Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Tuesday, April 8, 2014

: Hanya Sekadar Pedoman ^_^ :






"Ya Allah, jika suatu hari nanti aku betul-betul hilang harapan, Kau ingatkanlah aku agar aku terus percaya bahawa perancangan-Mu lebih hebat. "  

"Positive Thinking,In Shaa Allah, Don’t worry about anything, but pray about everything. With a thankful heart offer up your prayers and requests to Allah." AllahuAkhbar!!


" Ya Allah aku lelaki pendosa, jagailah hatiku, moga terus 'istiqomah' kebalkan hatiku juga mataku dari melihat pesona dunia, yang merubah imanku malah membuat aku lupa pada-MU, 
aku ingin berubah dan aku perlu istiqomah  "

# biar sunyi sekeping hati, biar nampak 'single' dimata insani,

 tetapi ALLAH pertama dalam carta hati  ALLAH...


" biar berubah sedikit asal istiqomah, jangan berubah banyak tetapi hanya mendamba pujian manusia semata-mata, biar manusia pandang cela kerna pastinya pandangan ALLAH paling utama juga terutama "

 firman Allah:
“Akan ditimpa kehinaan ke atas mereka itu di mana saja mereka berada melainkan menghubungkan diri dengan Allah dan menghubungkan diri sesama manusia.” 
(Al Imran: 112)

Cintailah ALLAH sebelum kita belajar untuk mencintai manusia. Selami hati, selami jiwa, dimana kita letakkan Allah dihati kita? Di mana DIA dihati kita? Sering kita terlupa ALLAH tika kita senang dan bergembira.
Astghfirullahalazim…( Moga dijauhkan perihal sebegitu kepada kita). Pabila terngadah barulah kita mencari-cariNya, meminta, merayu. Namun, sejauh manakah keikhlasan kita dalam mencintaiNya? Istiqamahkah kita dalam berdoa? Allahuakbar, ketahuilah, dugaan yang datang itu tanda Allah masih mencintai kita. Sebelum kita terlalu lewat untuk kembali kepadaNya, DIA memberi “peringatan” kepada kita dengan ujian itu. Namun, 
sejauh mana kita sedari semua tu?

“Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan” (Al-Anbiyaa’:35)
ALLAH kan Ada!
Sematkan kata-kata itu dihati dan dijiwa. Mintalah bantuanNya dengan sabar dan mengerjakan solat.

“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar” (Surah Al-Baqarah: 153)

Allah itu Maha pendengar rintihan hamba-hambanya. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayangan dan dengan sifatNya inilah kita pinjam dalam berkasih-sayang sesama manusia. Bangunlah di sepertiga malam, sujud mengadapNya, merintih padaNya.

Tidak salah berperasaan namun biar hilir dan hulunya bermatlamat jelas, tidak salah berubah menjadi lebih baik namun belajar dulu erti istiqomah, bukan mudah jadi lebih baik, tetapi bukan seronok dalam dosa yang lama, bahkan mungkin ketenangan itu wujud hanya sementara ^_^

Aku selalu menulis maksud kerendahan hati, yang nyata sezarah apa dalam diriku ALLAH yang punya, malu aku mengatakan diri hebat andai ALLAH ambil nyawa semuanya tinggal jasad tidak bermaya , sungguh bukan mudah menjadi seorang hamba ALLAH apa lagi menjadi seorang lelaki, aku belajar dari dosa lampau, aku menulis kalam hati paling dalam semuanya untuk ingatan pada diriku juga pedoman kepada semua ^_^

yakin dan percaya apa sahaja dugaan mendatang, walau pahit untuk ditelan punya kebaikan yang terbaik buat kita, apalah sangat ujian dunia jika mahu dibandingkan azab akhirat yang maha dahsyat ^_^ selitkan kata-kata hikmah, jika aku susah yakin dan percaya aku masih punya keluarga, tetapi mungkin ada lagi mereka yang susah diluar sana, tanpa ada pergantunggan sesiapa..

diketika aku keluar mencari 'pekerjaan' walau tidak mendatangkan keputusan positif, aku selalu kebalkan hati dengan bingkisan kata positif, aku cuma minta kerja biasa, ada waktu untuk solat fardu , juga boleh keluar solat jumaat, tidak pula inginkan gaji yang tinggi, hanya mahu mampu sara diri dan beli keperluan bonda dan belanja barang dapur ^_^

dikala mereka menjaja soal jodoh di laman sosial, menulis tentang sunyi,sepi juga sendiri ^_^ aku hanya tersenyum, hari ini aku belum punya apa-apa, belum punya sesiapa, belum mampu melafaz lafaz sakinah itu, tetapi aku yakin percaturan ALLAH hebat, bukan hari ini untuk aku berjodoh tetapi jodoh sudah tertulis buatku sejak azali lagi hanya pada tepat masa ia akan terzahir disisi , dan mungkin kala itu aku sudah mampu memikul amanah ALLAH itu.
aku juga lelaki pendosa, dulu aku leka, dulu aku lalai, sekarang aku makin berubah menjadi lebih baik, aku tinggalkan semuanya kerana ALLAH , aku ingin lakukan semua kerana-NYA, aku ingin punya keluarga tapi yang pasti aku masih tunggu dengan setia percaturan tuhan yang terbaik buatku, aku yakin qada dan qadar yang tertulis buatku, pasti dan pasti aku hanya seorang hamba ALLAH yang tidak punya apa-apa tanpa izin-Nya ^_^


Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Perkara tertinggi sesuatu urusan itu adalah Islam dan tiangnya adalah solat.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi)

" istiqomahlah berubah, setialah berdoa, moga tetap hati ini, moga ALLAH tuntun iman ini, jangan lalai dengan nikmat dunia yang fana ini, meski sakit kerana manusia, hapuskan rasa itu dengan istigfar ingat yang Esa, HASAD tebal tiada guna kerana semua itu parasit yang bakal melumpuhkan peribadi kita ^_^ "

" berubahlah kerana ALLAH bukan kerana hambanya, cintailah kerana ALLAH tetapi kenal dulu pencipta cinta , in shaa ALLAH semoga pengakhiran hidup dalam redha-NYA, maniskan iman maniskan senyuman kerana dirimu begitu berharga ^_^ "

" Bersemangatlah dalam hal yang bermanfaat bagimu, dan mintalah pertolongan kepada Allah, serta janganlah lemah." (HR. Muslim)

# If you are alive and you know that it is not your own doing... just give Allah His praise by saying Alhamdulillah. Just because Allah may not be answering your prayers doesn't mean your prayers are being ignored. He has something better in store. in shaa ALLAH 



Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

Bertabahlah duhai hati...^_^

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥