Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Sunday, November 3, 2013

: Cerita Hijrah ^_^ :






Nothing in this life is easy. Don't expect things to be given to you; you have to go out and get it. 

Trust your own instinct. Your mistakes might as well be your own, instead of someone else's. 
 insha-Allah taala 


ada sebab kenapa aku merendah diri ^_^ bukan bermakna aku lelaki paling jahil , bukan bererti aku tidak bersyukur , bukan juga bermaksud aku menyembunyikan ilmuku , cuma semakin aku kenal pertambahan ilmu makin aku tahu aku selalu kekurangan seribu ^_^

mereka menyapa aku dengan ucapan salam , katanya 'berkain pelikat' berbaju NIKE, jangan duduk saf hadapan, bagi kami yang berserban dan berjubah memenuhi saf dihadapan sambil menarik aku ke belakang, Subhanallah terkesima aku dengan kata sinis "orang tua" itu...

aku senyum melirik mesra memberi ruang tanda hormat pada  mereka ,padahal ibadat tidak kenal usia, pakaian belum cukup mencermin konsistency iman, terkedu aku pabila berhenti di sebuah masjid niat iqtikaf dengan orang-orang yang selalu membina 'jarak' kala cuba mendekatkan diri dengan ALLAH, kata mereka orang muda 'mentah', imam tua itu salah membaca al-fatihah, bisik hatiku ingin menegur sesudah solat nanti, namun tatkala aku cuba dekatkan diri pada imam kala habis solat dia seolah-olah kalut dan memohon diri kerana katanya ada kerja dunia yang ingin diselesaikan, 

aku hanya dapat berbisik di hati kecil tentang pengetahuanku ^_^


 kala dia membaca surah al-fatihah, kata hati kecilku :


" dalam surah al-fatihah andai salah baca boleh sahaja menyeru 7 ekor syaitan ^_^ dan dalam al-fatihah juga ada penawar syifa' , ada juga racun tanpa sedar ^_^ aku cuma ingin menunjukkan kekhilafannya..sungguh 'mati' niatku disitu..."



Di Satu sudut lain, ada seorang tua yang baru selesai solat sunat ba'diah,
Si tua yang pada awalnya menarik bahuku kala memenuhi saf hadapan..
dengan penuh hormat aku memberi salam , dan cuba menyusun kata untuk menasihati dirinya... niatku cuma ingin berkongsi ilmuku..mungkin juga ada yang kurang padaku..mungkin dia juga lebih tahu ^_^

" assalamualaikum, pakcik boleh saya tegur pakcik, ada benda yang pakcik salah tadi , dan saya terpanggil untuk kongsi ilmu untuk pakcik ^_^ "

si tua itu mula mencela aku , katanya:



" siapa kau nak tegur aku , umur baru setahun jagung!!"

 disudut masjid itu hanya ada aku juga pakcik itu bersaksikan ALLAH.

aku memulakan mukadimah nasihat dengan cara paling beradab,

"maafkan saya pakcik saya cuma nak pakcik dengar
 sekejap pun jadilah ^_^ "

dia terdiam sambil cuba memberi peluang pada aku ...dengan memulakan hujah dengan sepotong hadis.. yang berbunyi...



Sebaik-baik saf orang lelaki ialah yang pertamanya dan yang paling buruk ialah yang terakhir, dan saf wanita yang terbaik ialah yang terakhirnya dan yang paling buruk ialah yang paling hadapan.

(Hadis riwayaat Abu Daud, At-Tirmidzi).

aku berseloroh lagi, bagi  menambah lagi hujahku... 


Ini ada satu kisah bagaimana Nabi SAW mendidik sahabat dalam mengerjakan solat berjemaah. 

Daripada Saed Al-Khudry R.A. bahawa Rasulullah SAW mendapati ada di kalangan sahabatnya melambat-lambatkan diri mereka untuk menyertai saf pertama, lantas Baginda SAW mengingatkan mereka: 

Ke hadapanlah kamu dan sempurnakanlah (saf) bersama denganku, akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan ke belakang (meninggalkan saf yang pertama) sehingga Allah akhirnya memasukkannya ke dalam neraka. (hadis riwayat Muslim). Perhatikan baik-baik akan sabda Nabi SAW itu akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan meninggalkan saf yang pertama. 
Mungkin kitalah kaum yang dikatakan Nabi SAW itu? Fikir dan renungkanlah. 

Dalam sebuah hadis lain Nabi SAW ada mengatakan: 

Hadirilah solat Jumaat, dan hampirilah imam kerana sesungguhnya seorang lelaki itu akan berterusan menjauhkan sehingga ia akan dilambatkan daripada memasuki syurga walaupun ia memasukinya.

 (Hadis riwayat Imam Ahmad). 

Sewajarnya pesanan Nabi SAW itu menjadi pedoman buat kita supaya tidak membiarkan diri memilih saf belakang untuk bersolat jemaah di masjid. Jangan biarkan diri kita berasa selesa dan seronok bersolat di saf belakang, sebaliknya mulalah memilih dan segera mara ke saf paling depan dan hampir dengan imam. 

Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa solat berjemaah yang berkualiti ialah solat seseorang yang di saf paling hadapan. Inilah golongan yang didoakan malaikat dan mendapat jaminan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah, sinis dariku pakcik itu mula tersenyum dipelawa aku datang rumah. Sungguh aku orang baru dikawasan itu, 
aku berjaya menyentuh hatinya....

Namun demikian dia mula bertanyakan soalan tentang penampilanku,
katanya kenapa tak pakai jubah? serban? kenapa tak jadi ustaz?

aku senyum melirik mesra, sungguh terusik hatiku,  kata-kata itu selalu menjadi persoalan, bukan hanya pakcik itu malah, sahabat-sahabatku yang baru cuba mengenaliku...

" balas sinisku , saya bukan lelaki baik-baik , 
masih lagi belajar agama ^_^ 

namun balas pakcik itu : " kau nampak macam banyak tahu , cuma kau tidak cuba untuk berhijrah , 'istiqomah' akan perubahan ^_^

aku meminta diri pada pakcik tersebut sambil , meninggalkan suasana itu dengan linangan airmata tanpa sedar ^_^ sungguh andai dia kenal aku , dia tidak akan tanya soalan itu, aku menghidupkan enjin motor meninggalkan daerah itu , untuk kembali ke tempat asalku....

 kisah silamku juga bukan wahan terindah untuk membuktikan kebaikanku pada mereka ^_^ aku pernah 'derhaka' pada arwah abah, dia juga ingin aku jadi seperti , moyangku 'ustaz' sekolah pondok, menulis karya kitab yang masih digunapakai pelajar agama hingga kini, punya pakcik imam di sebuah masjid besar sekitar sini ^_^ namun aku bukan seperti mereka, iman juga tidakku warisi , mereka hebat sedang aku selalu dalam cela , aku seorang anak yang tidak penuhi segala hajatnya ^_^

kala abah cuba lelapkan mata, aku juga tiada untuk melafaz syahadah bersama, sungguh aku bukan lelaki baik-baik...

kalaupun aku 'tahu' agama, belum tentu aku istiqomah akan berubah, namun aku masih menyemai rasa, jika bernikah nanti aku ingin berubah ke arah lebih baik lagi , segala amalanku, pergi dan balik ke masjid, biar dalam keadaan paling sinis sekalipun dibuai kata mereka di luar sana.. aku hormat mereka berjubah, berserban, berniqob, berpurdah dan berhijab.. namun aku masih 'cuba' bercermin mengukur tahap konsistency imanku..
biar ALLAH sahaja tahu nuraniku...


aku ingin mereka tahu, kala aku menyanyi suka-suka di 'youtube', kala aku menghabiskan sisa masa berkarya tanpa jemu, bukan bermakna aku suka menonjolkan siapa aku, aku lelaki pemalu, aku 'berjanji' akan selalu menjadi 'misteri' tanpa siapapun kenal aku..

kalaupun ada yang terusik hati, aku mendoakan dia akan selalu dalam istiqomah perubahan jangan jadi sepertiku...

moga bertemu lelaki yang lebih baik dariku,
 kerna aku bukan untukmu ^_^

aku adalah lelaki yang sama, seperti mereka diluar sana, cuma aku tidak merokok, tidak menjual harga cinta , tiada pesona pada rupa, tiada apa dikanan kiriku, boleh sahaja 'suka' namun jangan sampai cinta, nanti andai kau tahu siapa aku , mungkin kau akan menyesal dikemudian hari nanti, aku berharap semoga mereka mendoakan kesejahteraanku, selalu istiqomah menjaga bondaku...sampai bila-bilapun ^_^

terima kasih sudi menjengah nukilan hati ini berkali-kali ^_^ 
MOGA ALLAH REDHA ^_^


The difference between "like" "love" and "in love" is the same as the difference between "for now" "for a while" and "forever". 

# Single doesn't mean you don't know anything about love, it just means you know enough to wait for it.  ALLAHUAKHBAR !!







Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥