiranya apa yang kau katakan itu benar engkau telah melakukan ghibah dan 
sekiranya tidak engkau telah melakukan fitnah”


Hal aib, isu cadbury dan babi jadi buah mulut masyarakat melayu tetapi isu 'aurat' isu kurangnya jemaah di masjid tidak pula jadi isu, AllahuAkhbar ^_^ lebih pentingkan hal sensitiviti 'bangsa' dari agama ALLAH, banyak lagi perkara tidak akan habis dihujahkan hanya dengan bercerita tentang manusia, sungguh banyak betul perkara yang harus diperbetulkan ^_^




Sama juga isu mahar seorang Hawa ^_^ dinilai dengan DEGREE,MASTER,PHD, walhal yang lebih bernilai disisi islam adalah agamanya, kita jadi murah dimata ALLAH bila dunia dijadikan utama, kita jadi mahal di mata ALLAH andai agama jadi harganya , sungguh saya bukan sempurna sempat senyum dan bermuhasabah melihat isu semasa, sambil perbaiki diri menjadi lebih baik, nak cakap pasal jodoh jauh rasanya lagi, cuma mampu berdoa supaya dimurahkan rezeki ^_^


Maafkan penulisan ini andai ada kesan dihati, kerana dengan penulisan sahaja akan membuat hati tenang tanpa duka, biar mereka hina,biar mereka caci kerana siapa tahu dia disisi illahi, sama seperti aku yang menulis bukan bermakna aku sempurna tanpa bersusun dosa, tetapi aku juga pendosa yang cuma mengingatkan sahaja pengajaran didepan mata, nak nikah belum cukup mampu, nak ketawa belum cukup bahagia, cuma bisa senyum dengan seribu pengertian yang ada ^_^



Darjat tertinggi disisi Allah adalah tawadhu' (rendah hati) serta khumul (menyembunyikan kelebihan) 

#Biarlah kerja apapun meski penjual burger tepi jalan, siapalah kita nak menghina. udara yang ALLAH beri 'free' disedut kita, andai ALLAH tarik nikmat baru nak sebuat nama pencipta,AllahuAkhbar 




Sejak 1948 Israel menjajah bumi Palestin.
 66 tahun rakyat Palestin menentang kezaliman Zionis. 
Tak seharipun Palestin tunduk kpd Israel AllahuAkhbar Hebat Mereka ,
Mendaulatkan Islam Hingga Akhir Hayat...

#Tetapi Kita Baru Diuji Air Berwarna-Warni Di Bazar Ramadhan Sudah Tergugat Iman,

Bahkan Pantang Nampak 'Gadis' Tak Kelip-Kelip mata perhati ,Ini Nak Jihad Dekat Palestin?
 Sama-Sama Muhasabah  



"Jangan Hina Seseorang Itu Walau Apapun Keadaan Dia Kerana Kita Tak Tahu Siapa Dia Disisi Allah,Jangan Pula Puji Seseorang Itu Melangit Kerana Kita Tidak Tahu Sejujur Mana Pula Hatinya  "

#Muhasabah Diri,Jangan Hanya Melihat Dengan Mata,Jangan Pernah Menghukum,Kerana Siapalah Kita Juga Seorang Hamba Dan Pendosa AllahuAkhbar ^_^



Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥