Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, April 28, 2014

: Bila Seorang Lelaki Menulis ^_^ :


Kata Imam Ghazali "sudah cukup kebinasaan bagi seseorang itu apabila dia merasakan dirinya bagus". 

# Past is history...it cannot be changed, forgotten or undone,
so take it as a lesson learned and move on...Always say 'Alhamdulillah'. 


" lama benar aku tidak menulis, mehna dunia membuat aku terhabis masa leka dan lalai membiarkan blog kesayanganku ini dihurung rindu, AllahuAkhbar tahniah buat sahabat-sahabat seusiaku bernikah, sambil aku sibukkan diri mendahulukan urusan dunia bagi menyempurnakan tugasku sebagai seorang insan dimuka bumi ALLAH , banyak perkara ingin dikongsi ^_^ "

" Abang ude, baju asyik sama saje, tiada baju lain ke? "

sambil aku menjawab, " tiada teman nak beli baju ^_^ jawapan sinis dariku.

Sebenarnya disaat aku punya wang, atau mendapat gaji lebih aku selalu berfikir,tentang susu bonda, tentang adik yang masih dalam pengajian, tentang belanja dapur, juga bil-bil yang tertunggak, sehinggakan aku lupa untuk membeli keperluanku, banyak perkara dan tanggungjawab lebih perlu didahulukan berbanding aku, cuma tiada siapa tahu istilah 'tanggungjwab' yang dipikul aku ^_^

Sesuku masa setiap kali azan, masjid tempat rehatku, kain pelikat selalu ada didalam box motor ^_^ ketenangan ketika solat jemaah , harga paling indah, rasa terhurai sama bila mana, segala rasa yang terbuku dari hati ditulis didalam blog ini, memang mereka tidak kenal aku, aku mereka pages, dakwah melalui sezarah ilmuku agar mereka tahu, mereka faham akan harga hati seorang lelaki biasa sepertiku ^_^

Sungguh berani seorang sahabatku yang hanya peniaga air tepi jalan , mencuba menawan hati bapa kepada seorang gadis idamannya, gadis yang punya ijazah sangat tenang hati kala perhati , namun tidak pernah tahu akan namanya, tidak pernah tahu akan tempat tinggalnya hanya kerana ayahnya selalu membeli air tebu digerainya, dapatlah lihat anak gadisnya tersenyum dibalik sebuah kereta ^_^ disitulah terlahir rasa, ingin mendekati, Allahurobbi..

Pakcik Saya Hanya Peniaga Tepi Jalan, 
Tapi Saya Bersungguh Nak Nikahi Anak Pakcik ? 
Saya Nak Jadi Halal Untuk Dia... 

Jawab Pakcik : Boleh Masuk Minang, Pastikan Ada 12k, Harga Barang Mahal Sekarang, Anak Aku Ada Degree, Jangan Lupa Kau Kena Ada Kereta Dan Rumah Sendiri Aku Tak Mahu Anak Aku Susah Nanti, 

# Tersenyum Panjang  Tapi Itulah Hakikat Sebenar Dunia, Yang Mampu Akan Jadi Pilihan Utama, In Shaa Allah  Moga Kita Sama-sama Diberi Izin Allah Untuk Membina Sebuah Keluarga...


Aku menulis apa sahaja disekelilingku, apa sahaja yang mendekatiku, apa sahaja yang terlihat dimataku, hanya bahasa hati seorang lelaki dapat menghurai dalam apa mahunya lelaki ^_^ ya ALLAH manusia selalu kan memandang gah pada harta, nama dan jawatan yang ada, sedikit benar melihat iman sebagai cagaran untuk menjadikan lelaki itu suami, inikan pula pada raut wajah, dengan merendah diri aku selalu bermuhasabah, cermin diri rata-rata, banyak kurangnya aku, banyak lagi kejahilan aku, tidak layak menagih cinta manusia, sedang aku belum cukup cinta pada tuhanku.

Penulisan ini bukan untuk riak, bukan untuk membuat mereka suka dan terpana, aku bukan lelaki yang dikenali ^_^ setiap kali menasihati dalam pages, bersusun cemuh di dalam private mesej, ingin aku tegaskan aku cuma berkongsi rasa, berkongsi kemanisan iman yang ada, untuk sama-sama tahu ALLAH esa, tiada selainnya ..

Bonda, semoga kau terus sihat, semoga kau terus menyokong aku, walau apa sahaja terjadi, cinta pada manusia selalu melumpuhkan imanku, selalu juga membuat aku menangis tidak berlagu, khilaf sungguh perilakuku, seharusnya aku tahu, tiada siapa memandangku, tidak siapa ingin dekatiku, tiada juga tahu isi hatiku, aku harap ALLAH simpan tabahku, moga terus kuat aku melalui ujian dunia ini.


Perkara paling nyata dan hampir adalah ajal, perkara paling benar dan dekat adalah mati, perkara paling 'suprise' dan tidak disangka adalah maut ^_^ ingatlah bukan jodoh paling utama, bukan rezeki melimpah ruah jadi taruhan syurga, namun apakah bekalan yang kau mampu dibawa ke sana?


Mungkin saya 'tidak' bernikah, mungkin saya tidak akan 'bina' keluarga, tapi jangan cemuh saya, jangan fitnah saya, sebab saya ada impian itu, cuma 'masa' bukan untuk saya lagi, saya'ingin' tapi saya belum cukup 'mampu' untuk semua itu, tolong doakan saya, tolong jangan cemuh saya, andai saya berdosa, nasihati saya dengan cara paling beradab, kerana saya cuma manusia biasa ^_^



"Mengharapkan cinta manusia, tetapi ia tidak datang jua. 
Sebelum itu, tepuk dada,
 tanya sama diri. Sudahkah kita mencintai Tuhan secukupnya?"  

# With prayer as with other gifts from Allah SWT, 
it is not what you get that counts,
 its what you do with it. So do shukr for what we have." 

Bahagia melihat sahabat berumah tangga tapi 
duka melihat sahabat pergi dijemput Nya. 
Mana yang bakal aku tempuh dulu agaknya? 

# Alhamdulillah for this new day, 
this new beginning and for this new chance to do more for Allah .. 


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥