Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Wednesday, May 7, 2014

: Bahasa Hati Seorang Lelaki ^_^ :




Takut berharap terlalu tinggi. Jadi, aku serahkan semuanya pada Ilahi. 
Biar Dia yang mengatur. 
Semuanya akan Indah akhirnya. In shaa ALLAH 

One day, you'll be just a memory for everyone. Do your best to make that memory a good one.To the world you may look imperfect, but in Allah's eyes you are perfection! He is the one who created you and He loves His creation. AllahuAkhbar 


" Alunan akustik, petikan gitar, gemersik suara berqasidah, bukan tanda dan isyarat untuk aku curi hatimu, cuma itu tabiat senggangku, petik gitar mengubah lirik, merubah jadi sebuah lagu, lagu dakwah dalam sepi, lagu dakwah untuk illahi, itu sahaja yang aku cuba sampaikan, mungkin bukan ilmu yang banyak dan memberi kesan, cukup sahaja cetusan perasaan dan debunga bahasa hati seorang insani "

" Hari ini aku dicuba, diuji, aku harus tempuh dengan segumpal tabah, bukan sekali cubaan ini mendatang bahkan berkali-kali, setiap inci ujian menjadikan aku semakin tahu, mehna dunia ini hanya sementara, jadi harga sabar pasti kan beroleh magfirahnya, jadi sabar dengan apa sahaja pandangan manusia juga segala apa tomahannya, sungguh aku sendiri tidak tahu apalah salahku ^_^ "


" ramai tanya soal jodoh, ramai tanya sampai bila mahu 'kerja' begini, sambil sinis aku berseloroh ^_^ "

" andai kerja saya lakukan elok, rezeki lebih, ada calon sanggup terima saya, sudah lama saya bernikah ^_^ tapi saya masih muhasabah diri, kalaupun suka, belum tentu saya akan terjemahkan rasa, senyap selagi boleh, diam selagi mampu , in shaa ALLAH mungkin 'ada' yang menunggu, dan mungkin 'ada' yang tahu isi hati ini "


Seharus dan sepatutnya aku tidak menulis soal jodoh lagi, mungkin bukan untuk masa ini, kerja pun belum boleh menjamin masa depan seorang Hawa ^_^ bisik hatiku, penuh negatif kotak hati ini pabila di tanya soalan itu, aku yakin usia ini adalah usia untuk mengumpul harta, mengumpul 'sesuatu' supaya tidak susah nanti, namun itu hanyalah pandangan bangsa 'melayuku' selagi tidak kaya jangan bernikah, walhal salah satu pintu rezeki akan terbuka andai kita bernikah ^_^ 
itulah 'islam' melindungi kita dari noda, nista dunia..


" Setiap kali aku melangkah kaki menuju rumah ALLAH pada setiap hari, aku berniat, bertajdid, moga ALLAH redha setiap langkahan kaki ini, moga ALLAH buka pintu rezeki, mungkin aku terlalu berdosa dimasa lampau, mungkin aku belum cukup soleh buat bondaku, mungkin 'ada' dosa kecil yang aku lakukan tanpa sedarku , sebab itu pintu rezeki belum berpihak kepadaku, aku harus sabar, aku harus tabah, disetiap idaman 'hawa' mereka 'suka' lelaki serba mampu, jadinya aku harus bekerja keras lagi, semai cinta pada illahi lebih lagi, taqwa dengan lebih dalam lagi, moga ALLAH rahmati diriku ini ^_^ Allahuma Aminnn "


Buat bonda, doakanlah aku, aku 'takut', andai kau pergi dulu, aku 'takut' andai tidak sempat kau melihatku bina keluarga, namun aku akan berjanji selalu 'dekat' denganmu, selalu patuh setiap suruhanmu, selalu setia ke hujung nyawa disisimu, sungguh kalaupun tidak berjodoh, andaipun belum mampu bernikah, aku masih punya jalan ke syurga selagi aku 'taat' perintah bonda ^_^ 


Sejak perginya 'abah' akulah lelaki yang selalu menemani bonda ke majlis walimatulurus, akulah lelaki yang sering mendampinginya diketika sakit, aku juga lelaki yang selalu membawanya ke hulur dan kehilir menaiki moto burukku, cukup sudah masa berhabis di bandar metropolitan dulu, cukup sahaja 'dosa' aku lakukan dimasa lampauku, aku mahu berhijrah, mungkin tiada lagi 'jamming', tiada lagi pergaulan  tanpa batas, kerna pasti aku mesti menjadi seorang soleh demi mendamba yang solehah untukku ^_^


nyatanya tanpa seorang 'perempuan' seorang lelaki akan 'kaku' tak bermaya, aku perlu bonda, kerana dialah wanita paling dekat denganku, in shaa ALLAH, moga ALLAH redha. ^_^

"Allahumma Inna Nas-aluka Hubbaka wa Hubba Man Yuhibbuka. "

"Ya Allah berilah kami cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu”  

# Alhamdulillah for everything. Just think about it for a minute. So many blessings we take for granted every single moment of our lives. 


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥