Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, February 10, 2014

: Hawa!! , Dirimu Begitu Berharga :





I will not take off my hijab and expose my aurah again just because some people here said if I am not Muslim yet...I should not be covering my aurah. 

Yes. Read again.

I WILL NOT. 

Terpanggil ingin menulis tentang dirinya, sangat kagum dengan felixia Yeap, Walau belum memeluk agama islam, dia sudah merasai apa sebenarnya pengertian aurat yang selalu ditegaskan oleh syarak ^_^

Percaya atau tidak sekiranya kamu menutup aurat, orang lelaki akan lebih menghormati kamu , akan lebih rasa ingin memilikimu dengan 'halal dan diredhai', rasa suka akan lebih menebal selagi tidak menjadi halal untukmu.

harga wanita yang menjaga auratnya sangat tinggi, kerana dirinya menyimpan pesona yang ada buat lelaki yang berhak untuknya, ALLAHUAKHBAR !!!

cuba kamu dedahkan aurat, pakailah seksi dan berahi, percayalah kemana sahaja kamu pergi orang lelaki akan terus perhati,bukan kerana kamu cantik tetapi nafsu menjerit rasa ingin setubuhi, aku juga lelaki sebab itu aku berani menulis tentang lelaki, dan lelaki yang hebat pula akan terus menerus menjaga matanya supaya tidak terliar dengan dosa, kerana 'mata' lelaki ramai tersiksa di neraka..


Firman Allah SWT yang bermaksud :"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir"(Surah an-Nur ayat 31)

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan 
dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.


 Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud 'perhiasan' perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh kerana itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.

Misalnya sahabat besar Nabi SAW seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.ha, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, demi menjaga meluasnya kerosakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat 
dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.


Firman Allah SWT maksudnya : 

"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." 

(Surah an-Nur ayat 31)


Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadis bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.


Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, 
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: 

"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:

1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); 

2. Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian ." 

(Hadis Riwayat Muslim)


Dr. Yusof Al-Qardawi menafsirkan hadis di atas, katanya : "Mereka dikatakan berpakaian, kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, kerana itu mereka dikatakan telanjang, kerana pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini."

 ( Kitab Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)

Perkataan 'bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut kerana rambutnya ditarik ke atas.

Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-hadis, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah SWT maksudnya :

" Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." (Surah Al-A'raf ayat 20)

" Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" (Surah Al-A'raf ayat 26)


 ..............................................................................



" jujurnya aku bukan lelaki alim untuk bercerita soal aurat ^_^ tetapi aku sendiri masih istiqomah menjaga aurat, tidak pernah aku memakai seluar pendek, malah seluar pendek juga tiada dalam simpananku, aku masih menjaga auratku , malu mahu tunjuk 'kaki jantan' yang berbulu, nyatanya aku masih punya iman dikalbu ^_^ "

hari ini 2 bulan bekerja tanpa gaji, aku cuma membantu serba serbi yang perlu, perniagaan ada turun naiknya, jadi sepupu tidak boleh membuat rotation modal, kerana duit berhabis buat anak sulungnya yang baru lahir dan masih sakit ^_^ sungguh tebal ujian tuhan buat dirinya, aku masih seorang lelaki yang masih melukis rasa diatas angin, moga ALLAH selalu bersamaku, walau tidak kaya cukuplah ALLAH segalanya dalam hati ini ^_^

Jangan pernah kecewa dikala 'Hawa' MENINGGALKANMU,andai baru 'kawan' sudah mula tinggalkanmu dikala tiada apa-apa, siapa tahu dikala bernikah nanti lebih dari itu perlakuan dia nanti , hidup ini punya pasang surutnya, jangan berduka kerana putus disebabkan cinta manusia, tetapi fikirkah disaat kamu mengenal cinta manusia, berapakah jarak kamu lupakan pencipta? adakah selama mencintai Hawa, kau selalu alpa dengan segala suruhannya?

tepuk dada tanya iman ^_^


There’s nothing wrong with making mistakes.
 What’s wrong is letting a mistake stay a mistake, 
without putting in effort to make it right. 


# I may not be perfect. I may not be everyone's 1st choice, 
but I'm ME and I don't pretend to be anyone else. 

 AllahuAkhbar..


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥