Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Sunday, March 2, 2014

: Kamus Hati Seorang Lelaki II :




                                                                 


" Saya Tak Pernah Cakap Saya Baik, Saya Cuma Mahu Berubah Menjadi Lebih Baik, Memang Suka Seorang Diri Bawa Diri, Memang Tiada Istilah 'Melepak' Dalam Hidup Saya Lagi, Masih Segar Dari Ingatan Nasihat Arwah Abah Saya, Saya Mesti Selalu Menjadi Anak Soleh, Kalau Bukan Saya Siapa Lagi, Mungkin Bukan Untuk Cari Gembira Dalam Hati Saya,Tetapi Biarlah Saya Selalu 
Membuat Bonda Saya Bahagia  "

# Ya Allah Tunjukkan 'Jalan' Masa Depanku, Yang Kelihatan Samar Ini 


Sepanjang Musim Kemarau Di Johor  Bonda Selalu Ajak Makan Cendol Dan ABC di Tanjung Muar, Walau Saya Hanya Punya Moto Buruk, 
Tetapi Moto Buruk Inilah Yang Selalu 
Membawa Saya Ke Masjid Juga Membawa Bonda Ketika Sakit  

# Percaya Atau Tidak Andai Bonda 'Tiada' Saya Mesti Rasa Kehilangan, Sebab Dia Wanita Paling Dekat Dengan Saya, Dia Seorang Ibu Tunggal Yang Perlu Saya , 
Walau Apa Jua Keadaan Sekalipun...



Firman Allah SWT maksudnya:

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" 

(Surah Al-An'am ayat 32)


" Alhamdulillah , aku masih bisa menulis dan menulis ^_^ tiada jalan lain selain menulis hanya untuk menterjemahkan bahasa hatiku, yang terkadang berat benar mahu terlafaz dengan sebaris kata-kata, AllahuAkhbar , dikala mereka sibuk bercerita tentang aku, memang aku tak bisa menutup mulut mereka, tetapi aku selalu berdoa, semoga Allah rahmati mereka, biarpun hati selalu terpanah mendengar sindiran mereka , aku harus pekakkan telinga demi menjaga hatiku yang selalu berkaca ^_^


" hari ini diketika ini ^_^ Allah sahaja tahu kondisi hatiku, sangatlah tebal rasa gelisah sehinggakan aku mula melakukan tabiat burukku, diketika balik musolah selepas isyak, aku akan melihat langit sambil mengimbau kenangan dulu, sesiapa sahaja yang singgah dalam hidupku pasti akan pergi , apakah sunyi dan aku adalah satu? Apakah keadaan ini lebih membuat aku dekat dengan ALLAH, mungkin benar itulah hakikat sebenar kehidupan, kita perlu selembar masa supaya selalu bermuhasabah bahawasanya hidup di atas dunia ini bukannya lama, yang harus kita tahu apakah bekalan yang perlu kita bawa untuk ke alam berikutnya ^_^

Harga perasaan sesama manusia, juga kecintaan pada hamba ALLAH yang lain adalah sementara, tidak perlu diratapi semahunya, sedang kita masih ada masa untuk merubah masa depan kita, jika difikirkan rasa sedih itu mungkin akan lebih memenjara langkahan maju kita, demi untuk memperkasa masa depan kita perlu 'hijrah' , hijrah dengan berubah menjadi lebih baik ^_^

Allah hadirkan seseorang dalam hidup kita punya sebab musabab tersendiri, mungkin hadirnya dia bakal membekas menjadi kenangan terindah dalam hidup kita, ataupun hadirnya dia akan memberikan satu pengalaman yang akan mendidik hidup kita supaya tidak mudah menyemai rasa suka ^_^ yang nyatanya membuat kita hanyut sambil lupa pencipta. Ingatlah hikmah yang Allah beri lebih besar dari hakikat sebenar cinta, hidup ini adalah 'pentas opera' yang diterajui sutradara yang Maha ESA.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”

Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki- Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” 
-Riwayat Muslim-


Ucapan ‘kalau’ tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.

" aku menulis dan menulis, tidak ramai kenal siapa aku, tidak ramai tahu untuk siapa dan kenapa aku menulis, aku cuma mahu bangkitkan rasa, semoga mereka tidak menjadi seperti aku, mungkin penulisan aku boleh membuat mereka berfikir, disaat kita rasa 'susah' yakin dan percayalah ada lagi mereka diluar sana yang lebih susah dari kita, ada lagi mereka diluar sana lebih besar dugaan dari kita, bersyukurlah kita masih punya keluarga, masih punya rumah untuk berteduh mungkin tidak gah mana rezeki dan gaji yang ada, asal keberkatan dan redha ALLAH yang dicari , diakhirat sana bukan gah nama yang ALLAH nilai, tetapi sejauh mana hati yang selalu dahulukan iman dalam membuat keputusan ^_^ "


Andai Allah takdirkan kamu tidak menemui 'jodoh' diatas dunia, disyurga nanti Allah akan jodohkan kita dengan penghuni syurga, terkadang disaat tiada siapa mahu kita, tiada pula ingin menghabiskan sisa masa dengan kita, yakin dan percayalah berbaliklah pada ALLAH, habiskan sisa peninggalan masa, mencari redha-NYA, ada hikmah terindah disebalik dugaan itu, bukan bermakna ALLAH tak sayang kamu, itu adalah tanda ALLAH lebih prihatin kepadamu 
supaya lebih 'setia' beribadat kepad-NYA..


Andai Allah takdirkan yang kamu akan miskin sepanjang hayatmu walau menggila usaha dicari untuk kaya, yakin dan percayalah mungkin ALLAH tidak mengizinkan kamu kaya siapa tahu andai kamu kaya, kamu tidak lagi setia ke masjid, menjadi tetamu ALLAH sepanjang masa? Dan mungkin diketika kamu kaya, kamu akan lebih berjarak dengan esa, ataupun dikala kamu kaya, kamu akan riak dan takabur tidak semena-mena ^_^

disetiap penganugerah ALLAH, ada baik dan buruknya, rezeki melimpah ruah berserta tanggungjawab yang besar, tanggungjawab pada tetangga yang miskin bagiman cara kamu untuk menginfak harta supaya mereka juga dapat berkongsi 'nikmat' yang sama tanpa berjarak dengan pencipta?

moga ALLAH redha ^_^
 segala yang berlaku yakin dan pastilah punya hikmah yang ALLAH sahaja tahu..kebaikan untuk kita ^_^



" Memang Kita Yang Memilih Masa Depan Kita  Tetapi Tidak Bermakna Kita Boleh Salahkan Takdir Diatas Percaturan Allah Pada Hidup Kita  Kita Boleh Merubah Masa Depan Selagi Usaha Dan Doa Yang Istiqomah 
Sambil Berharap Allah Tuntun Hati Kita "

# Tidak Kaya Atas Dunia Tidak Mengapa, 
Asal Tahu Hidup Ini Bukan Kekal Abadi Buat Kita 



" Always pray to have eyes that see the best, a heart that forgives the worst, a mind that forgets the bad, and a soul that never loses faith."
  AllahuAkhbar..


# Breakups hurt, but losing someone who doesn't respect and appreciate you is actually a gain, not a loss." 





Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥