Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Wednesday, September 18, 2013

: Mungkin Kamu Jodoh SAYA ^_^ :



 ".... wahai GPS hati kesanlah dimana dia pencuri tulang rusuk ini ^_^ aku masih mencari menunggu dengan setia , gadis yang tertulis untukku ^_^ istikharah lagi moga tidak tersalah beri hati , mungkin yang kau tunggu belum pasti , dan mungkin yang menunggumu sudah benar terpatri mencintaimu dalam hati ^_^...."


   ".... Daily report , daily work in Toyota Malaysia ^_^..."

doakan saya murah rezeki ae ^_^ tak mahu kaya tapi mahu mampu punya segalanya ^_^ hasil usaha sendiri ♥ ♥ kudrat dan keringat sendiri...

saya lelaki harus selalu majukan diri banggakan keluarga , mahu selalu dalam redha yang esa tak lupa restu bonda tercinta ♥ ♥

sedang menunggu , " pemilik tulang rusuk saya", tidak tahu siapa dia empunya diri nama dan dimana dia berada ^_^ rezeki ,ajal dan jodoh saya masih dalam rahsia Allah ♥ ♥

nampak betapa suspen "jalan" cerita hidup kita semua dalam rahsia ,lebih menarik dari cerita novela cinta mahupun drama tv kan ^_^
 Allah maha besar ♥ ♥ 


♥ Mungkin awak jodoh saya ^_^ ♥

"...mungkin awak? sedang membaca status ini , membelek lakaran lukisan aspirasi dari saya ^_^ saya selalu menantikan awak , saya selalu bersedia menjadi imam dalam solat awak ^_^ selalu menunggu awak , mungkin awak tidak tahu tapi ALLAH tahu saya menjaga hati saya untuk awak ^_^ saya sedang bersiap dari segi rohani , kemampuan dan kewangan untuk melengkapkan hidup saya bersama awak ^_^ saya nak buktikan pada ibubapa awak , saya layak menjadi seseorang yang akan "menjaga" serta "membawa" anak gadisnya ke syurga ALLAH.."

AWAK SAYA TUNGGU AWAK , INSYA-ALLAH ♥ ♥

Ya, jodoh itu rahsia Allah. Hanya Allah yang mengetahui tentangnya. Sebenarnya terlalu sulit untuk mendeskripsikan serta menjelaskan tentang jodoh. Jodoh itu boleh diibaratkan seperti perasaan sayang yang mana kita sangt memerlukannya untuk meneruskan hidup tapi kita tidak tahu dan tidak sedar bilakah ia hadir. 

Jodoh juga seolah-olah seseorang yang penting dalam hidup kita yang dilahirkan sebagai sebahagian daripada diri kita yang mana dipisahkan oleh jarak, waktu, tempat serta keadaannya tidak kita ketahui hingga akhirnya dipertemukan kembali dengannya pada suatu saat. Jadi, tidak mungkinlah sebahagian daripada diri kita itu Allah tentukann tidak tepat dan tidak sesuai kan ? 

Maka bersabarlah menunggu cinta dan jodoh dariNya kerana Dia telah menetapkan untuk kita semua pasangan yang ideal. FirmanNya : 

“… Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan…”
(Surah Adz-Dzariyat : ayat 49)


Ingatlah, jodoh di tangan Tuhan dan manusia hanya berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditetapkan oleh Allah. Jika baik hubungan kita denganNya, maka baiklah juga jodoh yang ditetapkan untuk kita. 

Kita haruslah yakin bahawa setiap orang sudah ditentukan jodohnya. Maka janganlah takut dan bimbang kita akan kehabisan 'stock'. Tidak perlulah kita terburu-buru ingin menikah hanya kerana mendengar omongan kosong orang lain yang sering merendahkan diri kita kerana masih membujang. Persiapkanlah diri kita serta berusahalah setiap masa untuk menjadi yang terbaik. Yang paling penting ialah luruskan serta perbetulkanlah niat kita hanya keranaNya. Istikharahlah kepada si Dia. Berdoalah padaNya agar diberikan jodoh yang terbaik dan paling sesuai untuk kita. 

Ingatlah bahawa menikah itu bukanlah tujuan utama, tetapi gerbang awal kehidupan baru kita bersama pasangan untuk meraih hidup bahagia di dunia dan di akhirat. Yang terpenting ialah redhaNya dan yang dikejar juga ialah mardhatillah. Sabda Rasulullah SAW : 



"Apabila seseorang melaksanakan pernikahan, bererti dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia menjaga separuh yang lain dengan bertaqwa kepada Allah."


(Hadis Riwayat Baihaqi dari Anas bin Malik)




#dedikasi buat semua pambaca pages dan nukilan hati Syuk al-hafiz,
 terima kasih kerana selalu menyokong saya ^_^


Payung tidak mampu memberhentikan hujan, tapi adanya payung kita mampu berdiri di dalam hujan tanpa basah.
Sama juga dengan keyakinan,teryata ia tak mampu menjanjikan sebuah kejayaan, tapi ia mampu memberi kita
 kekuatan untuk menghadapi cabaran. ♥ ♥


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥