Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Thursday, August 13, 2015

: Sudut Hati Yang Merindu :


                                                                  


Karya Pertama Pada Tahun 2015 Ini ,
Lama Aku Tak menulis sejak berhijrah ke Larkin,
Allahu penuh dugaan dan liku hanya untuk menapak dia bandar besar ini,
siap tinggal di masjid lagi ^_^

Semua Itu Sudah aku lalui ,pahit manis bekerja dengan penuh duga.
sampai patah hati lagi..

Ada satu cereka hati yang ingin dikongsi..
hanya untuk mendamaikan kalbu yang menjerit..
hanya untuk saljukan hati yang terguris..


Kenangan mengenali seorang hamba Allah..
Allah kirim luka untuk aku sedar dan terngadah..
bukan cinta manusia sebenarnya yang membahagiakan..
sebab itu duka yang singgah menjadi parut yang dalam..
dan mungkin tanpa kesan...

Sibuk bercerita tentang 'nurse',
kau lupa jururawat yang merawat pesakit itu telah merobek hati setiamu.

mungkin Allah Izin kenali dia untuk menduga imanku..
bila timbul rasa 'itu' Allah ambilnya semula..
mungkin untuk mendidikku..

Cuma Aku kagum dengan dirinya sangup 'berkawan' denganku saat aku betul-betul 
tiada apa-apa,kerja tidak tetap, malah hanya seorang peniaga biasa ..
ditepi jalan..entah kenapa hatinya tiba-tiba berubah..

malah alasan paling melukakan adalah..
ibu dan abah dia tak boleh terima orang Johor..
hanya Allah Saja tahu..
senggang masa ini diberikan untuk mendoakan kesejahteraannya.
hanya Allah Saja tahu betapa kebal setia ini..
ketika 'berkawan' dengannya..
tapi mungkin aku lupa...lupa yang hati ini milik robbku..
bila-bila masa saja dia akan ambil..
bila-bila masa juga dia akan semai balik..

mungkin juga salah aku.

pesan bonda selalu:

'Jangan Berharap Benda Tak Pasti,
Rancang Jodoh/Bina Keluarga Boleh,
Tapi Jangan Lupa Percaturan Hidup Allah Yang Rangka "


Allahu,Aku Hanya tahu menulis..
bahasa hati yang tidak boleh diterjemah dengan kata-kata.
aku menulis sebab tidak terhujah fikiran..
kerana merindu..
aku sangat rindu..
rindu yang dahsyat..
moga Allah tuntun hati..
moga imanku tak tertunduk kaku..
moga iman kuat tidak jatuh dan tersungkur..



Tapi ,siapa aku untuk menolak takdir..
aku rindu..rindu yang maha dahsyat.
sampai sakit..
sampai rapuh imanku.
sampai jatuh melukut..

Moga ALLAH beri hikmah atas segala keluh kesah ini.

aku mahu nikah.. aku mahu bina keluarga..
aku mahu bahagia. bukan bereksperiment cinta..
bukan hanya menjadi pelepas sepi cuma..
aku mahu jadi lelaki yang selalu ada..
tetap ada.. disaat jatuh dan bangun..

tarbiah dan nasihat iman hawa..
moga sama-sama pimpin tangan ke syurga..


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥