Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, November 25, 2013

: Menulis Bahasa Hati Lelaki ^_^ :




               My past has not defined me, destroyed me, deterred me, or defeated me... 
It has only strengthened me. Allahuakhbar ^_^

It doesn't matter who hurt you, or broke you down, 
what matters is who made you smile again.   ^_^


"Lama tidak menulis terasa janggal pula, bersegi idea yang ada mungkin agak kompleks masa depanku dikala ini, ALLAHUAKHBAR.. terkadang antara ramai lelaki yang petah berkata-kata, ada suatu masa yang hanya 'penulisan' sahaja bisa menterjemahkan perasaan, bukan mudah mematri janji sedang kiri kanan malaikat sedang mencatat sama ada amal kebaikan atau dosa berpanjangan bakal kita lakukan "

" Amat sukar menyemai rasa ikhlas, membuat mereka faham ^_^ tidak aku pinta untuk mereka kenal rata-rata siapa aku, cumanya dikala aku mencoret rasa aku ingin mereka tersentuh merasa bahasa hati yang cuba aku nukilkan ini,sambil berharap ALLAH selalu redha "

Persekitaran selalu memandang enting siapa kita, walau bekerja seagai 'penjual burger' mereka sibuk mencela, mencari sezarah kelemahan untuk dibuka tanpa belasnya, sungguh pengalaman menjual burger, sangat mahal disitu aku kenal mereka yang bergelar manusia ^_^


 Dari ‘Abdullah r.a : Rasulullah saw bersabda, 

“Tidak dapat masuk neraka seseorang yang terdapat iman di dalam hatinya walaupun hanya seberat biji bayam; dan tidak akan masuk syurga seorang yang terdapat di dalam hatinya kesombongan walaupun hanya seberat biji bayam.”


TERLALU angkuh masyarakat memandang pekerjaan ini ^_^ sedangkan mereka seharusnya menyokong anak bangsa , juga golongan pemuda yang sedang meningkat naik ^_^
 mencuba ikhtiar hidup dibumi ALLAH yang serba serbi menggila.

ada seorang anak gadis berusia belasan tahun , kerap membeli 'burger' di stall kami, berhari-hari sambil membeli tidak pernah kami mencuba mencuri mana-mana hati ^_^ 
namun tiba-tiba sahaja makian menjadi galang ganti...


Makcik : "kau letak apa dalam burger kau nie, anak makcik hari-hari pergi beli, kau kalau nak anak makcik, makcik tak bagi, belum tentu kau kerja macam ini boleh sara anak makcik !!"


Dikala itu aku cuba kebalkan segala rasa, aku tahu ujian ALLAH maha hebat, kata-kata manusia yang menghina membuat fikiranku bersarang untuk kembali menulis, andai salah seorang sahabatku ada pasti dia membalas kata-kata makcik itu, namun hanya tinggal aku , aku tak bijak mahu mengherdik orang tua itu, aku cuma terdiam seribu bahasa , disudut hati kecilku berkata sungguh hina pandangan manusia, 
moga ALLAH sahaja tahu bahasa hatiku dikala itu.

Namun tidak pula kami ingin menjadi peniaga sepenuh masa ^_^ kami berniaga suka-suka, mencari lokasi berhampiran masjid, terkadang sengaja membiarkan 'stall' kami kosong seraya mendengar panggilan azan, tidak juga berniaga dengan lama, 
kerna aku takut bonda seorang diri dirumah ^_^

ramai juga antara mereka cuba mencari siapa aku yang menulis kalam sepi, punya 'pages' di laman muka buku yang punya berpuluh ribu followers, namun bukan bererti ramai 'likes' ramai suka, terkadang mereka hanya mencuri kiasan kata untuk diupdate distatus mereka tanpa tahu makna dan maksud tersirat disebalik 
cetusan perasaan yang aku rangka.


tidak kurang dari 30 hari dari sekarang, bonda bakal mendapat seorang menantu, kami sedang dalam kerangka majlis,  bakal menantu bonda orang yang berbadan besar , bersaiz XXL semasa akak long bertunang, heboh satu kampung dikatakan akak 'desperate' padahal akak pernah bercinta dengan lama oleh seorang lelaki anggota polis, namun terputus ditengah jalan kerana, si polis itu menggunakan 'kelebihan' jawatan yang ada memenjara hati-hati gadis diluar sana ^_^ dan ketika itu akak menjadi seorang yang sangat berjaga-jaga mengenal hati lelaki.


Alhamdulillah walau lelaki itu berbadan besar, besar lagi keinginannya untuk memperisterikan akak, selepas ini tanggungjawab aku menjaga akak terlepas, dia bakal dinakhodai oleh seorang lelaki berasal dari Kuala Lumpur ^_^ budaya kampung akan meresap dilaman nuraninya, walaupun biasa-biasa orangnya aku cuma ingin dia tahu budaya solat jemaah masih digunapakai oleh kami sekeluarga, 
dan akan diimamkan oleh aku ^_^ in sha ALLAH..


Aku rindu dikala melihat sebuah kereta 'Toyota'' berhenti dedepan 'stall' burger kami ^_^ teringat kisah dulu sewaktu menjadi 'planner' , ALLAH sahaja tahu rasa rindu itu, namun hamba ALLAH yang berhenti dihadapan 'stall' kami tanpa keluar dari kereta, order sejumlah 2 biji burger special, dan memberikan kami wang sejumlah Rm100, Lalu aku sinis berkata maaf tiada ''duit pecah' , lalu dia hanya berkata , lain kali mahu niaga sediakan duit banyak-banyak, aku melirik senyum ^_^ sambil berkata tidak mengapa saya belanja, lain kali nak 'burger free'' 
datanglah gerai kami , sinis kata-kata dari aku...


Diatas dunia ini semuanya sementara, mungkin nampak gah kamu diatas dunia, cuba kamu selami hidup kamu, apa yang semakin menghampiri kamu? Jawapannya usia, harta yang banyak jika tiada berzakat maka tiada juga penyucian dalam berharta, sekaya mana kamu nanti kain kafan sama sahaja seperti yang lain, sama juga duduknya di 7 kaki bumi, apa guna banyak harta? Tetapi tidak berbakti kepada orang tua? ada juga yang berharta tidak pula cuba berkongsi rezeki pada 
mereka yang memerlukan diluar sana?  ^_^


IN SHA ALLAH , selagi bonda tersenyum melihat aku, sudah cukup bahagia buat diriku, kalaupun mereka berkata aku ''anak emak'' duduk bawah ketiak bonda, mungkin hanya beberapa bulan ini, hakikatnya aku selalu 'merantau' diketika belajar, juga dikala bekerja , cumanya aku sedang menghabiskan sisa masa sebelum tanggal 29 disember, akak bakal bernikah, dan selepas itu aku akan kembali merantau, mencari sezarah pengalaman sambil memperbaiki iman...


Mungkin bila tiada aku nanti, bonda kembali tidak ingin minum susu lagi , tiada pula yang akan mengurut kakinya sebelum tidur , dan mungkin aku akan kembali pergi jauh seperti dulu ^_^


Aku harus cermin diriku andai aku suka, aku harus tahu andai aku cuba selami makna cinta, aku bukan lelaki yang bernasib baik ^_^ aku perlu usaha menggunung lagi untuk menambah baikkan hidupku, ALLAH pun tahu siapa aku.. nuraniku, juga berseginya perasaanku ^_^


Wahai kau cinta, tidak perlu kenal aku, tidak perlu setia menungguku, aku sendiri tidak tahu 'jodoh' adakah menjadi milikku, aku cukup bermuhasabah mengenal rata-rata kekuranganku, mungkin boleh aku suka namun tidak pula akan tersemai cinta ^_^ 
selagi fitrah hidupku belum 
sempurna baik lupakan sahaja niat berumah tangga...



kata bonda : 

" lagi beberapa tahun bonda akan mencapai usia 70 tahun, sempatkah bonda melihat abang ude bernikah? punya anak? "

balasku : 

" Abang ude tidak berjanji akan bernikah diketika ini, namun Abang ude akan selalu ada untuk bonda, sampai bila-bila pun in sha ALLAH ^_^



When you pray, sometimes Allah doesn't answer quickly, but don't worry, because delay doesn't mean denied.  

It's not what you look at that matters, it's what you see. Allahuakhbar !!

I didn't change, I just grew up. I learned what's best for me. If I have to lose people to get where I need to be, then I'm okay with that.  Allahuakhbar....

Allah knows you are tired, Allah knows you are upset. 
And also, You should know that, Allah won't put you in a situation you can't handle.  Allahurobbi...








Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥