Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, November 30, 2013

: Jaga Izzah Hiasi Iffah ^_^ :




                                                   


Everything starts with "Bismillah" has a long lasting Barakah... The task is made comfortable and easy. ^_^ What is considered insignificant to you today may be the most important thing to you tomorrow 
when it is taken away from you. ^_^ ALLAHUAKHBAR !!

Subhanallah, maha suci ALLAH tuhan sekalian ALAM..
maafkan aku kerna terpanggil lagi ingin menulis, getar kata beralunkan melodi perasaan, sambil hati selalu dalam kerendahan segala inci dunia ini nyatanya ALLAH yang punya ^_^

" Aku Daie Bukan Mufti  "

Terkadang Hadirnya Dia Walau Bukan Dikalangan Alim Ulama Dia Bakal Merubah Kita  Walau Datangnya dia dengan berlatar belakangkan Pekerja biasa , Namun Siapa Tahu Tahap Imannya Disisi Allah 

Apakah Salah 'Seorang Penjual Burger' Bercerita Tentang Agama Dikala Mula Berniaga, Disentuh Kalbu Anak Muda, Lalu Tiba Azan Bersegera Menunaikan Solat Fardu Berjemaah Bersama? Apakah Kita Sempurna Mencela Mereka? Sedang Kita Juga Punya Dosa Juga Pahala..Sama Bagai Mereka Yang Lain  Daie Bukan Milik Ustaz/Ustazah Ia Milik Kita Bersama...

disini aku meminta maaf diatas segala penulisanku, nyatanya aku lelaki biasa yang masih belajar agama, dan selalu juga berbuat dosa...



Cetusan Hati buatmu pesona duniawi ^_^
Izzah adalah sebuah harga diri yang mulia dan agung. Harus ada menghiasi setiap relung jiwa seorang muslim, apalagi Muslimah. ^_^

Sedangkan ‘iffah adalah menahan. Adapun secara istilah; menahan diri sepenuhnya dari perkara-perkara yang Allah haramkan.

Dengan demikian, seorang yang ‘afif adalah orang yang bersabar dari perkara-perkara yang diharamkan walaupun jiwanya cenderung kepada perkara tersebut dan menginginkannya.

Izzah dan ‘Iffah adalah akhlak yang tinggi, mulia, dan dicintai oleh Allah Ta’ala. Bahkan akhlak ini merupakan sifat hamba-hamba  Allah Ta’ala yang soleh, yang sentiasa memuji keagungan Allah Ta’ala, takut akan siksa, adzab, dan murka-Nya, serta selalu mencari keredhaan mendamba petunjuk-NYA

Kerana Izzah-nya adalah sesuatu yang sangat mahal dan ‘iffah-nya adalah sesuatu yang sangat berharga.

Kita mungkin mampu menguasai keduanya (Izzah dan 'Iffah) di “dunia nyata” tapi ternyata tidak sedikit yang tidak mampu mempertahankan keduanya ketika berada di “dunia maya”.


Sayang sekali memang, ketika kita merasa bahwa "dunia maya" akan jauh berbeza dengan "dunia nyata" ternyata syaitan  pun dengan mudah menguasai diri.

Hijab yang begitu anggun ditutup dipertontonkan pada khalayak umum, hanya untuk menambat hati lelaki ^_^ kamu ingin lelaki baik, menulis tiap kali  'update status' sepi, sunyi? Pernahkah kamu muhasabah diri?

Tiada lagi rasa malu, mempertayangkan segala aset yang ada, menujukkan kamu 'gadis ' paling cantik di alam semesta ? 

ALLAHUAKHBAR, ada pula (pm) di dalam inbox dengan permintaan berbunyi ^_^:

" minta tolong 'likes pic' saya,  saya masuk contest ^_^ "

Usaha , menghantar private mesej diserata kenalan di laman muka buku tanpa rasa malu hanya kerana pertandingan rekaan manusia yang tidak tahu tambang tara nilainya disisi ALLAH yang esa ^_^

Apakah motif kita berusaha sedemikian rupa? hanya ingin mendapat jutaan likes? adakah cara ini sahaja 'mudah' untuk mendapat gah pada nama?

wahai Hawa, sungguh kamu cantik, sungguh kamu dicipta ALLAH dengan penuh lembut, namun itu semua belum cukup membantu, selagi kau tidak tahu apa itu matlamat hidupmu?

"yang tertutup, yang terpelihara, adalah yang didambakan lelaki diluar sana"

mungkin ada yang menerima kekurangan kamu rata-rata, tetapi sampai bila?
ada diantara kita hanya bisa berubah dalam tempoh 60 hari , namun andai mereka tidak tahu apa dia kemanisan iman, perubahan tanpa istiqomah akan terkubur dengan mudahnya ^_^

Ada diantara lelaki ingin mencuba merubah kamu, tetapi apakah 'harga' nekadnya perubahan membantu kamu menjadi lebih baik? kamu mahu berubah kerana seorang lelaki atau kerana ALLAH?

Aku bukan lelaki baik-baik, namun aku ingin melihat kamu menjadi lebih baik ^_^
dikala kamu meletakkan 'mahar hantaran' puluh ribu, aku tersenyum, adakah harga semua itu setara dengan kemampuanmu? apakah ikrar yang bakal kau bawa bersamaku, menjadi bonda yang 'cerdik' mentarbiah zuriatku nanti?

Apakah kau masih 'suci' untuk menasihati anakmu nanti, jangan pernah berkawan dengan lelaki? adakah kamu tahu disetiap tingkah laku kamu ketika ini adalah bayang-bayang sifat anakmu dikemudian hari? adakah kau tahu?

Apapun ada disisimu, walau dengan segulung 'degree' belum bererti dalam pandangan illahi, dikala kau memilih kerja, katanya kerja ini tidak cukup sesuai dengan kelayakkanmu, walhal adakah kau tidak sedar, bila masakah kau mahu 'menyenangkan' kedua orang tuamu? sampai bila dia ingin menjagamu? sampai bila mereka mahu menanggung segala permintaanmu?

wahai 'gadis' nukilan hati lelaki ini bukan dikalangan lelaki yang berjaya, aku cuma mengingatkan mana dia rasa malu selama ini yang di uar-uarkan? 
wanita malu kerana imannya, wanita mahal kerana akhlaknya? dan apakah kamu masih ada izzah masih punya iffah?

minta maaf menegurmu, mungkin bukan lelaki ini 'sesuai' menjadi pedampingmu, aku bukan lelaki anganmu, cukup sahaja harga kerendahan hati menjadi maharku, aku selalu berdoa semoga kau berubah , semoga kau tahu apa itu nikmat iman dalam segala ibadat, biarlah kamu melukis senyum di wajah ayah bonda ^_^

jangan pernah jadi sepertiku, aku lelaki yang selalu khilaf dengan dosa, selalu merintih dan meminta, sering ditertawa dengan sekalian masyarakat yang ada ^_^
mungkin aku tidak berjodoh, mungkin sakitku akan mengakhiri hidupku.. dan mungkin bondaku akan sedih tanpa melihat aku senyum lagi...

jaga-jaga dikala bermain kata, jaga-jaga dikala kau mempesona, jangan sampai lelaki tertawan mesra , kelak nanti hayatmu sengsara, mungkin lelaki suka kerana cantikmu, bila habis cantik maka dibiarkan kamu merata...mungkin cinta kamu murah harganya, menyapa salam lelaki disekitar suasana yang ada ^_^

kau harus tahu dalam semua lelaki yang ada, ada seorang yang masih menunggumu, berubahlah sebelum 'serius' dalam perhubungan dunia, bernikahlah dengan halal cara, sungguh aku akan pergi tanpa berkata apa-apa ^_^

Aku sedang dihambat masa dunia ^_^ aku sendiri tidak tahu apakah yang bakal berlaku melalui hari-hari sepi itu, ALLAHurobbi...

" diketika duduk iqtikaf di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Syah, hatiku selalu terusik dengan gemersik azan dari seorang hamba ALLAH bertarannumkan Nahwand ^_^ masa-masa malamku dihabiskan disini walau hanya seorang diri, ketenangan itu mahal harganya, tidak dapat dibeli dimana-mana hanya ALLAH sahaja tahu rawan hati ini ^_^ sungguh selalu sahaja berkaca "


Salah satu cara untuk kita tarbiah hati kita adalah dengan mendekatkan diri ke rumah ALLAH, lakukanlah apa sahaja ibadat sambil tinggalkan perkara dunia di luar sana sambil hati berpaksi rata-rata pada yang esa , walau aku seorang lelaki bukan terlalu baik dan arif tentang agama aku masih bermuhasabah ^_^ sedang mata-mata lain lagak melihat aku, personalitiku juga melihat diriku dari atas hingga bawah...

Mungkin aku sedang melakukan 'cela' mungkin aku lelaki yang matanya pernah melihat aku berdosa ^_^

 
If Allah can take away something you never imagined of losing, then He can replace it by something you never imagined of owning.  

Its painful to say goodbye to someone you don't want to let go, but more painful to ask someone to stay when you know they want to leave. AllahuAkhbar 

Just once I want to be hard to leave, just once I want someone to stay up at night thinking about me.  

Prayer is a powerful too. But remember, Allah works in His timings not ours. Pray, then be patient. 


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥