Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, January 24, 2014

: Bahasa Hati Seorang Lelaki ^_^ :




" Andai Nak Berubah, Berubahlah  Tetapi Belajar Istiqomah , In Shaa Allah, Lepas Itu Akan Terbiasalah, Jangan Lupa Berubahlah Kerana Allah, Bukan Kerana Manusia "

# Nak Cari Ilmu Agama  Bukan Datang Dekat Pada Hawa , Curi Hati , Bercerita Kisah Sedih Hingga Ternoda Cinta, Andai Nak Belajar Agama Pergilah Ke Masjid Jumpa Alim Ulama', Kenal Allah ,

 Selepas Itu Kenal Agamanya 

wahai pandangan manusia, ubahlah cara kamu berfikir, semua  manusia bisa diberikan peluang berubah, kita harus menyokong bukan menghina juga merendahkan mereka seolah-olah kita tak pernah berdosa, nyatanya selagi mereka mahu berubah kita harus membawa mereka ke landasan syurga, biar sama-sama memimpin tangan  menuju kejayaan , biar ALLAH tahu kita selalu ingat jati diri seorang hamba, moga ALLAH selalu redha ^_^



" Sabtu , Hari Minggu Buat Seluruh Warga Johor, Habiskan Sisa Masa Di Kebun, Berbakti Pada Tanah, Tanam Ubi, Tanam Pokok Pisang , In Shaa Allah Bila Dapat Hasil Nanti , Boleh Sama-sama Kongsi Rezeki Bersama Jiran  "

# AllahuAkhbar  Terima Kasih Ya Allah, Masih Beri Peluang Kepada Hamba Allah Ini Untuk Bernafas Lagi....


AllahuAkhbar, menulis buat ratusan kali, tidak tahu adakah mereka yang sudi membaca? Dikala kamu membaca , atau baru sahaja diperkenalkan oleh sahabat lain tentang blog ini, ketahuilah blog ini milik seorang lelaki, lelaki yang rendah hati, tidak punya apa-apa diatas dunia fana ini, lelaki yang selalu sahaja mencoret perasaannya tanpa pernah meluahkan pada sesiapa, hanya penulisan bisa mewakilkan seribu rasa, sama ada hitam mahupun putih sesebuah kehidupan,
 yang dicampurkan menjadi sewarna ^_^



Aku menulis dengan 'jiwa' yang paling dalam, aku mahu mereka rasa apa yang aku cuba lukiskan di minda mereka tentang kehidupan dunia sementara. Biar mereka membaca dan menjadikan penulisan ini pedoman buat semua, biar juga mereka tahu 'hati lelaki' juga bersegi fitrahnya, bukan mudah untuk difahami cukuplah menjengah dari sudut ini, moga ALLAH selalu redha , moga Dia tahu ada hamba-Nya menulis cereka hidup sebagai medan meneutralkan rasa..

Aku juga pernah ternoda, aku juga pernah terjatuh dilembah hina, aku juga lelaki yang selalu alpa, sebab itu jangan pernah meninggikan aku, jangan pula letakkan aku teratas di carta hati, selagi aku bernama 'lelaki' selagi itu aku punya nafsu yang selalu menghambat imanku, sama ada untuk melihat gadis dengan penuh berahi atau tunduk kaku sambil mengucapkan 'Astaghfirullahalazim'  ^_^

“Meski dosa-dosamu sebanyak buih lautan, sebanyak butir pasir di padang pasir, sebanyak daun di seluruh pepohonan, atau seluruh bialangan jagad semesta, Allah SWT tetap akan selalu mengampuni, bila engkau mengucapkan doa sebanyak tiga kali sebelum engkau tidur: Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih. (Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), 
dan aku bertaubat kepada-Nya).”

 (HR. at-Tirmidzi).


Allahuakhbar, beristighfarlah nescaya satu titik hitam dalam hati akan beransur hilang,  daripada kau bercerita masalah dunia, ambillah sesuku masa menginsafi perlakuan dosa, sungguh kita insan selalu hina, kita insan yang selalu berdosa, apa ada perkataan yang terpacul jangan sampai membuat kita berdosa, tetapi ucapkanlah lafaz mahmudah, semoga ALLAH selalu bersama kita.

Menghadiri temuduga untuk menjadi seorang 'posmen' , sambil berniat andai dapat kerja ini, aku mahu jadi seorang posmen yang beriman, aku ingin menyampaikan amanah pada seluruh masyarakat, sambil ada 'bunyi-bunyi' dari mulut manusia, dengan tomahan, tanpa sedikitpun bicara membina, sungguh namapun manusia, hanya tahu mencela tanpa tahu diri sendiri adakah selalu dalam redha pencipta, atau selalu menjadi manusia berguna ^_^


Sepanjang usia ini, tidak pernah aku memilih kerja, tidak pula aku berkata aku punya semua, sedang ada antara mereka diluar sana gah dengan nama, membawa hawa kesana kemari tanpa tahu batasan agama, berkereta dan hon mendabik dada, mereka tidak pernah tahu ajal selalu mengejar mereka, adakah mahu mati dalam keadaan tercela dengan dosa? ^_^ mungkin ALLAH tidak mahu beri nikmat yang banyak, Andai kita dihujani nikmat itu, mungkin tiada ruang juga  masa untuk kita ingat Pencipta ^_^ bersyukurlah walau diberi nikmat sedikit, mungkin hikmah disisi ALLAH besar, cuma kita selalu sahaja 'buta'...

Bonda selalu berkata, jadilah seseorang walaupun tidak kaya, cukup kaya dengan budi bahasa, selalu hormat orang tua, selalu ingat ALLAH pada tiap-tiap masa..

Sebab itu, apa sahaja suruhan Pak cik dan Mak cik akan aku patuh ^_^ mesin rumput keliling rumahnya, beri makan pada kucing mereka, walau kerja itu menjadi rutin dan terbiasa, niatkanlah sebagai ibadat ^_^ andai nak murah rezeki, hormati kedua ibubapa, tunaikan hajat sesama manusia, selagi ALLAH redha, selagi itu malaikat catat ganjaran pahala ^_^ aku masih seorang lelaki kampung, tetapi sangat 'puas' merantau dan duduk di kota metropolitan dulu.. sungguh dulu rumah bujang sekitar sana sangat hampir dengan 'medan sosial' cuma terpulang kepada kita untuk membawa diri samaada, iman selalu terpatri atau kita hanyut dilembah keji..


Aku mencoret rasa, sambil menjengah masalah dunia di media massa, ada lelaki sanggup menodai seorang bayi berusia 2 tahun, sungguh hina perbuatan hamba ALLAH itu, mungkin kerana 'bujang' mungkin juga tak bisa memenjara gelodak nafsu, sebab itu harus selalu belajar agama, agama bukan memenjara kita, penghayatan agama bertujuan mendisplinkan kita sebagai manusia , ingat setiap tegahan ALLAH ada baiknya, walau penuh persoalan di minda,
 kita harus tahu ALLAH lebih tahu dari kita ^_^

Yang melemahkan pandangan bangsa kita adalah selalu 'buruk sangka', tanpa tahu hujung pangkal sebuah cerita, selalu merendahkan impian seorang hamba, selalu juga mencela tanpa pernah menyokong mereka, sungguh walau dia berdosa hari ini, siapa tahu pengakhiran hidupnya, ada anatara kita walau nampak hina diatas dunia, matinya dinanti penduduk syurga, nak tahu sebab apa? sebab amalnya tidak perlu dijaja, cukuplah ALLAH tali penghubungnya..

"one day , i'll mary you " ?

Ini hanya wahana tarikan supaya pembaca selalu membaca, mereka suka aku menulis perihal cinta, tetapi mereka tidak sedar, cinta manusia sangat kecil berbanding rasa kecintaan Tuhan pada kita, rasa kecintaan Rasulullah buat seluruh umatnya, malulah andai kita hari-hari post tentang jodoh juga cinta, tetapi tidak kenal MAHA PENCIPTA CINTA, DIA MENCIPTA RASA INI, Dia mahu kita selalu menghargai ^_^ juga ingat menngingati..

' sebenarnya aku ingin sekali berkongsi, mungkin hati ini akan ditakluki, mungkin sepi ini bakal mati, mungkin kiasan hati lelaki ini akan bernoktah , cuma aku mahu mereka diluar sana sedia tahu, akan ada seorang lelaki dalam hidup anda yang bakal merubah anda, juga perwatakkan anda, kerana lelaki yang akan mencorak diri anda, meski anda seorang doktor dan lelaki itu seorang penjual burger, dia tetap seorang pemimpin rumah tangga ^_^ "

tahniah buat sahabat saya, yang bernikah pada hari semalam dengan sekali lafaz, Subhanallah isterinya seorang doktor, dan dia cuma peniaga kecil didepan hospital, jodoh siapa tahu kan? Cuma lepas ini jagalah hati suami, mungkin dia tidak dapat memberi kemewahan diri, tetapi dia bakal membimbing kamu hingga ke syurga illahi..

nukilan dan bahasa hati terkadang bercorak sinis, al-maklumlah aku hanya insan biasa, maaf aku juga pendosa semasa, aku juga tidak tahu layakkah aku ke syurga?
Masih mencuba menjadi anak yang baik buat bondaku, masih 'setia' berdoa tentang masa depanku ini, masih juga misteri soal jodohku ^_^ aku tahu tidak akan wujud manusia 'setia' dikala seorang lelaki masih tidak tentu masa depannya..

Dikala MELIHAT kelemahan manusia , cubalah perelokkan akhlak, juga pertambahkan iman didada ^_^  maaf aku bukan lelaki sempurna.. aku cuma mengingatkan sesama kita, moga ALLAH redha..


Anyone can give up, it's the easiest thing ever.
But to hold it together when everyone else thinks you'd fall apart is true strength.

Don't let something tear you down. Allow it to help you move on to something better.

Being nice to someone you don't like doesn't mean you're fake, it means you're mature enough to tolerate your dislike for them.

I'm not smiling because I'm stronger than my problems. 
I'm smiling because my Allah is stronger than my problems. ^_^


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

3 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

Di hati ini hanya tuhan yang tahu.
walau berjuta manusia tak mengerti kamu, tegar berpegang pada DIA.


DIA beri apa yang kamu mampu lalui.

Jaga pages tu elok2 , moga Allah redha.

Anonymous said...

http://stayreward.com/index.php?share=84617

Anonymous said...

Kuatkan semangatmu...semoga Allah sentiasa membantu...don't give up...

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥