Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Thursday, January 30, 2014

: Semoga Membekas Di HATI ^_^ :






I don't think I'm better than anyone out here. I might be worse sometimes. 
I need Allah just as much as everyone else. AllahuAkhbar!! 

Don't let what you've been through prevent you from getting through. 
Everything will pass. Be strong, and hold on. In Shaa Allah 



" Kononnya kerana 'cinta' mereka tidak kisah bakal suaminya penghisap rokok tegar, tetapi mereka tidak pernah tanya/tahu adakah bakal suaminya boleh mengimamkan ketika solat ataupun tidak  "

# Asal Mampu Buat Majlis Hebat, Ekonomi Kukuh Sudah Boleh Dijadikan Menantu  Namun Sudahkah Penuh Pengetahuan Agama Untuk Mendidik Isteri Dan Anakmu Nanti? Tepuk Dada Tanya Iman 



Sungguh aku bukan lelaki perokok, malah alah bau rokok, bukan hanya rokok malah asap rokok, bukan aku menyatakan akulah lelaki sempurna, aku cuma mahu kau tahu aku cuma ingin mengingatkanmu tentang rutin yang kurang baik itu ^_^
mungkin memang kamu tidak berhak ditegur, mungkin harga dirimu terlalu tinggi, apakata berubahlah ke arah lebih baik lagi sama-samalah mengingati,  semoga selalu dalam redha illahi ^_^

Aku tersenyum dikala pemuda dikedai makan pelawa aku, " abang hisap rokok? " kemudian aku membalas, tak ^_^ lalu diperli sinis aku, muka ganas tak hisap rokok, balas sinis aku, banyak kisahnya tentang rokok ^_^ nak abang cerita? Balas anak muda itu, tak apalah bang, dah tahu dah abang mahu cerita apa, terima kasih saje.

Anak muda itu berlalu pergi sungguh tak sempat aku ingin berkongsi sesuku ilmu yang ada, hanya mampu menulis berharap ada yang masih sudi untuk baca ^_^



Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku,
 bahkan mereka adalah orang yang celaka” . 

Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya:

 “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”

Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”

Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”


" asal buka laman muka buku, kisah cinta manusia juga menjadi wacana utama ^_^ apakah sudah cukup penuh iman didada, sudah cukup sempurna? jodoh itu amanah sebenarnya , maka pada waktu yang tepat amanah itu akan dipikul kita jadi janganlah terlalu bercerita soal jodoh , sedang ajal masih mengejar kita ^_^ "

"Usiaku memang usia untuk bernikah namun, masih banyak perkara merencatkan aku untuk bernikah dengan halal cara, mungkin batas kekurangan yang ada, dan mungkin juga bersusun kekhilfan dosa semasa, sedang mereka sibuk bertunang rakan seusiaku, bernikah, juga punya anak, aku masih tersenyum ^_^ "

' Melihat bonda dan harapannya lagi ^_^ melihat aku yang masih belum mampu lagi, aku masih mampu untuk menulis 'soal hati ', aku bukan lelaki yang suka melepak, suka 'buang masa' menjadi kutu embun, juga kutu rayau, aku hanya selalu 'suka' bermuhasabah, tepat masa menuju rumah ALLAH, nyatanya ramai warga tua kenal aku, sedang selalu juga masjid kosong tanpa 'pemuda' seusia aku ^_^ "

Ajal lagi misteri dari soal jodoh, kerana rokok juga bisa menjadi asbab utama ^_^ kenapa rokok difatwa haram? 

SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK
1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain.
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislamana
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)
Asap adalah makanan para Jin,iblis dan syaitan adalah dari golongan Jin yang jahat yang telah berikrar di hadapan Allah akan menyesatkan manusia dari keturunan Adam supaya menjadi pengikut mereka.Kakitangan Syaitan dan Iblis ini yang berupa manusia dari keturunan Yahudi Laknatullah akan sentiasa memusuhi Islam dan berusaha secara halus meresapi kehidupan umat Islam.


Namun masih ada soalan yang diajukan ,kata mereka ,rokok katanya "haram' kenapa ustaz sekolah saya hisap rokok?

jawapan saya : 

terpulang kepada individu itu sendiri, mungkin dia tahu agama, tetapi tidak mengamalkannya, ada pula mungkin dia hanya menyebarkan agama, cuma dia belum istiqomah berubah kepada tabiat buruknya itu, fitrah manusia selalu punya dosa dan pahala, tidak hairanlah jika tersebar kisah seorang ustaz, menodai  pelajar mereka, kita syumul tetapi kita boleh menjadi lebih baik, asal letak ALLAH paling tinggi dari segala apa yang ada ^_^


Biar hari ini, aku berkata yang aku tiada apa-apa, biar aku jujur seadanya yang aku miskin dan papa, asal aku tidak bermegah dengan kekayaan dunia, walau zahir mata milikku , fitrah dunia semua karya yang ada milik sang pencipta ^_^

wahai sahabatku yang baik hati, dikala mereka cuba mengadu domba tentang keaiban kita, berkatalah mungkin betul pandanganmu itu, aku masih perlaku dosa, maafkan segala tingkah kejiku, nyatanya aku masih merangkak mengenal tipu daya dunia.

terima kasih rajin benar jenguk penulisa lelaki ini, aku masih lelaki biasa yang leka dan alpa ^_^ tolong ingatkan aku andai aku salah bicara, tuntunlah aku jika aku jauh membawamu ke dunia imaginasiku, mungkin aku sekilas Fahri dalam ayat-yat cinta, mungkin aku sejelas Ahmad Fakharudiin Attar Dalam 7 PETALA CINTA ^_^
Namun aku cuma lelaki biasa, yang miskin dan papa, masih penuh noda cinta dunia, aku tak pernah mencari cinta sempurna, aku cuma ingin tarbiah mereka untuk menjadi lebih baik daripadaku ^_^ Moga ALLAH redha...


No matter how much we know, it will never be enough. Keep increasing your knowledge for it is the only way to be cured of ignorance.  AllahuAkhbar !!! 

I Dont want money. I Dont want fame. I Just want the gates of Jannah calling my name. 


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥