Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, August 12, 2013

: warkah hati lelaki ini ^_^ :




kisah hidupku kadang-kadang ada juga berbayangkan kisah hidup Encik Shrek , muka hodoh berjejakkan bodoh , berlantaikan kerendahan hati , bila melangkah jangan terlebih bicara kelak nanti ada yang tertawa...sungguh rupa ini tiada kacak mana , nak dikatakan "hensem" belum tentu juga...
tapi mungkin "manis" ada cuma tidak tahu dimana sudutnya ^_^

hari ini hari pertama syawal , seperti kiasan tahun lalu, raya aidilfitri tidak bermakna bagiku, rayaku adalah dikala sebulan pada bulan  Ramadhan, itulah hari keceriaan untukku, aku lelaki pendosa , sekiranya berlaku baik, belum tentu dibalas baik oleh manusia , tapi ALLAH tetap terutama...

Malam ini tidak bisa melelapkan mata, puin-puin perasaanku diganggu oleh sepoi sentuhan jiwa , segalanya kerana lidah manusia, aku jadi terngadah lagi, aku bukan nabi yang syumul tanpa dosa, mungkin bicara kata disiang hari tadi betul-betul, memanah perasaanku....

Lelaki yang menulis ini , selalu gagal dalam apa jua ..percaturan hidupnya, mungkin husnuzhon pada Tuhanku makin menebal selepas ini , memang benar aku bukan lelaki yang baik.

Dikala BERAYA ke rumah sanak dan saudara, soalan jodoh menjadi topik hangat, aku bukan muda lagi kata bonda, padahal aku rasa masih jauh perjalananku untuk mencecah usia 30 tahun itu, aku masih muda, lebih elok aku perbaiki rata-rata kesempurnaan hidup...

Aku Lelaki aku harus sempurna disegala sudut, jangan bermimpilah ingin mendamba hawa, sedang diri masih terkontang-kanting kiblatnya...

kata hatiku, cermin diri elok-elok, memang mungkin hawa juga tewas kerana pandangan mata, mereka juga mendamba lelaki yang kacak , kaya dan punya masa depan,,
walau tidak kacak rup,a "kacak" wangnya juga salah satu sandaran utama...
mungkin sebab itu ramai lelaki baik, sahabat-sahabat sepertiku ramai belum bernikah ^_^
sebab mata kepala mendahului mata iman untuk membuat timbang tara....

melihat "hawa" lain dalam laman muka buku pernah juga membuat hatiku terusik, namun bukan terusik dek kerana cinta, namun aku terusik bila tenang mata melihat tutupan aurat yang sempurna, bila ada yang baru pertama kali menjengah nukilan hati lelaki ini mungkin akan membayangkan yang aku seorang lelaki alim , namun demikian sentuhan ketenangan mata melihat hawa sopan dan menutup aurat bukan aku sahaja merasa malah mereka yang lain-lain juga turut merasa perkara yang sama ^_^

tidak pula aku mendamba sempurna hanya pada pakaian ^_^
kerana harga iman , sangat berharga disisi ALLAH...


walau disapa angin sepoi perasaan ,walau dihempas pecah sekelumit rasa, belum tentu mampu kita bersahaja, walau ditomah kiri kanan dunia tentang masa hadapan kita, belum tentu siapa kita di akhirat sana, mungkin kau raja di dunia dan aku nakhoda di akhirat sana ^_^


warkah perasaanku pada masa depanku juga dalam tanda tanya, alangkah indahnya jika percaturan hidupku tidak serapuh anganku, alangkah bahagianya jika segala diimpikan semua menjadi nyata, aku tidak minta separuh kehebatan dunia menjadi ragaku, aku hanya mendamba redha ALLAH dalam setiap langkahan hidup ini... restu ibu bapa utama, redha ALLAH terutama...


walau dia seorang janda , jika ALLAH tuliskan untukku ,siapa aku untuk melawan takdirnya, jika dia lebih usia dariku , mungkin kesefahaman akan lebih menjaga hubungan ini , namun bukan muda untuk menilai sebuah tanggungjawab , bukan tua juga untuk menterjemahkan iman seseorang , walau siapapun yang ALLAH hadirkan untuk kita mungkin akan membekas menjadi pengalaman sama ada mendidik kita atau memberi pengajaran pada kita ^_^ 



Maafkan AKU selama ini menulis nukilan hati , segala bahasa perasaan ini , ditulis menggunakan jiwa,dengan batang pena kehidupan , apa yang dilihat panca indera, adalah corak lantai bahasaku , aku lelaki pendosa, susunan dosa yang selalu sahaja lahir tanpa sedar, adalah berpunca daripada peribadiku.
aku tidak tahu sama ada , adakah lagi peluang untukku berjumpa Ramadhan untuk tahun berikutnya..
sakit lalu kembali bertunas, tiada ubat yang tampak dimata boleh diubati kecuali, nekad dan tekadku untuk hidup, mungkin penulisan bakal jenazah ini sudah menemui jalan pengakhirannya, semoga ALLAH menjaga bonda jika aku pergi dahulu sebelumnya, maafkan segala tingkahku bonda, aku belum cukup soleh untuk menjadi "mahar" untuk kau bawa ke sana ^_^


AKU mengakhiri akhir Ramadhan dengan azan subuh di Surau Nurul Qamar , Aku membuka kalam syawal dengan takbir dimalam hari, tenang dan tenang yang aku dambakan bukan hanya kepuasan, malah aku dahaga akan kedamaian hati... mungkin mereka tidak tahu siapa aku dalam masa silamku, sungguh banyak dosa hamba ALLAH ini , dan mungkin kerana itu aku belum temui lubuk rezekiku , juga si jodoh dari langit untukku ^_^

Ziarah Pusara Ayahanda Tercinta, EN.YUSOF BIN ALIAS, SAMBIL menjengah pula pusara kekanda tercinta , ZULKIFLI BIN YUSOF, walau mereka sudah tiada, selalu juga bermimpi menemui mereka berdua dengan senyuman manis yang tidak terduga, mungkin akhir ramadhan bukan hanya mereka penghuni Barzakh menangis malah segenap mereka yang sedang menetap disana juga bakal memangis, kerana malaikat mungkar dan nankir akan kembali melakukan tugas rutin mereka ^_^
Puan Rahmah , selalu berada disisiku , kerana masakan aku .dijaja namaku sebagai anak paling soleh , kerana aku pedamping setianya, masak untuknya disepanjang Ramadhan bermula hingga ke akhirnya, hinggakan aku sendiri takut , aku cuma ingin dia mendoakan aku semoga selalu ikhlas menjadi anaknya, juga istiqomah menjaga dirinya yang semakin uzur dan selalu alpa Aku akan selalu menjadi bayang-bayang untuknya, walau mungkin aku akan pergi menemui illahi sebelum dirinya...aku akan selalu setia hingga ke hujung nyawa insha-ALLAH ^_^

Aku takut akan kehidupan yang bakal mendatang , hadirnya keluarga juga "anak" berserta doa mereka adalah kunci untukku ke syurga sana. insha-ALLAH jika diizin ALLAH akan aku temui pengakhiran kelu hati ini tidak lama sahaja lagi , aku cuma sedang mencari istiqomah hati menjengah peribadiku dengan setia dan tidak jemu ^_^ mungkin bukan dia yang duduk nun jauh disana , bukan juga mereka yang terlalu arif tentang agama, aku cuma ingin dia yang biasa, yang bisa melengkapkan diriku menjadi sempurna tanpa dirinya ^_^ semoga ALLAH redha.


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥