Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Wednesday, March 12, 2014

: MH 370, Antara Hikmah Kejadian Allah :





MAS May A Best Services, Best Aircarft, Best Pilot, 
Best Technology with a Good Condition...

But Allah Swt The Greatest Planner,

 Have The Best Plan Even To The Unsinkable Tatinic Sank...

#PrayForMH370 Al Fatihah ^_^



Subhanallah, Alhamdulillah,AllahuAkhbar, maha suci Allah tuhan sekalian alam, penuh hikmah cetusan ALLAH buat seluruh warga Malaysia khususnya, DIA merencana dugaan yang maha dahsyat cukup menyengat jiwa-jiwa kita, dan disitulah sangat teruji tahap keimanan kita sebagai seorang hamba ALLAH, di dunia yang fana ini , takziah buat mereka yang sedang diuji ALLAH. 

Disini izinkan aku untuk mencoret sezarah ilmu sebagai pengetahuan dan hikmah kejadian alam , ciptaan yang esa ^_^ sama seperti tarikh kelahiranku juga angka yang selalu dekat denganku, AllahuAkhbar.. Aku lahir pada tanggal 17/7 bersamaan 23 zulhijjah, seorang lelaki yang bisa menulis dengan tangan kanan tetapi bisa menyepak bola dengan kaki kiri, sungguh 'ALLAH' maha hebat kerana aku kidal hanya pada kaki , dan tidak dibahagian tangan ^_^ AllahuAkhbar..


Allah menghiasi umur manusia dengan 7 peringkat. Pada masa lahir disebut “radli”, kemudian ‘farhim’, kemudian ‘kuhul’, kemudian ’syaikh’. Seterusnya, dilengkapkan 7 peringkat umur ini dengan tujuh kalimat iaitu
 “Ucapan Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasulullaah”.


Firman Allah yang bermaksud “Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa (Laa Ilaaha Illallaah) dan adalah mereka berhak dengan kalimat taqwa itu dan patut memilikinya” (surah Al-Fath : ayat 26).


Dalam Islam, angka 7 merupakan angka yang istimewa kerana banyak rahsia yang tersembunyi di dalamnya ciptaan Allah terhadap pelbagai perkara. Tidak dapat disangkal lagi bahawa angka paling istimewa dalam Al-Quran setelah angka 1 adalah angka 7. Semuanya terkandung di dalam Al-Quran yang suci. Selain daripada Al-Quran, Hadith Nabi juga mempunyai
 banyak simbolik yang berkaitan dengan angka 7 ini. ^_^


“Allah lah yang menciptakan tujuh langit dan demikian juga bumi. Perintah Allah berlaku padanya agar kamu mengetahui bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu dengan ilmuNya.” (Surah Al-Thalaq: ayat 12).


Allah menghiasi udara dengan tujuh lapis langit,
 FirmanNya yang bermaksud “
Dan Kami bina di atas kamu tujuh buah langit yang kukuh. 
– Surah An-Nabaa’: ayat 12).


Kemudian Allah menghiasi pula langit dengan tujuh bintang. 
Firman Allah yang bermaksud “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang di langit, dan Kami telah menghiasinya (langit itu) bagi orang-orang yang memandangnya”.


Begitu Allah mencipta bumi 7 lapisan di mana Hadith ada meriwayatkan 
bahawa lapisan-lapisan bumi ini ada penghuninya sendiri iaitu:

Lapis ke-7 dihuni Malaikat Lapis ke-6 dihuni iblis dan Pembantunya Lapis ke-5 dihuni para syaitan Lapis ke-4 dihuni ular-ular Lapis ke-3 dihuni kalajengking Lapis ke-2 dihuni jin-jin Lapis pertama dihuni manusiaKemudian Allah menghiasi bumi itu dengan 7 lautan, sebagaimana 



FirmanNya yang bermaksud 
“Dan laut, ditambahkan kepadanya tujuh laut lagi sesudahnya” 
Surah Luqman: ayat 27.


Allah menjadikan syurga dan neraka sebanyak 7 lapisan. 
Setiap lapisannya untuk seluruh umat manusia menurut amal ibadah yang telah dilakukan kepada Allah SWT di mana semakin baik amalannya, maka semakin baik kedudukannya begitu juga sebaliknya. 
Allah telah menghiasi neraka dengan 7 tingkat iaitu neraka Jahannam, Sa’iir, Saqar, Jahiim, Hurhamah, Ladhaa dan Hawiyah.Kemudian Allah menghiasinya dengan 7 pintu, sebagaimana 


firmanNya yang bermaksud “Ia (neraka) itu mempunyai tujuh pintu, di mana tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari neraka” 
Surah Al-Hijr : ayat 44.


Allah telah menghiasi Al-Quran dengan tujuh surah yang panjang iaitu Al-Baqarah, Ali Imran, Al-Maidah, An-Nisaa’, Al-An’aam, Al-Anfa’al dan At-Taubah. Seterusnya, dicantikkan lagi dengan 7 ayat pembuka kitab iaitu Surah Al-Fatihah. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud “Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung” (Al-Hijr: ayat 87).




Allah menghiasi manusia dengan 7 angggota badan iaitu, dua tangan , dua kaki, dua lutut dan satu wajah. Kemudian Allah SWT lengkapi dengan 7 anggota untuk ibadat solat iaitu dua tangan dengan doa, 
dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk dan muka untuk sujud. 




Firman Allah yang bermaksud 
“Dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Allah)” 
( surah Al-’Alaq : ayat 19). 



Sesungguhnya tidaklah sia-sia penciptaan manusia ini yang dilengkapkan dengan 7 anggota utama iaitu untuk tujuan beribadah kepada Allah dengan susunan yang begitu unik dan cukup sempurna untuk kita. Subhanallah!.


Allah SWT telah menghiasi umur manusia 7 peringkat :
Masa setitik darah Ketika dalam kandungan, Menjadi bayi ,
Ketika kanak-kanak, Remaja ,Dewasa , dan tuaTua ^_^

Allah menghiasi dunia dengan 7 negeri yang besar iaitu :

1 Hindustan
2. Hijaz
3. Bashrah, Badiyah dan Kufah
4. Iraq, Syam, Khurasan sampai ke Balakh
5. Rome dan Armenia
6. Negeri Ya’juj dan Ma’juj
7. China dan Turkistan.


Kemudian Allah menghiasi 7 negara itu dengan 7 hari iaitu Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Seterusnya, Allah memuliakan dengan ketujuh-tujuh hari itu dari para Nabi. Allah memuliakan Nabi Musa a.s dengan hari Sabtu, Isa bin Maryam a.s dengan hari Ahad, Dawud a.s dengan hari isnin, Nabi Sulaiman a.s dengan hari Selasa, Nabi Ya’qub a.s dengan hari Khamis dan 
Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya dengan hari Jumaat. ^_^

Muka bumi ini Allah bahagikan kepada 7 bahagian besar tersebut di atas dan pada setiap bahagian wujud pula jenis-jenis manusia 
yang berlainan bangsa dan agamanya. ^_^

Begitulah unik dan istimewanya kewujudan alam dan seluruh isinya hasil ciptaan Allah yang Esa lagi Maha Pencipta. Kita sebagai hambaNya harus mengakui dan meyakini dengan sesungguhnya. Begitu hebat ciptaan Allah sehinggakan sesetengahnya tidak terjangkau akal kita untuk mentafsirkannya. ^_^

Allah menjadikan semua ini untuk kita perhatikan, hayati dan nikmati segala kurniaanNya. Oleh yang demikian, siapa kita untuk tidak mengEsakan Kebesaran Allah? Kita sebagai hamba, 

maka hanya Allah yang layak kita sembah 
sebagai tanda ketaatan kita kepadaNya . ^_^


Jadi Yakin dan percayalah ada hikmah kehilangan MH370, berbaliklah pada Allah andai sains tidak bisa membuat konklusi , padahal Allah sudah kirimkan ingatan melalui setiap dugaan dan cubaan, hikmah dan pengakhiran akan dijumpai dan mungkin bumi Malaysia, LAMA BENAR tidak bersatu hati 'berdoa' memohon kepada ILLAHI, semoga Allah MEMBERI JALAN kepada 
'misteri' kehilangan ini, in shaa ALLAH.


"Di mana sains berakhir, di situ kekuasaan Allah bermula."

Sains ialah sunnatullah/hukum alam ciptaan Allah. Alam ini berjalan mengikut hukum-hukum yang Allah sudah tetapkan seperti "Api itu panas". 


Namun Allah sebagai pencipta berkuasa untuk melakukan
 sesuatu yang melangkau sunnatullah dan juga akal manusia.

Contoh kisah Nabi Ibrahim dibakar. Apinya tidak panas. Begitu juga yang berlaku hari ini. Teknologi digunakan untuk mencari #MH370. 

Secara hukum alamnya, pasti boleh dijumpai.

Namun jika Allah katakan tidak, maka tidak siapa mampu melawan kehendak Allah.
Manusia hari ini taksub kepada sains sehingga lupa akan pencipta sains itu sendiri. 




"MAS airplanes gone missing, hot weather, Dengue fever, Haze, Air pollution, No water supply, 
Malaysians are being tested by ALLAH SWT."  AllahuAkhbar... 

# "When you focus on problems, you have more problems.

 When you focus on ALLAH you'll have more opportunities."




Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥