Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Thursday, October 10, 2013

: Bukan Semua Mereka Tahu ^_^ :


Menunggu saat rebah, menanti saat tabah  bukan pesona memenjara hati tapi iman tertunduk kala mendekati, biar aku mengemis kasihmu , biar seribu luka bakal ditomahmu , izinkan aku setia disini tanpa ragu tanpa juga jemu 

" aku bukan menjaja "rasa" sebagai jalan mencuri hati si gadis, aku cuma menulis isi hati nurani, biar menyentuh qalbu yang lain, walau tidak kenali aku , cukup sahaja kau tertunduk malu, penulisan ini tidak mendamba 'keuntungan dunia" sebaliknya hanya untuk melunaskan rasa "

ada seorang hamba ALLAH , sangat kagum dengan segala apa yang diceritakan aku , dipuji melangit aku , padahal aku serba serbi kurangnya, bukan dikala berdepan punya cela, namun sezarah apa padaku semuanya pinjaman semata-mata , Alhamdulillah ALLAH mencipta aku dengan sempurna walau tiada pesona pada rupa.

maafkan aku ,andai aku menulis  jerih perih melalui saki baki hidupku ini, memang aku belum bernikah diusia ini, memang benar aku belum punya kemegahan dunia yang mereka gilai, sedang aku pun masih takut dengan masa depanku ini, ramai bertanya hebat sungguh adik kamu dia punya semuanya....dia kacak, tinggi, berkereta, petah berkata-kata, dan selalu menjadi perhatian gadis, sedang kau cukup selekeh tanpa mudah mendekati, selalu malu dengan seinci pekerti , hanya mempunyai motor kesana kemari..

balasku, hari ini ramai mencela aku, aku memang belum punya "pekerjaan" yang gah, malah aku pun bukan lelaki yang punya segulung diploma mahupun ijazah seperti adikku, tapi aku suka dengan caraku, tidak aku menjual 'aksara perasaan" menukilkan aku gah dan hebat, sedang aku cuma insan yang punya kanan dan kiri kurangnya, yang utama dan terutama , aku menjaga kebajikan bondaku diusia 65 tahun itu. Aku menemaninya disetiap hari , aku meninggalkan segalanya kepunyaanku, aku hanya ingin menepati janjiku pada arwah abah, walau sesusah mana aku, aku tetap setia untuk bonda sampai bila pun...

Bonda, si tua itu, dia selalu menjadi bahan jenaka sanak saudara, dia seorang yang tidak pernah bersekolah sedari kecil lagi, dia punya penyakit 'lelah' yang selalu memenjara dirinya daripada berlari, dia buta huruf rumi dia tidak fasih menulis jawi, hatinya mudah tersentuh tanpa erti, dia sangat polos , jujur dan selalu dijadikan watak bahana ketawa oleh jiran tetangga, sebab itu aku harus selalu disisi, biar mereka tidak perlekehkan bondaku, akan tetapi si tua ini telah berjaya mendidik anak-anaknya hingga kesemuanya melanjutkan pengajian ke universiti walaupun aku salah seorang anaknya yang tidak habis pengajian, selalu menjadi  modal fitnah dan umpatan mereka diluar sana, sungguh aku lakukan semua ini demi bonda...

siapa aku untuk bercerita tentang 'cinta', siapa sahaja sudi jengah monolog hati ini, tiada siapa yang mahu dan sudi, mana wujud gadis yang mahukan lelaki susah hidupnya ini  ^_^ aku juga tidak pernah menjemput gadis yang singgah di sudut hati untuk kekal iqtikaf terus dalam hidup ini.. hari ini aku masih mencari kerja melalui temuduga demi temuduga, kisah hitam di syarikat lama , mematikan hasrat majikan lain untuk mengambil aku bekerja walau aku punya pengalaman  kerja yang bersusun banyaknya, aku masih berusaha sedaya upaya, memperkasa masa depanku, semoga selalu dalam restu dan doa bonda ^_^

tiada piawaian gadis anganku, dan tidak pula aku berkata si "cantik" sudikah kau menjadi ragaku?
aku lelaki pemalu, andai latar belakang dirinya berkelulusan tinggi walau cuba menyapaku, memang aku membuka langkah seribu nyah pergi dari hidupnya, kerna aku bercermin diri... aku percaya mereka akan mendapatkan lelaki yang sehasta lebih baik masa depannya berbanding aku yang selalu tertinggal jauh..

seperjalanan hidup lelaki penganggur ini, aku akan bingkas bangun seawal pagi untuk ke musolah melaungkan azan buat seluruh penduduk sekitar rumahku, sambil berjalan kaki, aku pernah dikejar anjing sewaktu pagi, seronok juga kerana dapat aku berjogging dikala sejuk menyelubungi diri...

kalau mereka ingin mencari aku, cukuplah cari disudut rumahku, juga carilah aku di setiap kali azan di surau berdekatan rumahku, namun bukan semua masyarakat senang denganku , genap 3 bulan aku tanpa kerja, ditomah seribu nista, racun tersemai duka dengar bisikan hina di halwa telinga, mereka tidak suka aku, walau masaku dihabiskan mencari kerja, selain daripada menumpukan masa disurau sambil mengimarahkan rumah ALLAH itu. Umpatan demi umpatan aku terima, sungguh besar impianku, aku tidak mahu menyentuh cinta selagi belum berjaya, namun hatiku juga selalu dipeluk sunyi dan sepi..

fitrah manusia ingin berpasangan...bukan?

ingin aku menoktahkan 'monolog hati' dipenggal ini, azan magrib sedang memecah hening sepi ayuh anak muda semua, kita mengimarahkan rumah ALLAH, walau anda belum bekerja, belum punya apa-apa, berbaktilah pada masyarakat dengan baik bicara, biarkan mereka berkata apapun..

kerna hanya ALLAH sahaja tahu siapa kita ^_^

Ask Allah to clean you inside and out. 
Repent daily and pray all throughout each day.


Allah maha besar  mungkin kekurangan yang ada tidak bisa mendamba sesiapa, tapi Allah selalu ada, dunia ini bukan meratap jodoh cagarnya tapi banyak lagi perkara harus difikirkan, biar sempurna segala sudut zahirku baru aku melafaz kata sakinah buatmu, Allahurobbi... 




Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥