Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Sunday, February 16, 2014

: Inni Akhafullah ^_^ :




                                                                             

  "Sometimes those bad days are there to remind you
 that you have good ones to look forward to." 

" You may not know what is going to happen when you try, 
but if you do not try nothing will happen." 

“Do not judge truth based on the person, but realize the truth, 
you will realize who are the truthful ones.“.


Syuk al-hafiz >



Kaedah mengenal kebenaran berasaskan menilai seseorang dari segi pakaian, raut wajah, dan pengaruh masyarakat ,adalah bertentangan dengan manhaj yang digunakan oleh para ulama salaf seperti mana yang telah 
digariskan oleh Saidina Ali r.a. melalui sebuah ungkapannya berkata: 



“Janganlah kamu mengenali kebenaran dengan melihat kepada orang yang memperkatakannya; tetapi kenalilah kebenaran dari apa yang diperkatakannya,
 maka melaluinya kamu akan mengetahui siapakah orang yang benar itu.”. 



Kaedah ini menyarankan bahawa kebenaran sesuatu pendapat itu hendaklah berasaskan hujah dan dalil semata-mata, dan bukannya dilihat kepada siapa yang memperkatakannya. 



أُنْظُرْ إِلى مَاْ قَاْلَ ، وَلاَ تَنْظُرْ إِلى مَنْ قَاْلَ 

“Renunglah pada barang yang dikata, dan jangan 
renung pada barang-siapa yang berkata.“ 



لا تعرف الحق بالرجال ( بل ) اعرف الحق تعرف أهله
( الإمام علي كرم الله وجهه ) ( المنقذ من الضلال ) 

“Jangan engkau kenal (nilai) kebenaran dengan orangnya, tapi kenallah kebenaran, (barulah) engkau tahu ahlinya (siapakah si-benar.) “ 


لا تنظروا إلى من قال انظروا إلى ما قال

Bermaksud: “Janganlah melihat kepada siapa yang berkata,
 lihatlah kepada apa yang dikatakan."



 [dinukilkan oleh Imam Jalaluddin as Suyuthi dari Ibn al-Sam'ani dalam at Tarikh] 


........................................................................



Alhamdulillah aku menulis lagi, Allah mengilhamkan idea untuk aku terus mengolah ayat bersama ilmu dan bahasa hati seorang lelaki, sungguh ALLAH maha hebat ^_^

terima kasih atas teguran mengenai hadis mauduk yang aku nukilkan mengenai rokok, sungguh aku bukan lelaki perokok cuma ingin berkongsi supaya mereka sedar diri ^_^ terima atas nasihat yang membina, semoga ALLAH permudahkan jalan hidup kita, AllahuAkhbar sungguh berat dan besar dugaan yang Allah sandarkan pada diri lelaki ini, sehingga celaan dan respon negatif diterima hingga memenjara langakahan anak muda ini untuk terus 'daie' melalui corak santainya...

Memang aku bukan lelaki yang punya 'degree' cuma aku ada sezarah ilmu sambil terpanggil untuk dikongsi, mungkin tidak bisa menyentuh status terpelajarmu, cukup sahaja bisa membuat hatimu terkesima membaca luahan kata seorang anak muda yang serba papa, tidak pernah aku berkata hebat, tidak juga aku meninggi diri, apa ada padaku semua ALLAH punya, sehinggakan aku malu, kerana aku hanya hamba hina yang selalu berlanjutan dosa..

Yang menunjukkan kita punya 'iman' adalah dengan cara kita berfikir, walaupun tidak kaya, walaupun belajar tidak tinggi mana, kita harus tahu 'agama' ,halal dan haram juga dosa dan pahala, terkadang nikmat dunia sengaja ALLAH tidak mahu beri kerana mungkin jika kita merasa kita sendiri akan berubah sambil berjarak dengan pencipta ?

Adakah itu yang kita mahu? 

Allahurobbi, gerbang ilmu itu luas ,bukan kerana 'degree' kamu dipuji penduduk langit, bukan kerana cantik/tampan kamu ditempatkan tinggi pada kacamata illahi, tetapi sejauh mana kamu tahu tanggungjawabmu kepada dirimu, keluarga, bangsa dan masyarakat ^_^ apakah dengan 'degree' itu kamu sudah mendabik dada, berkata besar sambil menghina mereka dibawahmu?

Aku pernah menjadi mahasiswa cuma aku 'tiada rezeki' menamatkan pengajianku, adakah aku manusia yang gagal?

Jawapannya tidak!!, kerana walau tanpa apa-apa sahaja testimoni dunia mengiktiraf pengetahuan ilmu yang ada, aku masih bersyukur nikmat kerendahan hati yang ALLAH beri, sambil selalu dekat dengan bonda hari-hari, menjaga keperluan hidupnya,walau kiri kanan manusia mencaci ? Mereka mencaci, kerja apa budak itu lakukan? Mana sumber dia dapat? Bagaimana mahu kerja tanpa punya kelulusan?

Sambil balasku dalam hati kecil ini, Dunia Ini ALLAH punya, rezeki ALLAH luas melata, aku mungkin gagal pada pandangan dunia, tetapi aku berharap tidak akan gagal di akhirat sana, sambil selalu memperkasa imanku, sambil selalu ingat ALLAH sebagai peneraju carta hatiku, mungkin bukan aku pilihan dan dambaan hatimu, cukup kau tahu aku bersyukur, perit mana dugaan yang datang aku masih 'gagah' menjadi seorang hamba ALLAH diatas dunia yang fana ^_^



" Menunggu Kasih Manusia, Menunggu Manusia Peduli Mungkin Akan Membuat Kita Penat Juga Sakit Yang Amat, Tetapi Cubalah Bina Jambatan Untuk Menjadi Kuat,Ingat Selalu Tuhan, Fikir Sematangnya Dunia Fana Ini Sementara, Yakinlah Kita Akan Lebih Positif Dari Sebelumnya, Ingat Cinta Manusia Bisa Berubah Kerana Hati Ini Allah Yang Punya,Tetapi Doa Seorang Hamba Akan Kekal Di Langit Sana,Tunggu Masa Allah Nak Makbulkan Sahaja  Jadi Sabar, Ada Jodoh Tidak Kemana "

# Moga Allah Redha 


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥