Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Wednesday, September 18, 2013

: Bersyukurlah ANDA ISLAM ^_^ :





Sometimes you just cant tell someone how you feel, 
you can never really find the right words to make them understand.

Putih tak bermakna cantik, hitam tak bererti kotor
kerana putihnya kafan itu menakutkan sedangkan
kelambu kaabah yg hitam itu menyenangkan ^_^


 Hari INI aku terpanggil untuk menulis tentang sesuatu perkara sambil kamu semua mungkin akan bermuhasabah kala membaca , insha-ALLAH semoga ALLAH redha ^_^ 


Sebahagian wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang wanita, seperti yang kita lihat dialog di bawah. Mereka seolah-olah mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka. 


“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”


“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. 
Kami mahu keadilan!”


“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, 
masa nak beranak kita tanggung sendiri!”


“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. 
Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”


“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”



Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Kaum lelaki pula cakap, 


“Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..!



Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. 
Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah. ^_^



“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?

Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? 

Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?

Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.

Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”



Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

....................................................................................




Mungkin bukan aku lelaki yang bijak untuk tarbiah kamu ^_^ kerna aku bukan lelaki alim , bukan juga ustaz "idaman kalbumu" , aku juga bukan terlalu arif tentang agama, sedang aku juga masih belajar agama, sebab itu aku selalu mengingatkan tentang diriku, kalaupun bukan aku yang menyentuh hatimu semoga menjadi lebih baik siapa lagi? sungguh aku terpanggil menulis dan menulis tentang persekitaranku, aku ingin mereka tahu betapa bersyukurnya kita dilahirkan islam , sungguhpun ada yang masih belum kenal agama ^_^ ada yang beragama hanya pada "ic" namun bersyukurlah, ALLAH bagi nikmat sebagai seorang islam khususnya kita ahli sunnah ...

hari ini si penganggur ini , ditomah seribu luka ^_^ habis kasihan pada bonda, dia tidak bersalah, "mereka" tidak tahu hati seorang tua berusia "64 tahun" itu , adik seorang mahasiswa yang bijaksana, dia belajar sambil bekerja, dengan petahnya dia berkata dengan bakatnya yang dia ada, dia sudah membuka bisnes kecil-kecilan sambil memiliki sebiji kereta ^_^ sambil jiran sebelah menyebelah selalu pula mengambil kisah, mengatakan adik menjual dadah ^_^ sungguh kecil pemikiran bangsa kita, dijaja nama tanpa dengar dan duduk semeja...

hidupku penuh dengan onar dunia, tidak pula aku cuba membuka aib sesiapa, cukup sahaja menulis untuk menenangkan relung dihati ^_^ memang hari ini aku penganggur terhormat, tapi aku cuba bekerja sebagai seorang hamba, menghidupkan suasana masjid, menjadi imam juga muazzim jika tiada mereka yang dipertanggungjawabkannya, hinggakan ada seorang pakcik berbicara

" abang ude lama lagi ke dekat kampung? 
sebab tiada siapa nak azan kala subuh nanti "

aku senyum sahaja, masuk hari ini, sudah bersusun hari aku menghadiri 
"interview kerja ", cuma rezeki belum menyebelahi aku ^_^ aku cuma tegaskan perihal solat jumaat, juga solat dilima waktu, cuma mereka sahaja tidak faham, dan kata mereka disini bukan "pejabat agama", 
juga masjid, dengan janggut yang ada, ada pula mengatakan 
"kami tidak menerima ustaz disini " padahal aku menjaga sunnah rasulullah mungkin bukan pada pakaianku cukup sahaja janggut yang ada ^_^ terima kasih menjengah lukisan hatiku, semoga selalu menjadi pedoman untuk anda semua.



You can't reach what's in front of you until you let go of what's behind you.
When you have a good heart: You help too much. 
You trust too much. You give too much. 
You love too much & it always seems you hurt the most. , Subhanallah  ^_^


The best feeling in the world is knowing that your parents 
Smile because of you islam ^_^


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥