Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Tuesday, September 17, 2013

: Niatku Padamu Hawa ^_^ :


♥ untuk KAMU ♥

"..TERUS menerus menolak cinta yang selalu menunggu , sungguh berdosa diri ini ^_^ setelah mencintai dia yang dulu , maka cinta dan rasa yang ada padaku sudah habis , hingga aku lupa untuk tinggalkan pada yang lain , kata bonda aku terlalu polos hingga aku lupa yang dunia ini bukan untuk ditangisi lama , aku lelaki yang setia , aku pecinta sepenuh jiwa , insya-ALLAH aku sedang pulih dalam duka lama , kali ini bunga yang lain sedang bersemai dalam nuraniku ^_^ saya akan menikahi awak , saya perlu awak , saya nak awak tunggu saya sebab saya sedang bersiap menjadi imam yang kuat buat awak , 
buat masa depan kita ..."

insya-ALLAH... ♥ ♥




Menyintai seseorang dalam diam merupakan satu perasaan yang sukar diterjemahkan. 
Kadangkala hati terasa sedih dan pedih. 
Kadangkala juga hati bisa menjadi suka dan bahagia. 
Apabila terpandangkan dia nun jauh
 di sana hati kita seperti diisi dengan bunga-bunga cinta di taman kejora.
Namun apabila dia tidak kelihatan, fikiran mula gelisah sedang mata meliar mencari di mana keberadaannya.
Begitulah indah dan sakitnya bila aku jatuh cinta namun dipendam demi menjaga rasa malu dan hati yang bimbang andai si dia sudah termiliki hatinya. Hati... Hati merupakan satu dari komponen tubuh yang sangat sukar menterjemahkan isinya. Kadangkala mulut bicara namun hati menidakkannya. Akal sendiri tidak mampu mengetahui apa mahunya hati ini. Cinta... Cinta itu indah. Sesiapa yang tidak memiliki cinta dia bukan manusia biasa.
Cinta hadir melalui hati yang hanya hati sahaja tahu apa mahunya ia. ♥


kata orang rupa tak penting ^_^ tapi sebenarnya mereka diluar sana berkira-kira juga memilih seseorang yang tiada rupa ^_^

ada pula, walau tiada rupa harta ada mereka akan suka ^_^ dan sangat jarang mereka memandang iman kerna mereka belum bijak mencintai syurga ♥ ♥

#andai saya ada rupa , percayalah dakwah dan nasihat saya lebih membekas dari hati-hati mereka diluar sana ^_^ tapi niat kena jaga biarlah ALLAH sahaja yang ukur harga usaha kecil ini ♥ mengingatkan mereka yang selalu alpa..



Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah TUhan , ALLAHUAKHBAR!! ♥



♥ harga cinta dan niat saya ♥

"... anda bercinta di laman muka buku , maka diperhatikan khalayak ramai nampak sungguh bahagia ^_^ alhamdulillah tahniah , saya belum merasai harga bahagia itu , belum juga dengan cara halal dan diredhai yang esa , hala tuju dan niat saya jauh hingga terbatas akal untuk dipeka , namun ALLAH tahu saya selalu bersedia menjadi imam buat yang dicinta , nasihat bonda berkawan dahulu kenal hati budi , dan balas saya , dimanalah setia seorang gadis andai satu masa , saya tidap punya apa-apa ^_^.."

#bonda selalu kata , anak bonda akan selalu senyum dan kala itu tidak lagi duka membanyangi diri , tidak juga gadis mengkhianati andai ditinggalkan jua nanti , mungkin ALLAH nak hadiahkan bidadari di syurga nanti...

"....senyum andai hati selalu sakit , cuba kawal perasaan jangan biarkan amarah syaitan menyelit didasar hati ^_^ cuba cekal dan positifkan diri , ingat segala apa yang berlaku ada hikmah yang maha hebat , memang kita tidak tahu apa hikmahnya tapi insya-ALLAH ada , yakinlah ALLAH ada , saya pernah mengalami fitnah baru-baru ini yang hampir meragut jawatan saya, tapi saya senyum dan masih bertahan , saya menangis walau tiada siapa tahu , hanya bertemankan sejadah air mata, dan kelam malam bersama lirikan lagu manja, memuji asma illahi sambil berlinang airmata..."

Saya Tak Merokok sebab itu dia tak suka saya , saya kurang bercakap dengan perempuan sebab saya malu, kerna itu dikata saya sombong dan dijaja nama saya melata , saya selalu curi masa solat sebab itu dia kata saya bajet alim , apa sahaja saya buat selalu diperhati hingga fitnah itu memudaratkan masa depan saya , hampir dibuang kerja saya , kadang-kadang rasa tidak mahu tegur dan nasihat orang lain ,terkadang rasa sangat berdosa ♥ ♥


#saya nak murah rezeki ^_^ nak menamatkan zaman bujang dengan halal dan diredhai , nak redha bonda setia menemani nak mati dalam keadaan senyum tanpa siapapun menangis.. ♥

Selain Mak ,keluarga , Allah dan malaikat kiri kanan saya diharap ada lagi seseorang boleh sayang dan terima saya apa adanya ♥ ♥

#mungkin belum masa,mungkin belum tiba waktu dan detiknya ^_^ menunggu dengan setia , tak pandai menghurai perasaan semanis kata-kata , tidak juga bijak untuk bercinta ^_^ cuma mendamba segala perilaku mendapat redha yang esa ♥ ♥


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

( Surah al-Baqarah ayat 216).



Subhanallah ^_^ teruk sangat ke saya ini dikata saya perompak hati , dimarah saya dalam mesej , saya tak minta kamu suka ,kamu jatuh hati , saya menulis bukan kerna nama , kita sama semuanya sama , bicara hati yang meruntun qalbu ini milik seorang insan lelaki seperti mereka diluar sana ,bezanya paksi saya iman , kiblat saya ketetapan hati dan istiqomah ♥ ♥

Ketenangan yang di cari , keresahan yang melanda di relung hati ~

Langit Allah menangis , seolah mengikuti irama tangisan di dalam hati ~

''Allahumma soyyiban na'fian''
''la tahzan ! Allah itu ada''



"Tiada sesiapa yang dapat menenangkan dan membantu dirimu melainkan hanya Allah sahaja yang berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Berjumpalah denganNya terlebih dahulu. Rayu dan luahkan kepadaNya. Aku tidak bisa memahami apa mahunya hatimu. Allah itu tahu apa perancanganNya dan apa ciptaanNya mahukan. Bukan aku."

Syuk al-hafiz>




Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥