Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Saturday, August 17, 2013

: Bingkisan Nurani Lelaki ^_^ :






Everybody has gone through something that has changed them in a way that they could never go back to the person they once were.

ya ALLAH kalau Bukan Dia Ditakdirkan UNTUKKU , 
Kau Hadirkan Dia kekal sebagai ingatanku ^_^
andai itu sahaja mampu membuatkan aku kembali senyum seperti dulu ^_^


jodoh rezeki ? mana kau ? telah ALLAH catatkan kau di luh mahfuz buatku , sejak aku wujud 40 hari dalam rahim bonda, bukan jua jodoh , bukan juga rezeki dan yang paling pasti ajal yang selalu sahaja menjengahku ^_^


tanggal syawal ke 8 sedang berlari jauh meninggalkan ramadhan qarem , sungguh aku sangat rindu , rindu akan kedamaian hati dibulan yang lalu , aku masih mencari pekerjaan baru , selepas sebulan bertapa duka di ruang jendela sambil usaha dan usaha mencari kerja baru demi masa depanku ^_^

aku bukan memilih kerja cuma , faktor paling utama , aku mencari kerja yang punya ruang masa untuk solat jumaat , aku bukan memilih kerja cuma aku ingin detik masa diberikan padaku untuk solat dilima waktu , aku tidak layak memilih kerja kerna aku bukan seorang lelaki berkelulusan tinggi , aku cuma seorang mahasiswa yang tidak sempat menghabiskan degree nya kerana tanggungjawab dalam berkeluarga ^_^


ramai kenalan menegur perkara paling pedih dihalwa telinga , "syuk awak dah gemuk" ^_^
mula-mula rasa bagai nak tercarik cuping telinga , namun bila sudah terbiasa aku mula senyum sinis sambil menerima perubahan diriku seadanya , dan banyak lagi perubahan yang sudah merencatkan semangatku untuk hadir di majlis "reunion" sahabat-sahabat sekolahku yang dulu ^_^

aku sayang sahabatku , lelaki paling dekat denganku saudara Mohammad Hafiz Bin Abdul Kadir , dia hampir menjengah perihal jodoh buat dirinya , dia sudah mula merancang utuk bernikah ^_^ aku mula rasa berjarak dengan dirinya , aku takut dengan apa sahaja yang bakal berlaku pada masa depanku , kala dulu ketika aku punya semua ketika punya segalanya , mungkin aku lupa untuk bersyukur , aku lupa untuk ingat golongan yang kurang mampu lalu ALLAH mengambil semua yang ada padaku ^_^ alhamudlillah aku masih punya motor buruk menjadi harta paling berharga , motor yang paling banyak berjasa , dengan motor burukku juga bonda bisa dibawa ke klinik jika sakit ^_^ sungguh aku tidak malu membawa dia kemana sahaja asal dia suka , asal dia senyum , melihat aku disisinya..

Bila MANA , kenalan sibuk bertanya , "syuk kau sudah berpunya" ? balasku sinis , sejak lahir aku milik bondaku juga milik ALLAH , siapa nak aku , aku belum cukup mampu untuk menjengah kata "jodoh", andai satu masa ALLAH permudahkan rezekiku , aku tak mahu bercinta dan selamanya memendam rindu yang lama , aku cuma ingin menikahi walau majlis tidak segah pandangan dunia cukup sahaja melestarikan kesempurnaan agama padaku ^_^

tapi aku tidak akan tulis soal jodoh sampai pembaca muak dan mual membaca , penulisanku bercorak sentuhan qalbu , aku bukan lelaki baik ^_^ cuma selalu menjengah jendela kebaikan untuk cuba menjadi lebih baik , disuatu sudut sekitar syawal ke 5 , aku beraya bersama keluarga... ada seorang pak cik di R&R SENAWANG , UCAPAN sinis ketika dia mengalunkan azan pada waktu magrib ^_^ seperti biasa aku berbaju t-shirt hanya berkain pelikat duduk disaf hadapan.... sangat ramai mereka yang takut untuk menjadi imam , dikala itu langkahan kaki berani ini terus menuju kehadapan , walau kala itu penampilanku belum cukup sempurna menjadi seorang imam , ialah kala itu aku berbaju t-shirt , sedang ada seorang hamba ALLAH lengkap berjubah hanya cuma menjadi pemerhati tanpa berani kehadapan ^_^ " tak hensem tak apa ^_^, janji berani jadi imam " tertawa semua jemaah , balasku dengan senyum mesra , aku mula membaca dengan susunan qiraat , dan jiharkah dalam segala bacaanku ^_^ berharap solat itu diterima ALLAH, walau aku seorang lelaki pendosa.... bersusun dosa yang ada padaku , aku takut sama ada ALLAH terima atau tidak solatku , namun aku cuba menjadi nakhoda yang bijak membawa anak kapalnya ke syurga :)


kerana itu sejak kali aku ingin mendekati seorang gadis , perkara pertama yang cuba aku lukiskan adalah peringatan , andai aku tidak sesuai buatnya boleh sahaja dia pergi tanpa menoleh kebelakang lagi , aku tidak akan menghuni hati yang ragu , hanya suka dan sayang padaku hanya pada penulisanku , namun dalam dunia yang nyata , dia pergi meninggalkan aku , kerna kekuranganku bersusun seribu ^_^

pertama dia harus tahu , aku tidak kaya , kedua dia harus tahu aku tiada keindahan pada rupa , ketiga dia harus tahu aku punya bonda yang sudah separuh usia , hanya menanti ajal menjangah singgahsana ^_^ andai dia pergi belum tentu aku berjodoh , namun harapannya ingin melihat aku punya keluarga sebelum dia lelapkan mata ^_^

bonda , walau apapun terjadi, bingkisan lukisan hati tetap penyeri sanubari , demi ALLAH aku berdoa semoga selalu istiqomah menjaga kamu ^_^ kalaupun tiada yang sudi menjengah pekertiku ini , aku masih menunggu syurga, yang selalu setia menunggu azimat kebaikan tawaran sedari dunia lagi :)

walau tiada hawa dunia , kan pasti bidadari syurga menunggu disana ^_^



I kinda like someone who gets jealous and protective but still trusts me.  I don't know what my future holds, but I'm hoping you're in it. 





# Tiada yang terlihat lebih indah oleh dua orang yang menjalinkan cinta selain dengan perkahwinan. 


(HR Ibnu Majah, Hakim dari Ibnu Abbas)





 


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

Assalamualaikum... Aduuhaaii syuk..ooohh syuk... Ni la post yang paling ana suka baca... Assihh... Malula... Kihkikihkih.... Di mata manusia kamu lelaki pendosa tetapi hanya allah yang mengetahui mungkin kamu lelaki yang paling mulia disisinya... :) rakib dan atid tak pernah lalai mencatat buruk dan baik makhluk penciptanya.. Hanya dia Allah swt yang tahu siapakah layak buat kita... Andai tiada hawa buatmu didunia pasti bidadari syurga menantimu di sana...

Jom kita istiqamah demi meraih cintaNya yang abadi, menrindui kekasihnya yang mulia. Hanya apa yang perlu kita harapkan redhanya di dunia dan akhirat negeri kekal abadi...
Hasbunallahu wanikmal wakeel... Cukuplah allah bagiku... :)

Salam dari bumi illahi...
Bidadari syurga... :)

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥