Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Wednesday, March 5, 2014

: Ahabbaka IIazi Ahbabtaniy lah ^_^ :






"Tali iman yang paling kuat adalah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah." 

(HR Tirmidzi)" 

"You will begin to heal when you let go of past hurts, forgive those who have wronged you and learn to forgive yourself for your mistakes.".  AllahuAkhbar..




" Aku Disokong Oleh Seorang Bonda  Nyatanya Hawa Juga Pemangkin Semangat Seorang Lelaki, Mungkin Hari Lahir Bonda Dihadiahi Oleh Banyak Hadiah Mewah Oleh Adik Beradik Lain, Sambil Aku Hanya Mampu Berkata  "

" Abang Ude, Tak Cukup Duit Nak Bagi Hadiah Pada Bonda, Tetapi Abang Ude, Akan Tetap Disisi Bonda Selagi Allah Izinkan Abang Ude Bernyawa  Sambil Bonda Mengalirkan Airmata...

# Dapat Gaji Bayar Bil Air Api, Belanja Dapur  Beli Keperluan Bonda Itu Sahaja Yang Aku Mampu, Nak Bernikah Mungkin Tidak,
 Hantaran Hawa Sahaja Sekarang Sudah Berpuluh Ribu 



" Sekalipun aku ditinggalkan , dimungkiri , dikhianati, tiada siapa tahu kondisi hatiku, nyatanya andai aku suka , aku suka kerana ALLAH namun tidak pula aku membenci, aku hanya pendam duka, walau tiada siapa tahu dan perasan, harga dan suhu hati ini ALLAH sahaja tahu, mungkin nawaitu aku disalah erti mungkin cinta yang aku nukilkan dipandang sepi ^_^ sekali aku menghargai 'Hawa' tidak akan aku lafaz kata putus, andai mahu tinggalkan aku, tinggalkan aku dengan cara paling beradab bukan membuat aku seperti insan tiada berperasaan,
 SAMBIL PERGI TANPA UCAPAN " SELAMAT TINGGAL "  ^_^ "


" ya ALLAH dikala kau sematkan rasa cinta/suka/rindu pada SEORANG HAWA kepadaku, tunjukkan jalan-jalan untuk aku nikahinya, bukan jalan pelepas sepi cuma, usiaku, masaku bukan makin 'muda' sedang aku selalu takut berdosa, selama kenal 'erti cinta' pada manusia, sesungguhnya hatiku merapuh ya ALLAH, MAKANYA Kebalkan hati ini moga tidak salah memilih lagi ^_^ "



" Dulu, arwah abah selalu kata, andai orang hasad pada kita jangan pernah balas balik Namun demikian tunjukkanlah estetika kebaikan sehingga mereka malu melakukan perkara negatif pada kita 'reverse 
psychology,  arwah abah didik dengan sifat mahmudah, sehinggakan aku pernah memberontak dengan segala wahana kebaikan yang diterapkan , pabila besar baru aku sedar, bahawasanya aku sememangnya berbayangkan pekerti abah, cuma rupa parasku tidak seperti dia, sebab itu mungkin 'manusia' mengambil kesempatan atas segala ihsan yang ada, ya ALLAH lindungi hati dan nawaituku, semoga tidak berganjak dari terus mencari redha-MU ^_^ "



" Berjalan Pulang Dari Musolah  Melangkah Dengan Penuh Tertib, Melihat Langit Indah Ciptaan Allah, Sambil Bintang Penghias Malam, Ya Allah Tenang Ibadat Dalam Kedamaian, Mungkin Aku Tak Akan Dapat Melangkah Seperti Ini, Andai Aku Sibuk Berhabis Masa Seperti Dulu Mengejar Mewah Dunia ,
 Tanpa Ada Sesudut Masa Buat Pencipta  "

# Yakin Dan Percaya, Ketenangan Adalah Suatu Kedamaian Hati, Tak Bisa Diukur Dengan Lautan Harta Yang Ada, Tetapi Ia Datang Dikala Kita Redha Dan Hati Mencintai Pencipta 




Alhamdulillah , segala puji-pujian buat ALLAH tuhan sekalian alam, aku  menulis dan menulis lagi , kali ini apa lagi ingin aku kongsi? Sesungguhnya mehna dunia banyak ragamnya, mungkin tiada noktah juga tidak berhabis dakwat bercerita tentang dunia fana ini, cuma kau harus tahu yang kamu hanya seorang hamba ALLAH, jangan !!! Jangan pernah bangga juga mendabik dada, sedang Allah Maha Karya Semuanya..

Penulisan Hati ini tertumpu pada bahasa hati juga monolog jiwa, andai kamu punya jiwa pasti terasa, hati pula  bisa terusik tanpa perlu menyentuhnya ^_^ 
kata Ustaz Badrul Amin...


" Andai mahu nasihat dan tarbiah orang lain , gunakanlah hati ^_^ andai sepenuh hati menyampaikan in shaa ALLAH akan membekas ke mana-mana hati yang lain " 


TETAPI nawaitu harus jaga, bahasa dakwah memang tersemai dengan benih cinta, jangan pernah meracun ayat demi menagih cinta manusia, kelak dakwah disalah tafsir pula, dan kerana Cinta ALLAH 
aku terpanggil untuk berkongsi sezarah ilmu yang ada ^_^ "

Cubalah jadi seorang yang jujur, cubalah menjadi diri sendiri, tidak perlu berubah jadi orang lain cuma kamu harus perbaiki diri menjadi lebih baik , andai mahu 'orang suka', 'orang hormat' cubalah belajar menghormati orang lain terlebih dahulu, walaupun dibalas khianat/dengki/hasad yakin dan percayalah ketulusan akhlak juga pasti akan menundukkan ego yang ada ^_^



Senyum adalah medium untuk menyelesaikan masalah. 

Anas bin Malik meriwayatkan, dia berkata,

" Suatu hari aku dan para sahabat berjalan bersama-sama Rasulullah s.a.w. Ketika itu baginda memakai selimut dari daerah Najran yang hujungnya agak kasar. Tiba-tiba baginda bertemu dengan seorang Badwi( Arab Pedusunan).

Tanpa disangka, lelaki Badwi itu langsung menarik selimut Rasulullah s.a.w dengan kuat sehingga aku melihat kesan merah di bahu baginda.

Lelaki Badwi itu dengan kasar berkata, "suruh orangmu memberi harta Allah kepadaku yang engkau simpan sekarang juga!"
Kelakuan kasar dan sombong si Badwi tersebut membuatkan para sahabat sangat marah dan ingin mengajarnya.

Namun Rasulullah melayan sikap kasar lelaki Badwi itu dengan senyuman dan berkata kepada kami dengan senyum manis pula, "berilah lelaki ini makanan apa sahaja yang dia mahu. Kami lantas memberi si Badwi makanan yang dia pinta. Dan kami tidak jadi mengajar si Badwi kerana senyuman Rasulullah s.a.w.

( HR at-Tabrani no. 7695 )

Kuasa 'senyum' bisa merubah persepsi manusia terhadap kita ^_^ kenapa tidak senyum? Harga senyum sahaja bisa menjernihkan suasana yang tegang, dengan senyum sahaja persepsi manusia kian berubah, dengan senyum juga hati yang beramarah akan kembali salju tanpa perlu berkata-kata..


CUMANYA : Jangan senyum melata/ senyum seorang tanpa ada sesiapa itu penyakit hati yang disebut 'angau' ubatnya cepat-cepatlah bernikah, 
takut-takut merana jiwa raga ^_^ ALLAHUAkhbar 


 Tenang hati kala mereka lihat kita senyum , andai apa sahaja rasa nikmat juga kemanisan  iman tidak salah dikongsi, namun pemikiran manusia yang selalu salah, andai seseorang itu mengajak melakukan kebaikan dipanggilnya 'riak' andai bukan kita yang tegur/nasihat/tarbiah siapa lagi? Mahukah kamu dipertanggungjwabkan di Masyar nanti, dikala kamu tahu tentang agama tetapi tidak memanfaatkannya apakah itu sudah cukup ampuh bagimu membawa bekalan ke alam berikutnya? 

Yang perlu kau tunjukkan sejauh mana 'islam' dalam dirimu, bukan nama sahaja islam 'identity card' juga islam, tetapi hanya pada sedap nama, jika kamu 'Muhammad' (Terpuji) tunjukkan peribadi terpuji yang ada, jangan cemarkan nama 'mulia' itu, disetiap panggilan nama merupakan 'doa',  Dan disetiap kata-kata baik seorang muslim juga merupakan doa. Andai mahu kebaikan maka panggilan nama-nama baik buat saudara-saudara seislam kita, in shaa ALLAH kesudahan hidup pasti dalam keadaan baik juga ^_^


'Ahli syurga bukan kamu yang punya pangkat 'Datuk' , Tengku, Sultan Di atas dunia, Ahli syurga bukan kamu yang punya harta sesuku dunia, Ahli syurga juga bukan kamu yang ada 'degree', 'master' ,Phd di atas dunia ^_^ tetapi ahli syurga adalah mereka yang selalu mendahulukan redha ALLAH, mereka yang selalu takutkan azab ALLAH sambil beramal ibadat hanya kerna yang esa "


A Beard or Hijab doesn't represent how religious you are. But it's a reminder that even when your Imaan is low you still belong to Islam. 

# A little bit of kindness to someone can add abundant happiness in the life of that person. Go and make the world a better place by smiling. AllahuAkhbar 



"Be like a rose, because it leaves its fragrance even in the hands of those who crush and throw it away." 

Sometimes you have to let go to see if there was anything worth holding on to. Sometimes we struggle and become upset, not because we don't have what we need, but because we don't have what others have ,May the Almighty create ease for all those suffering any sort of difficulty anywhere in the world. Aameen 


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥