Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Wednesday, October 30, 2013

: Nukilan hati Buat KAMU ^_^ :





        
Stop searching for the right person. Just look for a good catcher. 
The one who could catch your heart when it starts falling.  


Don't rush on anything. When the time is right, it'll happen. 
 insha-Allah..


andaipun hatiku dicuri ketika ini, biar sahaja ALLAH yang tahu, walaupun jiwaku dirantai rindu hari ini , biar ALLAH sahaja yang tahu, bila dia sudah mula menjadi tajuk dalam taman hati biar ALLAH juga yang tahu ^_^

kerana aku hanya berusaha menjadi 'seseorang' yang selalu dalam ingatannya, tanpa aku tahu dia punyakah 'rasa' sepertiku?

usiaku makin melalui kelam masa, sungguh monolog demi monolog yang dirangka aku selalu punya tanda tanya, kata mereka untuk siapa aku menulis? kata mereka tidak penatkah aku merungkai rasa dan perasaan, bisik hati kecilku , 'hanya penulisan sahaja bisa mewakilkan perasaan'.

aku pernah merancang ingin bertunang pada awal tahun hadapan ^_^ namun demikian aku 'harus'  melupakan hasratku untuk bertunang ,  menangguhkan rasa itu untuk kedua dan ketiga kalinya, kerana masa depanku kala ini dihujani seribu tomah dan liku dugaan..

aku yakin , ALLAH sedang menguji sezarah imanku , sehasta rasa sabar disemai dalam-dalam berharap ALLAH kekalkan rasa itu dalam bentuk istiqomah, semoga terus kekal iqtikaf di jiwaku berkawan rapat dengan imanku , sungguh aku masih setia disitu...

setia dengan apa sahaja 'fitnah' dan nista manusia yang menjerat langkahan masa depanku, belajar dari bawah semula agar tidak salah memilih 'kawan' lagi , cukuplah 'kawan' yang aku kenali sejak dari kecil menjadi pendengar setia juga penghibur kala duka.. 

petua aku memekakkan telinga dari segala tomahan jiran tetangga adalah dengan selalu habiskan sisa masa disurau, dikebun dan dengan menyibukkan diri bermasyarakat, mengambil upah mesin rumput , mengajar anak-anak jiran mengaji al-qur'an dan selalu duduk melekat di rumah , menulis cereka indah di lama blog usangku ini ^_^

ada diantara 'makcik' yang ingin bermenantukan aku kala dulu sudah mula melupakan hajat mereka, kerana aku selalu punya jawapan sinis yang memenjara niat mereka ^_^ selalunya mereka memuji aku melangit, kala aku memasak , menemani bonda ke majlis walimatulurus dan banyak lagi, sisa masaku dihabiskan dengan bonda, terkadang kala 'makcik' itu cuba membuka kalam cerita, aku berhujah penuh bermadah: 

kataku " saya belum lagi dalam hukum, wajib, dan harus bernikah? apakan lagi sunat? lalu terkesima makcik tersebut..

sambil bertanya kepadaku, kenapa kamu berkata begitu ?

aku membalas lagi , " kerja saya sekarang tak macam dulu tak menentu, dulu saya kerja dekat Jepun memang ramai nak saya, sekarang cukuplah bermuhasabah dalam-dalam, saya kerja tak tetap, insha-ALLAH lepas kak-long bernikah saya akan merantau semula , dan kali ini mungkin jauh lagi , sambil tersenyum melirik rasa.

ada sampai , seorang makcik memujiku katanya , setia betul kau jaga mak kau, duduk rumah sahaja? tak bosan ke?

tersenyum aku , " tanggungjawab tetap tanggungjawab makcik, kalaupun tiada jodoh didunia, disyurga ALLAH masih banyak calonnya, insha-ALLAH andai ada jodoh hari ini, hari ini juga saya bernikah makcik saya jemput jadi 'flowers girl" sambil aku dicubit mesra oleh bonda, aku memang nakal dan suka menyakat ^_^ siapa tak risau dengan masa depan, cukuplah aku mencorak rasa di atas angin berharap, kehidupanku akan lebih indah selepas ini , aku yakin dengan ALLAH.

Aku akan setia jika bercinta, aku akan setia merindu pada dia yang benar untukku, tapi aku harus belajar bercermin diri, sungguhnpun hatiku selalu harum mewangi belum ada yang singgah dihati untuk menjadi hakiki..

kata cikgu dulu, jangan bercinta masa belajar tunggu dalam universiti nanti ramai calon ^_^ bila belajar dalam universiti orang yang kita suka sudah lama bercinta sejak dari sekolah/matrik pula, jadi kita kena tangguh lagi rasa, ada pula lelaki alim itu jumpa seorang Hawa TERUS diajak nikah sampaikan tidak habis pengajian kerana isterinya sudah sarat mengandung pula ^_^ dunia , terlukis indah atas sejumlah warna, kita laluinya biar berpaksi pada al-qur'an dan sunnah rasullullah..

seronok hidup ini, semakin penuh dugaan dan cabaran , semakin kita menunggu apakah yang bakal terjadi pada hari berikutnya ^_^ hari ini kalaupun aku bercinta, biarlah ALLAH sahaja yang tahu tidak aku huraikan rasa di laman sosial menjual perhubungan tanpa akad juga penuh tanda tanya ^_^ kalau aku suka, aku akan khabarkan pada kamu beri 'hint' mungkin kamu akan tunggu aku, dan mungkin kamu akan penat melayan lelaki 'arrogant' ini, aku bukan tak mahu kamu, cuma aku tidak sanggup melukai hatimu ^_^ aku cuma nak jadi halal untuk kamu selebihnya biar ALLAH SAHAJA YANG TAHU..


sungguh aku tidak tahu kalam masa depanku, sungguh aku sangat takut tentang pengakhiran hidupku, sungguh aku juga ingin menjadi halal buat si Hawa, NAMUN aku juga harus terngadah, aku harus selalu beringat yang hidup ini bukan meratap untuk  jodoh dengan lama, sebaliknya bersiap sedialah dengan mati yang selalu menjengah kita ^_^


Forget what hurt you in the past but never forget what it taught you.
Everybody deserves second chances, but not for the same mistakes

       Ya Allah, help me to never be afraid to pray for the impossible.   

Allah has a plan. A plan far greater than you can imagine. Stop worrying, stop stressing, and trust Him!

Paradise is not a place for those who are afraid of hell, it’s a place for those who love Allah.

All those who are going through financial troubles and other hardships. This is the time when you can develop the real love for Allah. ALLAHUAKHBAR !!
                                                                          


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥