Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Sunday, August 18, 2013

: Sesudut Rasa Percaya ^_^ :




Never judge someone on their past because they are no longer at that stage in their life. 

# Life forms us, sin deforms us, school informs us but only Allah transforms us. 

aku melihat kelebihan orang lain , aku terngadah mencela lautan khilafku yang tidak terhitung banyaknya , aku cuba menjejakkan kaki menghapus jejak kenangan semalam , namun si hujan, datang  menghapus segala penghijrahan kebaikan, lalu sentuhan  menggila perubahan  lalu menjadi hampa , berikan aku ruang ya tuhan semoga "istiqomah" datang singgah dan terus iqtikaf nun didasar hati ALLAHUAKHBAR  ^_^

jangan menilai seorang lelaki hanya dengan bingkisan perasaan yang dinukilkan dalam lawan blog usang ini , bukan sehari untuk kamu kenal hati juga budi pekerti  seseorang, namun perkenalan lama juga  bukan juga "janji" ikatan kekal ke akhir hayat , kerna cinta boleh datang pada bila-bila masa sedang jodoh itu datang pada tepat masa ^_^

aku bukan lelaki yang terlalu naif untuk dijadikan suami , aku bukan lelaki syumul tanpa cebisan dosa, namun begitu ,  aku lelaki yang selalu  leka dirantai  dosa , lelaki yang sering dihujani  gundah gulana , lelaki yang hancur hatinya diremuk perasaan yang ternoda ^_^ bahkan aku bukan lelaki yang punya sejuta kiasan dalam erti kata kasanova... aku lelaki yang masih berpijak dibumi yang nyata , belum cukup syarat menjengah jodoh , belum cukup sempurna mengangankan mahligai bahagia..

rezeki datang dengan pelbagai bentuk , aku sedang mencari , sambil berusaha  mencari peluang bekerja ..dalam pelbagai sektor , berbekalkan pengalaman kerja dulu... aku cuba menjadi lelaki yang penuh tanggungjawab didada , esok akan merubah masa depanku ,
 " bisik nuraniku " sebagai tanda ingatan  "aku ingin berubah", 

ALLAH menemukan aku dengan pelbagai jenis ragam manusia , dengan kata lain manusia yang cukup-cukup membuat aku hilang percaya , bukan hanya pada hawa malah pada mereka yang belum cukup mengenali siapa aku...

Benar kata keluargaku , aku terlalu polos , aku mudah ditipu , walau nampak zahir diriku seorang lelaki yang agak gagah namun hatiku punya seribu bunga yang selalu menanti kembangnya...

peluang kerja di PANDAN INDAH , seorang hamba ALLAH untuk kali keberapa dia menipu aku , katanya ingin membantu aku mencari rumah sewa , ketika dulu aku banyak membantunya , dan bila dihitung jumlah wang dipinjamnya dari aku mencecah puluh ribu juga , namun sedikitpun rasa bersalah tidak terlukis diwajahnya bahkan selalu menipu aku , aku cuba berdoa semoga dirinya berubah , dia pernah sengaja mengugurkan airmata lelaki tanda menyesal dan taubat , sambil aku menghulur salam persahabatan supaya dia berubah , namun semakin ruang dan peluang diberikan, semakin dipijak maruah diriku ini..

deposit disebuah apartment katanya dalam lingkingan Rm 1400, walau sebenarnya aku tahu dia bakal menipuku , aku cuma kebalkan rasa untuk memberi peluang kepada dirinya berubah , sambil bisikan tarbiah mengusik kecil hatinya...

" aku bagi kau duit ini , tolong usahakan rumah sewa untuk aku , aku percaya , aku amanahkan pada kau yew tolonglah jangan khianati aku , duit ini sahaja yang tinggal sejak aku berhenti kerja dulu.."

balas dia : "kau jangan risau kita kawan kan , kau banyak tolong aku , bagi aku pinjam duit dulu , aku tidak akan kecewakan kau,
 kau kawan aku bro "


aku senyum ke arahnya , hatiku kecil berbisik supaya hadirkanlah rasa "syubha" untuk memaku erat kalimah kawan itu , aku kikiskan rasa mazmumah itu , aku cekalkan hati sambil melukiskan kepercayaan jauh disudut hati , sambil hati kecilku mula berkata ,
 "dia boleh berubah, insha-ALLAH "..

WALAU jumlah wang itu bukan berjuta ringgit , yang cuba aku sentuh dalam penulisan kali ini adalah "tambatan janji " , ungkapan seorang "kawan ", aku menghargai kalimah "kawan" sebagai medan percaya pada sesiapa mendekatiku , sungguh ramai kawan telah berjaya menjadi keluarga dalam doaku, namun dia masih belum berubah rupanya , bila dihitung aggaran "hutang" dia padaku hampir berjumlah belasan ribu juga, aku perlu "simpan" sedikit duit khas untuk melestarikan angan bonda, membina tandas baru juga bilik baru buat bakal menantu bonda , aku belum cukup kukuh untuk mengotakan harapan bonda itu...sungguh aku berdosa, aku "berjanji" demi untuk membuat hati bonda tenang dan terus mengukir  senyuman manis sebagai penganti bicara.

Wahai kawan kenapa kau tipu lelaki ini?
aku sukar percaya si gadis , kenapa kau tambah lagi rencah sakit jauh didasar hati..

aku tidak mudah percaya pada  orang lain selain , bonda, dan keluargaku..
amat sukar bagiku  untuk  memahat rasa percaya , ketika lalu  dipukul gelombang sakit ketika mencintai dengan sangat dulu..

aku hanya seorang anak yang penuh tanggugjawab dikanan kiri , 
aku bukan lelaki "kaya" bijak menyusun wang demi memahat janji manis..

aku cuma lelaki cela , yang polos ditambah dengan pemanis iman sebagai bekalan ke liang sana..


murah rezeki kata ustaz itu andai bernikah , namun pernikahan itu cuma permbuka ukhwah kehidupan , namun kehidupan berikutnya belum tentu termetra kata bahagia ^_^
bukan kemewahan galang ganti sebuah cinta , namun keimanan jalan pengubat tali magrifah yang ada..


aku bukan berbicara pada jodoh semata-mata , aku cuma mencuba  melukis kata percaya pada perkenalan baru yang belum tentu tujunya ^_^ aku cuma melukis rasa tanpa siapapun tahu siapa aku..

wahai sahabatku jika kerna kau , aku mengikiskan rasa percaya ini ..

maafkan aku semoga ALLAH cuba menjadikan kamu berubah dengan bekalan doaku ini..

aku cuma ingin kau tahu , aku ingin kau berubah , nasib baik kau tipu aku , andai kau tipu lelaki lain ..apalah nasib kau wahai kawan?

bonda, 12 k untuk merangka angan bonda, aku akan cuba ikhtiar cara lain , bekerja kuat lagi mencari kerja lebih baik , bukan hanya memotong rumput tepi jalan sebagai kerja masa sengganku , bahkan aku cuba bekerja lebih masa khas untuk mencipta angan menjadi nyata khas  buatmu bonda ^_^
bonda tetap terutama, kau letaknya teratas dalam carta hatiku...
carta imanku , carta benak fikirku...

ingat apa yang arwah abah kata..

" abang ude , jangan buat mak sedih , jaga mak hingga ke akhir hayatnya, sebab mak dah puas menangis untuk melihat kesenangan menjengah dirinya , kerna dia terbiasa hidup susah sejak dia lahir lagi.."

insha-ALLAH abah, aku akan cuba menjadi anak yang lebih baik...
 aku masih cuba , akan cuba dan selalu cuba..terima kasih kawan kerana terus menerus menipu aku... 
subhanallah ,alhamdulillah , Allahuakhbar... 


Sometimes you just need to step outside, get some fresh air, clear your head, and remind yourself of who you are and where you want to be. 



Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Cik Fasrah said...

Terharuny bace entry ni.

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥