Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Thursday, March 6, 2014

: Aku Menulis Kerana Allah ^_^ :



                                                                                 

Ketahuilah, memang Allah sengaja menjadikan hati kita berasa keluh resah.
 Kerana Allah hanya ingin kita mendekati-Nya. 

Allah is a better judge than you, Allah is more understanding than you are, 
so stop trying to guess whether Allah will forgive you or not. AllahuAkhbar... 


Kesetiaan Wanita diuji ketika kekasih/ suaminya tidak memiliki apa-apa.
Lelaki diuji ketika dia memiliki segala-galanya. ^_^



Senyum adalah pengubat jiwa dan hati serta fikiran,

 Rasulullah bersabda :

" Janganlah kamu terlalu membebani jiwamu dengan segala keseriusan hidup. Hiburkanlah dirimu dengan hal-hal yang ringan dan lucu kerana jikalau jiwa terus dipaksa memikul beban-beban yang berat, ia akan menjadi keruh."

( HR Ibnu Majah no. 1130)


Subhanallah, Alhamdulillah, AllahuAkhbar ^_^ terima kasih Allah KERANA memberi ruang dan izin untuk aku terus menerus diberi kesihatan yang baik, diberi ilham dan idea untuk terus menulis , sungguh ALLAH , aku perlu 'menulis' untuk menghurai keluh kesah dihati ini ^_^
Senyum , meski hati selalu terusik, meski hati selalu dipanah luka, senyum juga bisa merubah suasana, yakin dan percaya ALLAH memberi kiriman rindu melalui segala ujian dan cubaan hidup, kerana APA? kerana Dia rindu rintihan kita, mengakui kekhilafan kita selama berada diatas dunia, kenapa perlu negatif? Bukankah KITA sendiri sedia tahu 'Dunia Ini Sementara' Bagi mereka yang beriman, dan kekal bagi mereka yang kufur dan ingkar ^_^


Telling the truth and making someone cry is better than telling a lie and making someone smile. After thousands of our own mistakes, we never hate ourselves. 
But even a single mistake from others, we hold grudges.? Think? 

# There's always that one special person that no matter what they've done to you,
 you still just can't let them go. AllahuAkhbar



Sukar bukan mahu 'jujur' meski tiada apa-apa, tetapi harga kejujuranlah yang mencerminkan siapa kita ^_^ kenapa perlu bercerita kaya, sedang kamu memang seorang yang tak punya apa-apa, perlu ke hebah kebaikan namun kamu sendiri mengeluh diketika melakukan, haruskah menjual budi dikala kamu berkata 'rela dan ingin melakukan kerana illahi?

Jodoh datang beserta dengan amanah, Allah akan tetapkan masa dikala kamu benar-benar bersedia, memikul amanah bukan semudah dikata, terkadang nampak seronok bernikah tetapi ilmu agama masih cetek  terkadang ilmu dunia juga masih berharap penuh pada ibubapa, jadikanlah pernikahan kamu itu sekali seumur hidup, memilihlah disaat benar-benar hati redha, dan iman mengikat percaya dengan harga iman yang dirinya ada, cantik tidak kekal lama, yang bakal kamu tempuh bersama adalah sifat dan perangai seseorang sehingga ke akhir usia ^_^

Lepaskanlah rasa itu pergi, jika benar dia langsung tidak peduli, relakan jiwa kerana ALLAH benci dan suka juga kerana ALLAH, mana mungkin mahligai yang ingin dibina hanya dengan sebelah pihak sahaja berusaha, paling tidakpun si dia berusaha merubah sifat yang dulu leka, sekarang berubah selalu ingat pencipta, apa kata kamu sokong perubahan si dia, dengan selalu kongsikan pedoman-pedoman agama dari mereka yang arif dan bijaksana ^_^

Pandangan manusia selalu tertumpu pada dunia, kata mereka 'nampak' masa depan seorang lelaki samar, dia hanya seorang penjual 'burger' tepi jalan, sambil berseloroh 'perli' dan mengata :

'kau kerja jual burger, ada hati nak anak dara aku?"

ada pula yang menyebut ^_^

"Boleh ke kau nak tanggung anak dara aku, dengan motor buruk kau ini?"

Sungguh sempit pemikiran seorang manusia khususnya (Muslim) Dan sebangsa dengan kita, adakah kamu tahu pengakhiran hamba ALLAH itu diatas dunia? Apakah kesimpulan hidupnya berakhir dengan kedaifan atau mungkin dipayungi rahmat oleh yang esa , mudah jawapannya ' ALLAH menjanjikan syurga dan neraka/ dosa dan pahala, sambil menegaskan kita supaya selalu berpegang pada al-qur'an dan hadis, namun segala nikmat itu belum terwujud didepan mata kerana apa?

Kerana ALLAH mahu melihat siapa antara kita yang sangat bersungguh, ikhlas dan redha untuk mencapai segala nikmat yang bakal dikecapi, sabar dan teruskan amal dimuka dunia, selebihnya bekalan yang ada akan dibawa ke alam berikutnya.
Masa depan seseorang itu , ajal ,jodoh meski tertulis dalam luh mahfuz, tetapi akan bisa dirubah dengan usaha/doa/tawakkal, apakah kita beriman tetapi kita selalu berfikiran negatif terhadap seorang insan? Muliakah kita? Syurga ke pengakhiran hidup kita? apakah ALLAH terima amal ibadat kita? Jadi perlu ke kita menghukum orang lain, tanpa pernah duduk semeja berbincang dan kenal dirinya rata-rata..


Being strong doesn't mean you'll never get hurt. It means even when you get hurt,
 you'll never let it defeat you.  AllahuAkhbar...

# Weak Imaan: Commit sin: don’t worry, no one will know.
Strong Imaan: Stay away from sin. 
Allah is the all seeing, hearing and knowing. 

Aku yang menulis ini juga seorang lelaki biasa, aku cuma mengingatkan sahabat semua, diriku juga selalu cela, dosa selalu dilakukan aku tanpa sedar, aku cuma mengingatkan, aku cuma lukiskan sebening perasaan, aku ingin kau tahu aku masih belajar perbaiki diriku, sungguh aku bukan lelaki syumul , bukan juga idaman setiap gadis yang ada , aku masih merangkak belajar agama ^_^


" Bonda selalu kata, dalam banyak-banyak anak yang dia lahirkan, aku selalu punya masalah tetapi bukan bermakna aku pembawa musibah, tetapi itu semua cubaan dan dugaan ALLAH yang maha karya ^_^ "

" Bonda selalu kata, disaat adik beradik keluar result peperiksaan selalu sahaja dapat no 1, hanya senyum terlihat dikala melihat 'result' keputusan peperiksaanku, bukan kerana aku juga dapat no 1, tetapi aku selalu mendapat angka yang banyak walau bukan kedudukan terakhir dalam kelasku "

" Bonda selalu kata, walau aku bukan anak yang selalu memberi dia mewah dunia, selalu kirim wang buatnya ,aku juga anak yang selalu dekat dihatinya "

" Bonda selalu kata, mungkin 'gadis' selalu tak endah hati anak bonda, tetapi bonda tetap kisahkan siapa dia yang bakal menjaga anak bonda, 
dikala bonda tiada nanti ^_^ "

" Bonda juga selalu kata, dalam dunia ini 'agama' bukan terlihat 'kaya' di hati manusia, tetapi mereka lihat 'harta', 'pangkat' kerja mungkin bisa gembira dengan harta yang ada tetapi lupa setiap harta itu punya tanggungjawab 
buat mereka yang susah diluar sana ^_^ "

" salam Jumaat, terima kasih sudi membaca, aku cuma 'menulis' kejujuran yang terlintas dihatiku, ilham juga datang dari-NYA, aku lelaki biasa, dengar azan berhabis masa di MASJID, suka dengar pedoman agama, masih belum istiqomah pada sunnah rasulku, masih juga belajar agama, masih seorang pecinta muzik dan akustika dunia, masih berseloroh diketika menasihati mereka, masih hanya seorang manusia dan lelaki biasa ^_^ terima kasih membaca, semoga membekas dalam hati-hati semua , ALLAHUAKHHBAR ^_^ "


It's easy to thank Allah in good times. The hard part is thanking in tough times. 
Everything is for our good. Trust Allah. 

# It's okay to be confident. But when you're arrogant, it ruins you.
 May Allah remove arrogance from our hearts  AllahuAkhbar...



Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥