Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, December 30, 2013

: Tetap Menanti-MU ^_^ :





The only difference between a good day and a bad day is whether you’ve done that which is pleasing to Allah or not.  


No matter what mistakes you have made, you can bounce back. Allah has given you the ability to repent to Him directly. Use that. AllahuAkhbar ^_^

It's amazing how we can be paranoid about someone watching us through our webcams but not about Allah watching us. ^_^ It was praying to Allah during the dark times that saved me, but it was praying to Allah during the good times that changed me. ^_^




" Perbaiki IMAN, perelokkan akhlak ^_^ ingat tanggungjawab sebagai seorang anak lelaki , mungkin bukan mewah yang dicari, cukuplah redha ALLAH yang selalu hakiki , mungkin tiada wajah untuk mempesonakan banyak hawa dikala perhati , cukup sahaja tarbiah menjadi penyeri diri, dan mungkin aku bukan lelaki idaman mereka, cukuplah kerendahan diri , tanda ingat segala apa didunia ALLAH yang punya ^_^ "

Menunggu tanggal 29/12/2013 , pernikahan Akak Long , Hawa YANG sangat rapat denganku, dia tahu berbagai perkara mengenaiku, tentang segala kesakitan hati , selain bonda dia juga 'Hawa' YANG selalu dekat denganku, lagi beberapa hari lagi aku bakal melepaskan tanggungjawab dan amanah arwah abah untuk menjaga akak, lepas ini mungkin tidak seperti dulu ^_^ Bonda juga berkata 'abang ude' boleh berfikir tentang abang ude selepas ini , senyum sinis aku, padahal walau aku 'perlu' memikirkan masa depanku, hatiku lebih memikirkan bonda, dia adalah segalanya untukku ^_^

" Menjaga amanah arwah abah , menjaga sepenuhnya keluarga bila dia sudah tiada walau aku seorang anak lelaki selepas 2 orang akak diatasku, bukan aku mendabik dada mengatakan aku lelaki terbaik juga hebat sedang , aku masih mencuba perbaiki diri dari semasa ke semasa , disaat aku mengajar anak jiran mengaji , nasihat yang sering aku selitkan belajar rajin-rajin dan jangan jadi sepertiku,

 sambil anak-anak kecil selalu bertanya

 " kenapa tak boleh jadi macam ustaz? "

balasku 'jangan panggil ustaz, abang kerja tetap pun tiada, orang kampung selalu mengata ^_^ tetapi sambil mengata hantar juga anak-anak mengaji , sambil berseloroh aku "

" tapi kami suka dengar cerita ustaz, seronok, lebih seronok dengar cerita ustaz dari tok imam ^_^"

balasku lagi " Tok Imam ,lagi banyak ilmu, dia pakcik abang, dia macam 'ayah' abang dia lagi hebat dari abang , sudahlah dekat nak tengahari balik yew, abang syuk nak masak ^_^

" sebenarnya aku tersentuh hati, aku bukan baik , jauh sungguh peribadi nak dibezakan dengan pakcik, dialah lelaki yang selalu menasihati tanpa jemu , ilmu agama sangat tinggi sebab itu dia menjadi imam masjid sekitar sini ^_^ aku apa yang ada, malu rasanya cuma berbekalkan 'status' anak saudara Imam Masjid, kerana itu 'orang kampung ' menghormati keluargaku, walhal akulah lelaki paling nakal sewaktu kecil dulu "

" merendah diri tak salah kata mereka, jadi salah bila menghina segala kesempurnaan ciptaan ALLAH, padahal kita semua sama ^_^ "

terkadang mereka tidak faham apa yang diutarakan oleh aku , aku sangat takut dengan riak, andai rasa riak itu bersarang dari lubuk hati maka sia-sialah segala amalanku selama ini ^_^ sebelum kau memuji hamba ALLAH, puji dulu tuhannya Dialah YANG MAHA MENCIPTA , MAHA KARYA SEGALANYA..
sedang hamba ALLAH yang ini , masih tidak punya apa-apa , mungkin bukan hanya papa diatas dunia, belum tahu juga akhirat sana ^_^

" apabila melihat sahabat-sahabat lain bernikah, temui jodoh, semakin terngadah aku melihat usia ^_^ masa makin menghimpit aku , sedarlah yang aku makin tua, pabila ada pula mereka menghitung bilangan anak, makin terkesan dihati , nyatanya mereka punya zuriat yang mendoakan mereka nanti , entah aku ada atau tidak ALLAH sahaja tahu , aku masih berusaha memperbaiki masa depanku , perelokkan akhlakku, aku bukan lelaki yang bernasib baik diwaktu ini , sambil berdoa semoga ALLAH buka rezeki hidupku , semoga segalanya berubah selepas berakhir tahun ini "

" Bila jodoh mula memanggil jangan kau kata, arghhhh masih muda, sedang ajal sendiri belum tentu bila, andai jodoh menjengah kita jangan kau tolak sambil lewa, mungkin datangnya dari ALLAH kenal hatinya rata-rata, mana tahu lepas dah kenal baru terbit rasa cinta , bila jodoh datang menyapa jangan kau bersegera menghina terkadang walau dia tiada rupa , dialah lelaki paling sempurna akhlaknya ^_^ "

Aku memujuk diriku , mententeramkan hatiku sendiri, aku tahu ALLAH maha hebat, maha kuat, maha segala maha ^_^ sebab itu aku 'relaks" sebab aku tahu jalan ceritaku masih dalam kerangka belum bertemu lagi kilmaks juga pengakhirannya, cuma aku takut andai itu cuma rasa, sedang ajalku mungkin hanya esok atau lusa ^_^ wahai bonda, aku selalu menyentuh kalbumu mengingatkan dirimu tentang doa..

aku dahaga akan doa kebaikan pada diriku ^_^ diusia ini, aku masih tiada apa-apa, masih tiada 'harta' dunia, semakin menjengah masa, merantau kemana sahaja, ada sahaja perkara tidak kena, ada juga manusia simpan rasa benci juga tidak suka, hingga menamatkan segala impianku dengan fitnah yang memenjara semuanya , sebab itu sangat sukar aku menemui sahabat baru, antara faktor lain kerana terlalu 'percaya' kawan, aku sering ditipu sewenangnya ^_^ sungguh hanya ALLAH sahaja tahu kondisi hatiku kala ini..

Sebab Itu aku sangat takut memeterai janji untuk menikahi, biarlah segala segi sempurna dulu , masih banyak perkara untuk diperbaiki, sungguh aku masih punya kekurangan seribu , masih lewahnya alasan untuk mereka cuba mendekati , walhal aku sendiri tahu gadis dikala ini mendamba lelaki , 
sempurna segala segi dan bukan aku lelaki itu ^_^ 

Tahun 2014 diharap rezeki berpihak padaku, kalam sakit sudah tertutup rapat ^_^
cuma aku masih menunggu 'sesuatu' rasa yang bisa membuat aku tidak tertumpu,
in shaa ALLAH, andai ALLAH nukilkan rasa dalam hatiku, biar istiqomah pada yang satu, halal dan halal paling utama, semoga rasa rindu tidak terlanjur menjadi dosa..

ya ALLAH, kau beri kesihatan pada bonda , agar dia selalu dalam keadaan baik, andai aku pergi dulu sebelumnya, kau tunaikanlah segala hajatnya, biar dia boleh senyum dengan lama ^_^ ALLAHUMA AMINNNN...

aku cuma ada dia, keluarga dan kau ROBBUL IZZATI ^_^

sedang aku merancang dengan cita-cita, kau perbetulkan niatku dengan CINTA-MU kepadaku...



Hantaran kahwin untuk seorang gadis Palestin hanyalah si lelaki perlu menghafal surah An-Nur sahaja Jauh beza dengan Malaysia.. 


# ALLAHUAKHBAR  dimana letak harga dirimu? dari prospek agama, atau wang ringgit yang diidami manusia? Moga ALLAH redha 



Allah knows what we will do, but we make the choice. Allah knows when we will sin, and yet He still forgives us, such is His Mercy.

I don't know what Allah got planned for me today, but I'm thankful for the lessons He taught me yesterday. AllahuAkhbar 

Want to find happiness in your life? Appreciate the small stuff. You are blessed more than you realize.

Plan as you wish and work hard for your goals, but remember that what Allah has destined will happen. Allah's plan is the better plan. ^_^

I don't trust easily, so when I tell you I trust you, please don't make me regret it. 




Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥