Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, September 16, 2013

: Semoga Allah Redha ^_^ :





 Jangan biarkan hatimu masih terikat dengan masa lalu sehinggakan kamu tidak sedar sama sekali akan seseorang yang berdiri disebelahmu yang mungkin ditakdirkan untuk menjadi masa kini,masa depan dan selamanya. ^_^


masih belajar ilmu agama , jika ada usrah dan ceramah-ceramah agama , sekitar shah alam , tolong pm saya ^_^ alhamdulillah , iman masih lagi rindu akan nasihat kebaikan , takut juga hati mati pabila banyak sangat hiburan kanan dan kiri ^_^ teringin nak solat jemaah bersama zaujah nanti , mengimamkan dirinya jua keluarganya , teringin nak mendidik keluarga dengan nasihat dan tarbiah agama , sama seperti arwah abah cuma ingin lebih lagi mungkin ♥ ♥

#niat saya tinggi , besar dan menggunung cuma menunggu masa dan waktu yang betul untuk melunaskan niat ini menjadi nyata ♥

JUJUR terkadang teringat akan bayangnya , merasakan yang dia selalu ada disisi diri ini , sungguh merindukan dia , namun harus redha cetusan qada dan qadar dari yang esa , aku mungkin bukan lelaki paling bertuah bisa sahaja menukar perasaan semudah memadam tulisan di atas kertas , namun aku bukan lelaki pemain cinta , hasilnya segala nukilan perasaan masih belum bernoktah terasa dia ada , walau zahirnya dia sudah pergi selama-lamanya..

SETELAH dia PERGI sangat sukar mencari teman penganti sehinggakan belum bisa mencintai sepenuh hati seperti yang lalu, mana tak nya selepas , perginya dia menemui illahi aku belajar mencintai yang lain sehinggakan aku pula dipermainkan sebegitu rupa, dan mungkin cinta pertamaku pada yang mati itu lebih tebal dan suci dari cintaku kepada dirinya yang selalu menghantui..

aku bukan lelaki hebat walau bisa berpuisi cinta dan bermonolog indah masih sepi tanpa raga disisi , sedang mereka yang lain diluar sana bahagia hingga bernikah ^_^ sungguh aku bersabar dan masih menunggu siapa dia pemilik khusus jiwa ini , aku setia menunggu insya-ALLAH sehingga aku sempurna sebagai seorang hamba.


Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan, (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.”(Surah Fatir: Ayat 11) 


Dalam Islam, adalah cukup disunatkan mengingati mati. Menziarahi orang sakit, orang nazak, terlibat dalam pengurusan jenazah seperti mandi, solat jenazah, mengiringi jenazah,talqin dan tahlil, semuanya mendekatkan diri kepada Allah dan mengingati mati. Justeru persediaan perlulah rapi bagi mengadap Rabbul Jalil.



Dakwah Rasulullah s.a.w. di Makkah bertembung dengan dua kematian. Iaitu kematian bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Saidatina Khadijah r.a. Peristiwa yang berlaku pada tahun ke 10 kenabian Rasulullah s.a.w. ini, sungguhpun menghibakan Nabi, namun baginda tetap bersabar dan tabah menghadapi pemergian orang yang disayanginya ini. Pada masa yang sama Rasulullah s.a.w. menghadapi pula tentangan hebat Mushrikin Makkah. Namun baginda tidak pula mengaku kalah, bahkan semangatnya semakin kuat. Inilah contoh yang perlu kita ikuti dan teladani. Dengan kata lain, hati perlu diperkuatkan walaupun sedih menghadapi kematian saudara terdekat yang tersayang.



Ada kematian di sisi Allah yang tidak dinamakan mati, tetapi “hidup” di sisi Allah s.w.t. iaitu orang yang mati kerana perjuangan mati syahid yang tidak menyeleweng.



 Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki”.(Surah Ali ‘Imran : Ayat 169) 

Mereka yang “hidup” ini hidup dalam alam lain, bukannya alam mayapada ini. Mereka mendapat kenikmatan yang melimpah–ruah. Bagaimanakah kondisi mereka dalam dunia itu? Hanya Allah s.w.t. yang mengetahui keadaan hidup mereka dalam dunia yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri itu.



Masih kusenandungkan kerinduan ini



selirih kerisik dedaun yang dimainkan angin senja



setelah senyap membekapnya dalam semesta



Sepertinya tak perlu semua diungkap lewat bahasa


lantaran kata telah lelah mengejar makna


biarkanlah semua tetap menjadi rahsia


sebab nyatanya aku telah kehilanganmu


sebelum pernah sempat memilikimu... ♥



andai ada yang faham bahasa hati ini mungkin akan ada yang sudi menjengah segala isi hati yang sudah lama tidak diterokai, insya-ALLAH salam ukhwah bisa diterjemah cuma hawa perlu tahu , yang aku tidak akan berbalas ukhwah tanpa hala dan tujunya kerna aku ingin sekali menamatkan zaman bujang dengan cara paling diredhai, insya-ALLAH..

jujur saya seorang yang manja ^_^ kalau bonda masak di dapur saya akan berdiri di belakang sambil , cubit pipi bonda , selalu juga bonda kata , anak bujang bonda manja , walau saya punya seorang adik lelaki yang berusia 19 tahun , sebenarnya saya suka menyakat orang yang saya sayang ^_^ lebih suka bahasakan diri abang , sebab nanti saya akan rasa lebih bertanggungjawab sebab itu akan "bahasakan" diri abang walau seseorang itu lebih usia dari saya ♥ ♥

#percaya atau tidak , kata-kata pemangkin kepada semangat yang menggunung , tak salah memuji tapi jadi salah bila berlebihan hingga membangga diri ^_^ jauhi riak dan takabur kerna itu racun iman kita ♥ ♥



bila hujung tahun ini akak long akan bernikah , bonda dan makcik selalu mengingatkan supaya..




"abang ude jangan lupa kumpul duit , nak kahwin?" 

saya senyum sahaja , duit simpanan ini sebenarnya nak sangat pergi haji bersama bonda , mungkin juga dengan adik , jika diizin ALLAH , nak bernikah belum terfikir , namun sudah ada perancangan yang mendatang saya mesti kukuhkan ekonomi diri DAHULU, KEMUDIAN baru , selangkah lagi mendekati jodoh insya-ALLAH ♥



Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥