Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, October 21, 2013

: Mengintai dari Tirai iman ^_^ :






Sometimes people put up walls, not to keep others out, but to see who cares enough to break them down. 





if you judge people, you have no time to love them.  think positive , ' Husnuzhon ' Allahuakhbar !!







" Cinta akan melumpuhkan pesona Hawa lain dari pandangan mata, setia akan selalu bersama pada mereka yang istiqomah dan berharap pada redha Allah yang esa, Sebab itu aku menterjemahkan rasa hanya untuk satu hati, satu gadis, kerana aku takut aku tak bisa istiqomah pada satu hati yang Allah beri , cumanya aku ingin dia tahu dalam ratusan kawan lelaki yang aku ada, aku cuma ada dia sebagai kawan perempuanku, kekasihku, isteriku juga peneman duka laraku  insha-Allah dia akan ada nanti " 

# Sabarlah tapis dulu sepah perasaan, gadis itu tidak boleh disearching seperti bluetooth, namun kita akan connect dia melalui nikah , Allahuakhbar 
  

sikap polosku mula diperkotak-katikkan masyarakat , mungkin lama juga aku tinggal di kampung , akan tetapi jika aku kembali jauh merantau semula hati akan selalu resah gelisah, aku bakal meninggalkan bonda seorang diri , walau kala ini dia diminta mengasuh seorang bayi lelaki sebagai peneman laranya , anak kepada Akak Rusni , anak angkat bondaku , nama bayi itu adalah " Muhammad Haziq Amni ", rupa Haziq hampir seakan-akan "chinese boy " melihat Haziq hatiku terusik , memang benar aku amat suka akan seorang bayi juga anak kecil , siapa kata lelaki tiada perasaan belas, sebaliknya hatiku terusik , kala melihat "budak kecil" bagai dianyam rasa kasih  setiap masa..

tahniah buat sahabat-sahabatku yang telah menamatkan zaman bujang mereka masing-masing ^_^  kata mereka usiaku muda, namun aku senyum melirik rasa, muda atau tua seseorang belum tentu jahil tanpa sebarang benak ilmu didada, walaupun usianya seribu tahun belum juga tentu dia tahu apa itu taqwa, yang ada didasar hati , bila mana melihat akhbar cerita "si tua berusia 71 tahun bernikah dengan anak dara sebayaku ", aku tersenyum  ^_^ nampak ,
jodoh dan rancangan ALLAH siapa sahaja tahu? 
Semakin dalam rahsia semakin seronok menjejakinya setiap masa...


aku berpaksi pada segenap rasa dari sekeping hati , hari ini hidupku susah , jadi aku tidak mahu berkongsi pada siapapun , hari ini aku lelah aku tidak mahu sesiapapun prihatin  sihat dan sakitku , aku akan cuba merangka masa depan, walau kala itu tiada siapapun menjengah sekeping hati lara ini , cukuplah menyemai cinta yang dalam dulu ^_^ andaipun lama "kenal" belum tentu jodoh kita , kendatipun baru kenal belum tahu dia bukan milik kita , ALLAH maha besar , kita hanya sekecil zarah dari segela kehebatannya, jangan kau ukir rasa suka kalau belum tentu pengakhiran rasa, jangan bisik rasa rindu andai kau 
tidak tahu dimana lahirnya rindu itu ^_^

papa dan miskinnya aku didunia hingga aku berlari jauh dari pesona dunia yang ada, aku memang lelaki pemalu bukan tidak berani berjanji untuk menikahi, sedang diri serba serbi kurangnya lagi , pernah aku memahat aksara harapan pada seseorang namun cetakan rasa harusku hapus kerna aku sendiri takut dengan masa depanku yang masih mencuka ini ^_^ MUNGKIN belum saatnya manis hingga kini.. aku penjual burger berkopiah, setia menunggu pelanggan selepas isyak , sambil itu aku berniaga kecil-kecilan,

 orang ramai selalu akan bertanya , bukan dulu awak ke jepun dan bekerja disana?


bukan dulu awak kerja di Syarikat yang gah di Malaysia itu?

balasku : " hidup ini ada masa kita diatas ada masa kita dibawah, kisah dulu sudah menjadi sejarah ^_^ kalaupun disana belum tentu hati senang, siapa nak jenguk bonda yang lelah setiap hari? siapa pula nak tahu sakit perit yang dilalui bonda tanpa aku disisinya? biarlah aku disini sekurang-kurangnya hatiku tidak gelisah, berjarak dengan bonda..
( padahal realiti cerita sebenar hanya aku yang tahu )



aku harus cermin diri , biarpun mereka jauh sekali 
ingin berhusnuzhon ( sangka baik ) denganku , positif yang semakin menebal bisa sahaja luntur bila-bila masa, banyak kurangnya aku, BANYAK nistanya aku , banyak khilaf yang selalu dilukis aku , Hawa itu tidak perlu mengintai siapa aku, aku lelaki yang penuh dosa dunia, kalaupun aku suka , akan aku semai dalam-dalam semoga selalu dalam redha ALLAH yang esa.


" aku belajar 'rasa' hormat melihat dia berniqob , berhijab juga berpurdah sejak dari kecil , aku pernah terniat untuk menjadi raga peneman sepi antara mereka ,namun aku belum layak menjadi 'seseorang' yang diilhamkan mereka ^_^ "

sewaktu bersekolah agama dulu , ustazah selalu menyebut ciri-ciri lelaki soleh, idaman wanita solehah, ustazah juga berkata pada 'Hawa' Sekelasku ciri-ciri lelaki yang layak dijadikan suami :)
aku terkesima mengintai kenangan dulu, sekarang 'jauh' rasanya aku seperti dulu :) sejak aku kenal , hiburan juga muzik ^_^

namun demikian aku belum lagi mencemar terunaku pada yang belum hak, belum lagi menyentuh minuman 'syurga' dunia, untuk aku lebih berjarak dengan ALLAH, aku masih ada iman , setia di sudut hati , penampilanku belum dalam istiqomah tetapi insha-ALLAH satu hari nanti aku akan berubah menjadi seperti dulu ^_^ namun izinkan aku mencari kedamaian hati, mungkin aku belum layak masuk ke syurga tuhanku :) ALLAHUAKHBAR...


sebelum memahat suka, eloklah bercermin diri , sebelum mengukir janji lihatlah kekurangan dikanan kiri, lantai muhasabah masih dipijak hingga  berjejak,  belum tentu hujan bisa menghapus semuanya, pemalu tidak salah jadi salah bila malu tidak kena tempat , aku malu pada ALLAH, aku masih belajar agama ^_^ kata mereka keturunanku alim ulama, namun mereka tidak tahu yang alim itu , arwah abahku , yang penuh ilmu agama datuk moyangku , dan bukan aku...

iman tidak boleh diwarisi , namun akhlak yang baik masih boleh dicontohi.. aku bermonolog semoga segala rasa terhurai sama, aku penat memendam rasa hanya nukilan sahaja mampu menjernihkan hati yang lara ^_^ maafkan segala kekurangku, aku menulis bukan untuk nama, juga wang , cukup sahaja sekadar ingatan menjadi pedoman bersama , semoga ALLAH redha ^_^



Sometimes, life gives you a second chance because just maybe the first time you weren't ready.  

# Never let the sadness of your past and the fear of your future ruin the happiness of your present. 







                                                        


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥