Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Sunday, November 10, 2013

: Belahan Hatiku ^_^ :






Have you ever been so sad that you can’t even cry you just sit there and think about how sad you are.
 Allahuakhbar , 
may Allah always with me ^_^


I think a lot, but I never say much. ^_^


Tiada siapa tahu nukilan hatiku ini buat siapa, sungguh walau apa dilalui aku, walau apa sahaja masyarakat melabel siapa aku , belum tentu mereka bisa membuat konklusi menterjemahkan segala segi perasaanku.

kadang kala disaat selalu aku positifkan diri, bersangka baik dengan segala hal yang menimpa diriku, tiada siapa cuba selami disebalik kata tersirat memenjara rasa yang ada, memang aku lelaki yang banyak berahsia, malah ramai juga kata aku misteri di alam maya ini..


" Tengok Wajah Bonda Kala Tidur Berlinang Airmata  Arwah abah Pernah Kata, Jangan Benarkan Dia Tahu Kita susah , Sebab Dia Selalu Hidup Susah Masa Dia Kecil, 
Jangan Bebankan Hati Dia, Di Hati Lelaki ini Allah Sahaja tahu  "


aku minta maaf bonda, sungguh banyak aku menipu dirimu, kau bonda yang sangat jujur dan polos, aku selalu membina 'dunia' lain , supaya tidak kau ketahui perihal sedihku, aku berjanji tidak akan bebani rasa sakit ini, difikiranmu disisa masa tua ini, aku ingin kau terus tersenyum walau sebenarnya aku sedang mengalami kejatuhan, kejatuhan di aras paling bawah..

aku tidak bijak berkawan, aku belum bisa memilih kalam kata sahabat, aku masih diawangan perasaan, dunia yang aku bina dihati kamu sungguh berbeza, sebaliknya mereka diluar sana selalu mempermainkan aku, selalu menipu aku, selalu membuat aku sedih duka dan pilu..

disaat aku mula 'percaya' pada seseorang, disaat aku cuba kongsi segalanya tentang masalah, disaat itu mereka tiada semai ihsan sanggup menipu mendahulukan 'nafsu' yang berkala sedang lelaki yang polos ini 'percaya' dan masih menganggap tiada apa-apa. Walhal duka sedang menjerat rasa, airmata jatuh tanpa sedar walau sedang berduka..


mungkin sebab itu juga aku belum bisa galas 'komitment' untuk yang lain, dunia dan rencah hidupku masih dalam 'sakit' , setiap jalan-jalan pedih membuat aku kembali berpaling, kekurangan yang ada merencatkan aku untuk 'suka' mungkin belum masanya lagi menyemai 'cinta' , disaat aku istiqomah berjalan ke masjid, disaat itu juga mereka mencela aku ^_^

di tanya dengan lagak kias sambil sengaja menguji erti sabar ?

lama dekat kampung? kau tak kerja lagi? kau bukan kerja dekat syarikat itu ke? bukan kau ke JEPUN ke? bukan kau tahun ini konvo ke ?


setiap pertanyaan sinis, dibalas aku dengan senyum, berat hati untuk bercerita kalam sedih itu ^_^ cuma terkadang aku senyum sambil berkata, 'cuti' jaga mak , insha-ALLAH nanti saya kembali ke sana, mungkin lepas akak bernikah ^_^, sambil lari dari suasana yang penuh tanda tanya, ya robbi siapa tahu hati ini, walau nampak gagah, bila terusik akan membekas juga, aku sedih cuma aku tidak bijak berkongsi rasa, hanya nukilan dapat meleraikan segala rasa ^_^
tidak pernah aku mencuri masa yang ada untuk membuang masa..

Rutin harianku sedari pagi akan membuka mata
 seawal pagi tanpa tidur lena,
membasuh muka memakai kain pelikat jalan kaki ke surau untuk melaungkan azan, selesai solat subuh biasanya aku akan ke pasar untuk membeli ikan, jika tidak akan ke kebun , mengemas kebun buah yang selalu dihuni haiwan perosak, subhanallah siapa kata 'penganggur' tiada kerja berfaedah ^_^ setiap kali azan 'lelaki' ini akan menjadi orang pertama yang mengimarahkan rumah ALLAH. Kadang kala aku mengambil upah mesin rumput sekitar kampung, ramai terkejut masa depan yang seakan gah dulu kini bagai kelam, ramai juga mereka mencaci maki aku, aku tidak mengambil duit upah kala membersihkan surau, juga tanah perkuburan, kerja aku dulu memang selalu punya wang, bukan seperti kerja sekarang, aku 'selesa' begini, tidak lagi dihujani 'fitnah' yang selalu membuat aku sedih. Tiada siapa tahu kisah aku kala dulu, sambil setia menanti keajaiban dalam hidupku.

Dalam puluhan temuduga yang dihadiri , satu pun belum melekat ^_^ mungkin pertanyaan aku 'tentang solat' memenjara pemikiran mereka, walau aku tidak meletakkan 'piawaian' gaji yang banyk , asal ada ruang masa untuk solat jummat juga solat-solat biasa ^_^ 
'quality assurance engineering' adalah kerja-kerja yang menjurus kepada bahagian industri , bukan 'mudah' nak buat masyarakat faham keadaanku.



Selagi aku belum bekerja tetap selagi itu mereka memandang sinis aku,
mana ada manusia berani duduk semeja bertanya, mereka lebih suka menghukum tanpa tanya apa berlaku?, disebalik senyum ini punya sejuta rasa yang ALLAH sahaja tahu.. AKU perlu bangkit , aku perlu sokongan bukan cacian, bukan umpatan , kalaupun seorang lelaki harus gagah, dia juga ada sekeping hati yang rawan perlu disokong supaya selalu kuat ^_^


Belahan hati selalu dalam sakit , mana ada 'mereka' selami hatiku, tahu setiap inci niatku, isipadu sekeping hati yang selalu dalam positif cuma hari ini, aku terpanggil untuk menulis , aku sedang dalam ketidakseimbangan iman, kanan duri kiri lagikan berduri, penat mendengar tomahan dunia, hanya ALLAH sahaja tahu dan kenal siapa aku..


seronok jual burger , kerja pertama yang aku 'pernah'  lakukan ketika habis SPM dulu , kini kembali aku menjual burger berhampiran masjid, aku pernah ke jepun , india, kemboja, untuk mencari 'ketenangan' mencari sesudut keimanan, namun aku kembali ke tanah air, dengan segunung harapan, terkadang kala punya semua, kita lupa tanggungjawab kita dalam beragama, terkadang ketika punya segala kita tiada sesudut masa buat pencipta, bila ALLAH terik semua 
baru kita tahu ALLAH maha kuasa ^_^

cetusan hati seorang lelaki akan berhikayat, selagi ALLAH mengizinkan aku menulis, semoga sahabat semua menjadikan cereka dunia seorang lelaki ini pedoman , ingat 'bukan semua' lelaki biasa walau tidak berkopiah, tidak berserban dia tidak tahu agama ^_^ cuma mungkin dia belum cukup istiqomah untuk terus memegang sunnah rasulullah, mungkin dia belum cukup baik ^_^ bersangkalah baik...

dikala kau dapat belajar di universiti belum tentu kau boleh tamatkan hidup dengan kejayaan , walau seseorang itu tidak belajar tinggi belum tentu juga dia seorang yang gagal , ALLAH yang maha hebat, dia rencanakan bait-bait masa depan , DIA lebih tahu dari kita ^_^ kita harus hormati sesiapa sahaja, kita sendiri tidak 
tahu pengakhiran hidup kita bagaimana...


andai aku tidak berjodoh , aku redha asal tanggungjawab menjaga bonda, di dahulukan setiap masa ^_^ aku sudah tidak memikirkan masa depan duniaku, dikala aku bangkit dikala itu cubaan datang menggunung, aku rindu akan kerja dulu sebenarnya.. kala itu ramai 'orang' mencuba mencuri hatiku untuk dijadikan menantu, tapi mungkin ada hikmah disebalik semuanya yang berlaku ^_^ kerja jual burger seronok juga , walau dihina dipandang sinis , biarlah asal 'azan' berkumandang aku lekas ke masjid , jual burger ketika habis solat isyak , untuk 'suka-suka' sebenarnya, mujur ada seorang hamba ALLAH yang banyak tolong aku..

insha-ALLAH coretan hati ini akan selalu diukir.. hari demi hari... aku mungkin akan kembali berhijrah, setibanya semuanya selesai.. aku bakal mewalikan akak sulungku bernikah pada akhir bulan disember nanti.. bila semuanya selesai, aku akan kembali seperti dulu merantau untuk pergi menjauh lagi insha-ALLAH..semoga ALLAH redha...



Whatever good things you do, some people will always have something negative to say... 
Be yourself no matter what they say ^_^

Keep going, Keep believing, Keep hoping, 
Because Allah has a bright future in store for you.  ^_^


" Mungkin Terngadah , Ditinggalkan , Dikecewakan adalah salah satu rasa sakit hati  tapi Itulah salah satu cara untuk kita bangkit dan bangun menjadi lebih baik, cinta indah jika kita bahagia namun lebih indah jika kita tahu apa kuasa cinta yang bakal merubah kita  "

Moga Allah Redha 













Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

2 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Unknown said...

(^_-)

Unknown said...

kenapa pyh nk jadi anak seperti anda???

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥