Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, September 16, 2013

: Jangan Biarkan Istikharah Menjadi Fitnah ^_^ :



When you love someone, even though they hurt you and break your heart, you still love them with all the little pieces. 
#subahanallah..


"Aku yakin bahawa dia adalah jodohku."

Hampir semua orang pernah berfikiran sebegini. Kan?
Aku juga salah seorang. Tidak dinafikan.
Istikharah. Suatu amalan yang seringkali dikaitkan dengan jodoh. Padahal, istikharah tidak semestinya dilakukan untuk jodoh sahaja.
Jabir bin Abdullah menyatakan,
"Ada pun Rasulullah mengajarkan kami istikharah dalam melakukan sesuatu perkara sebagaimana nabi mengajarkan kami satu surah daripada Al Quran. Rasulullah menyatakan,

"Apabila kamu merancang sesuatu perkara, maka dia melakukan solat sunat dua rakaat."



(Hadith ini direkodkan daripada Bukhari)

Kita boleh istikharah dalam segala urusan. Tak semestinya soal jodoh.
Jadi, apa yang dimaksudkan dengan istikharah jadi fitnah?
Ada beberapa situasi yang boleh dijadikan contoh, hasil pembacaan aku daripada sebuah buku berkaitan pernikahan.
Lelaki A sudah bertunang dengan perempuan B. Malah, keluarga mereka juga saling mengenali dan sudah merancang bernikah dalam masa beberapa bulan sahaja. Jika difikirkan, sudah tidak ada masalah lagi dalam urusan. Segalanya dipermudahkan. Kemudian, suatu hari, si A melakukan istikharah lagi, untuk tujuan kepastian. Padahal, sebelum bertunang beliau sudah istikharah dan diberi ketenangan hati. Dipendekkan cerita, si A seakan-akan nampak wajah orang lain dalam mimpi. Kemudian, si A bertindak memutuskan pertunangan dengan si B kerana dikatakan mendapat 'petunjuk' daripada Allah.
Soalan yang mudah. Adakah kita ini wali, yang begitu mudah mendapat petunjuk melalui mimpi? Boleh jadi mimpi tersebut gangguan syaitan.
Soal istikharah, tidak semestinya dapat melalui mimpi. Antara 'petanda' bahawa si dia adalah jodoh kita, adalah dengan segala urusan dipermudahkan.
Istikharah dilakukan untuk mendapatkan keyakinan dan kepastian. Sebagai tanda mengagungkan Allah dalam membuat segala keputusan. Jika sudah yakin, teruskan. 
Jangan biar istikharah jadi fitnah!


Perlunya Usaha, Jangan Hanya Berdoa

"Aku hanya menunggu jodoh yang ditetapkan Allah di Luh Mahfuz. Kalau sudah jodoh, tak akan ke mana-mana."


Pernah dengar ungkapan sebegini?
Orang yang dilabel islamik selalunya berfikiran sedemikian.
Aku kurang bersetuju dengan ungkapan sebegitu. Seolah-olah bagai menunggu bulan jatuh ke riba! Tiada usaha!
Tak cukup hanya sekadar DT - Doa, Tawakal.
Perlu ada DUIT- Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal.
Adakah jodoh akan datang bergolek-golek dihadapan anda, kemudian anda terus bernikah? Tanpa ada usaha langsung?
'Come on'! Berpijak di bumi yang nyata!


Gunakan Pelbagai Method

(1) Gunakan orang tengah yang boleh dipercayai atau baitul muslim

Minta kenalan-kenalan yang kita percayai atau thiqah untuk mencarikan calon untuk kita. Seelok-eloknya yang sudah berkahwin. Tujuan kita menggunakan orang tengah adalah supaya kita lebih terjaga dalam perhubungan. Boleh juga serahkan kepada baitul muslim kerana mereka juga tahu apa yang sewajarnya dilakukan.
Risik seseorang yang kita minat. Ambil tahu bagaimana tingkah laku dan kelakuannya. Melalui orang tengah, kita dapat tahu baik atau buruk seseorang. Tanpa pengetahuan si dia. Jika kita terus berhubung dengannya, dikhuatiri kita hanya nampak kebaikannya sahaja. Seperti orang yang berpacaran, hanya nampak segalanya baik, kan?
Maka gunalah orang tengah, insyaAllah lebih terjaga.

(2) Selidik melalui media massa

FB. Twitter. Atau apa-apa sahaja medium. Selidik tingkah laku seseorang yang kita minat. Adakah dia menjaga ikhtilatnya dengan bukan mahram? Adakah dia menggunakan FB atau Twitter untuk perkara-perkara yang mendatangkan manfaat? Adakah dia suka 'upload' gambar-gambar yang dirasakan tak perlu untuk tontonan umum?
Jaga-jaga, mungkin anda sedang diperhatikan!
Namun bagi lelaki, harus diingat! Jaga pandangan mata. Jangan melihat gambar seorang wanita terlalu lama! 
Dikhuatiri menimbulkan nafsu syahwat pula.


"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

(Surah an-Nur ayat 30)


(3) Jumpa ibu bapa pasangan anda, jika anda sudah mempunyai calon

"Aku sudah lama bercouple dengannya. Takkan nak kena clash pula."

Kenapa nak kena 'clash'? Jika ikhlas dengannya, jumpa ibu bapanya!


Jangan Terlalu Kolot


"Aku takut nak tengok gambar calon isteri aku. 
Risau pula nak berhubung dengannya. Takut zina hati."

Risau akan golongan yang mempunyai pemikiran sedemikian. Terlalu mudah melabel zina hati. Sehinggakan terbayang atau terlintas di fikiran juga dikatakan zina hati.
Boleh jadi mereka betul. Boleh jadi juga salah.
Jangan jadi ekstremis zina hati. Rindu adalah fitrah. Harus diingat bahawa kita hidup dalam lingkungan manusia. Bukannya para malaikat!
Yang membawa kepada kelalaian dan jauh daripada Allah, disebabkan teringat seseorang, itulah yang dilabel zina hati. Jika sekadar teringat atau terlintas secara tiba-tiba, tidak bolehlah kita terus melabel bahawa itu zina hati.
Nabi saw bersabda;

"Jika seseorang mengkhitbah seorang wanita, maka tidak mengapa dia melihatnya jika dia niatkan melihatnya sebagai khitbah kepadanya walaupun wanita itu tidak mengetahuinya.


(Hadis Riwayat Ahmad dan Azh-Zhahiri)



Manusia mempunyai hati dan perasaan. 
Perlu lahirkan perasaan cinta dan kasih sayang, sebelum kita berkahwin.





Tetapi, bagaimana caranya? Adakah dengan perlu ber'couple'? Ber'dating'? 'Calling' dan 'sms' sehingga lewat malam?
Sudah tentu jawapannya tidak! Tak perlu melakukan sedemikian, untuk melahirkan rasa cinta dan kasih sayang!
Pesanan Nabi kepada al-Mughirah bin Syu'bah,


"Lihatlah terlebih dahulu wanita itu, kerana sesungguhnya hal itu dapat merukunkan kalian berdua."



(Hadis Riwayat at-Tirmizi dan An-Nasa'ie)


Islam hadir bukan untuk mengharamkan fitrah manusia.
 Islam hadir untuk mengawal fitrah manusia.
Ya, Islam mengawal. Bukannya menghalang. Terbitkan rasa cinta, tetapi dengan cara berlandaskan syarak.
Suatu kisah  Habibah binti Sahl, isteri Tsabit bin Qais. Beliau lari pada malam pertamanya. Tidak mampu menumbuhkan rasa cinta kepada Tsabit. Rupa-rupanya beliau tidak berpeluang melihat Tsabit sebelum berkahwin. Maka, pada malam pertama, beliau mengintai wajah suaminya dengan mengangkat sedikit penutup khemah. Kelihatan suaminya bersama dengan beberapa orang pemuda. Dalam kalangan mereka, didapati Tsabit lelaki yang paling hitam kulitnya, paling pendek ketinggiannya, dan paling buruk wajahnya.
Ketika ditanya oleh Rasulullah saw tentang perbuatannya, isteri Tsabit berterus terang tentang fizikal Tsabit yang tidak disukai. Dia juga menjawab,
"Wahai Rasulullah. Aku tidak mempersoalkan akhlak dan agamanya kerana dia memiliki akhlak dan agama yang baik, tapi aku takut menjadi kufur." Lalu Rasulullah saw meminta Tsabit bin Qais menceraikan isterinya dengan talak satu. (Hadis Riwayat Bukhari)
Luaran bukan syarat utama. Namun, ia mempunyai kesan terhadap rasa cinta bagi sesetengah orang.
Ingat, kita manusia, bukannya malaikat!



Kesimpulan: Antara Realiti dan Fantasi


Perancangan, sememangnya mudah. Umpama menaip menggunakan komputer riba. Memerah otak mengeluarkan idea-idea yang dirasakan bernas oleh penulis. Tetapi, bagaimana pula dengan pengaplikasiannya?
Berusaha untuk merancang. Namun, sekiranya berlaku tidak seperti apa yang dirancang, ketahuilah bahawa Allah sedang menyediakan yang terbaik untuk kita.
Aku merancang dan Allah juga merancang. 
Ketahuilah, bahawa Allah sebaik-baik perancang untuk hambaNya.
Sukanya untuk berkongsi rasa. Memberikan nasihat dan motivasi. Membawa masyarakat mengenal erti cinta yang sebenar. Bukannya definisi cinta yang hina! Cinta dikaitkan dengan ber'dating', berpegang-pegangan tangan, 'calling' dan 'sms' sehingga tengah malam. Maka membuatkan masyarakat begitu fobia dengan cinta.
Inginku terangkan kepada masyarakat. Apa itu cinta yang sebenar.
Betulkan definisi cinta! Kerana cinta yang suci adalah fitrah! Yang membawa kepada kita dan si dia dekat dengan Allah SWT
Mulakan dirimu dengan mengenal Pencipta Cinta!







Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

2 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Qaseh Qhaleesh said...

Sayunya hati memperdengarkan suara semangat untuk satu hati yang terlalu lemah...
Saat hati gundah, tertarik utk lihatkan link entry ni...
Rupanya ada motivasi utk diri ini...
Btw, thanx update entry ni ustaz syuk....sbg satu motivasi untuk diri sy...

ateh114 said...

alhamdulillah..

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥