Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, August 5, 2013

: Kisah 27 Ramadhan :





Sedar tak sedar, sudah masuk hari ke 27 kita berpuasa, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita menyambut bulan kemenangan bulan Syawal. Sebagai seorang hambaNya, marilah kita sama-sama memohon keampunan daripadaNya di bulan yang mulia ini, moga kita semua tergolong dikalangan orang yang beriman.


Disebalik malam-malam terakhir Ramadhan ini, tersembunyi satu malam yang lebih baik dari seribu bulan yang dikurniakan oleh Allah SWT buat hambaNya. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW sedang duduk i’tikaf semalam suntuk pada hari-hari terakhir Bulan Suci Ramadhan. Para sahabat pun tidak sedikit yang mengikuti apa yang dilakukan Nabi SAW ini. Beliau berdiri solat mereka juga solat, beliau menadahkan tangannya untuk berdoa dan para sahabatpun juga turut mengamininya. Saat itu langit mendung tidak berbintang. Angin pun meniup tubuh-tubuh yang memenuhi masjid. Dalam riwayat tersebut malam itu adalah malam ke-27 dari bulan Ramadhan.


Disaat Rasulullah SAW dan para sahabat sujud, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Masjid yang tidak berbumbung itu basah dipenuhi air hujan. Salah seorang sahabat ada yang ingin membatalkan solatnya dengan niat ingin berteduh dan lari dari saf, namun niat itu dibatalkan selepas dia melihat Rasulullah SAW dan para sahabat yang lain tetap sujud dengan khusyuk tidak bergerak. Air hujan semakin memenuhi seluruh masjid dan membasahi seluruh tubuh Rasulullah SAW serta para sahabatnya yang berada di dalam masjid tersebut, akan tetapi Rasulullah SAW dan para sahabat tetap sujud dan tidak berganjak sedikitpun dari tempatnya.


Beliau basah kuyup dalam sujud. Namun sama sekali tidak bergerak seolah-olah beliau sedang asyik masuk kedalam suatu alam yang melupakan segala-galanya. Beliau sedang masuk kedalam suatu alam keindahan. Beliau sedang diliputi oleh cahaya Ilahi. Beliau takut keindahan yang beliau saksikan ini akan hilang jika beliau bergerak dari sujudnya. Beliau takut cahaya itu akan hilang jika beliau mengangkat kapalanya. Beliau terpaku lama sekali di dalam sujudnya. Beberapa sahabat ada yang tidak kuat menggigil kedinginan. Ketika Rasulullah SAW mengangkat kepala dan mengakhiri solatnya, hujan pun berhenti seketika.


Anas bin Malik, sahabat Rasulullah SAW bangun dari tempat duduknya dan berlari ingin mengambil pakaian kering untuk Rasulullah SAW. Namun beliau pun mencegahnya dan berkata “Wahai Anas bin Malik, janganlah engkau mengambilkan sesuatu untukku, biarkanlah kita sama-sama basah, nanti juga pakaian kita akan kering dengan sendirinya. ” Anas pun duduk kembali dan mendengarkan dengan seksama cerita Rasulullah SAW mengapa beliau begitu lama bersujud. Masya Allah….ternyata ketika tadi Rasulullah SAW, dan disaat hujan mulai turun, disaat itu pula malaikat dibawah pimpinan jibril turun dalam keindahan dan bentuk aslinya. Mereka berbaris rapi dengan suara gemuruh tasbih dan tahmid mereka bergema dilangit dan dibumi serta alam semesta saat itu dipenuhi dengan cahaya ilahi. Inilah yang membuat Rasulullah SAW terpaku menyaksikan keindahan dan cahaya yang sama sekali tidak pernah dilihat oleh mata. Gema tasbih dan tahmid malaikat yang tak pernah didengar oleh telinga dan suasana yang tidak pernah dibayangkan oleh fikiran manusia.

Itulah lailatul qadar. Tahukah kalian, apakah Lailatul Qadar ?



Lailatul qadar yang sesaat itu lebih baik dari pada seribu bulan. Di malam itu, para malaikat dibawah pimpinan Jibril turun atas izin Allah SWT, mereka menebarkan kedamaian, keselamatan, kesejahteraan dan mengatur segala urusan, mereka menyampaikan salam sampai terbitnya fajar keseluruh semesta alam.

Sekarang kita sudah hampir ke penghujung bulan Ramadhan, dan diakhirnya kita mendapat pembebasan dari api neraka. Pada malam-malam terakhir, para malaikat turun dari langit untuk menaburkan kasih sayang Allah SWT kepada para hambanya dan menyampaikan salam kepada kaum beriman hingga terbitnya fajar, itulah yang dinamakan lailatul qadar, malam yang lebih afdhal daripada seribu malam.

Lailatul Qadar adalah malam kebesaran Allah SWT, malam keagungan-Nya, malam pengampunan-Nya, malam yang dimiliki-Nya untuk memberi maaf kepada para pembuat dosa dan menebarkan kasih sayang kepada para hamba-Nya. Dilangit ada kerajaan sangat besar yang mengatur dan mencatat segala amal manusia dimuka bumi ini. Ketika para malaikat melihat kitab catatan amal manusia, mereka iri dengan amal yang hanya khusus dilakukan penduduk bumi dimalam-malam lailatul qadar. Malaikat pun tidak ada yang dapat menirunya. Salah satu di antaranya adalah rintihan taubat para pembuat dosa yang kemudian diampuni segala dosa-dosanya.

Allah SWT berfirman dalam sebuah hadist qudsi: “Aku lebih suka mendengarkan rintihan para pembuat dosa ketimbang gemuruh suara tasbih. Kerana gemuruh suara tasbih hanya menyentuh kebesaranKu, sedangkan rintihan para pembuat dosa menyentuh kasih sayangKu.”

................................................................................................................................

   I don't wish to be everything to everyone,
                      but I would like to be something to someone  ^_^ 


assalamualaikum..... terima kasih pada mereka yang setia dan tidak jemu menjengah nukilan hati seorang lelaki ini, semoga ALLAH memberi kesan kepada hati-hati yang membacanya , semoga ALLAH menyentuh hati kamu semua untuk berubah menjadi lebih baik...


ramadhan lagi beberapa hari bakal melabuhkan tirainya, apa khabar iman kalian? Bagaimana puasa sahabat semua? adakah selalu dalam ketenangan dan keberkatan, seperti biasa nukilan hati lelaki ini ingin menyusun 10 jari minta maaf andai ada sahaja cetusan perasaan yang telah memberi "galau" pada benak fikir serta telah melumpuhkan pandangan iman tentang huraian daie, yang telahku coretkan dalam penulisan yang lalu.

Minta maaf , aku bukan fahaman wahabi juga Syiah , MALAH aku juga bukan seorang Yahudi laknatullah , aku cuma hamba ALLAH yang berfikir dengan satu sudut kerendahan hati , tanpa pangkat , nama dan kekayaan dunia. Hanya berbekalkan pengetahuan yang belum cukup dan masih lagi menuntut ilmu ALLAH selagi diberi ruang untukku bernyawa. ALHAMDULILLAH..

TERLALU BANYAK CEMUHAN dan kritikkan sejak aku mencipta beberapa pages dakwah dilaman muka buku , sehinggakan ada beberapa hamba ALLAH sekaum denganku memaki hamun aku...belum tergerak hatiku ingin printscreen segala tomahan dirinya terhadapku kerana aku menjaga aib hamba ALLAH itu.

Hamba ALLAH itu memaki hamun diriku tanpa kenali aku , bercakap semeja berbincang , mudah sungguh menyusun makian hanya untuk melepaskan amarah kepadaku , dan kerana itu juga segala bakat penulisan dan petikan gitar di Youtube akan aku jadikan misteri sampai bila-bila pun , terlalu banyak perkara tidak perlu ditonjolkan kerana aku bukan mencari nama juga wang dalam setiap bingkisan dakwah sinisku.

Gelak ketawa, senda duka , senyum mesra mereka komen dan view dalam youtube cukup sahaja membuat aku tersenyum , tidak perlu kamu ketahui siapa diriku , kerana aku tiada apa , tiada rupa , tiada kebanggaan yang harus dikongsi bersama , cukuplah aku mengusik hati kamu semua dengan cetusan perasaan yang berkaca.

1949 merupakan tahun bondaku lahir , dia selalu berkata , sempatkah bonda tengok abang ude bernikah ?

aku pula selalu tukar topik , dia nak sangat aku bernikah , walhal aku muda lagi , aku belum cukup mampu , belum cukup syarat, sebab itulah segala nukilan hati banyak berkonsepkan jodoh , aku juga punya satu lagi pages dakwah tertumpu pada isu Syria cumanya tidak pula aku hebahkan kerana disitu terlalu ramai admin yang hebat.

mereka tidak cukup kenal siapa aku , hinggakan maki hamun menjadi galang gantinya , biar sahaja aku pendam rasa ini ^_^ 

biar ALLAH dan aku sahaja tahu... aku masih perbaiki diriku , berusaha menjadi lelaki lebih baik , soleh adalah matlamatku , menjaga bonda niat paling utama , namun soal jodoh hanya kiasan pemanis sebagai syarat semoga mereka berfikir sejenak , aku bukan terlalu taksub pada soal jodoh sedang banyak lagi kekurangan yang melumpuhkan niat suciku itu , maafkan aku semua kaum adam , kerana mungkin sahaja "pages" hasil kerangka aku telah menyentuh banyak hati si gadis.
 Cuma, aku hanya menjadi diriku apa adanya.


" Aku Belajar Kenal sesuatu melihat karenah manusia, singkat betul pemikiran seorang hamba Allah, dia hina kami yang mesin rumput ,padahal  niatku hanya  menolong sahabatku, wang upahku  diberi pada sahabatku sepenuhnya , aku cuma membantu dirinya serba serbi , aku  suka berkawan dengan orang susah, kerana mereka lebih tekun berusaha lebih ingat Allah "

seorang makcik berkata, " kau mesin rumput dari kecil ke nak, 
kau nak ke kerja  mesin rumput sampai tua ?

Kau tak nak kawen ke? Tak ade masa depan mesin rumput tepi jalan nie...
orang tengok pun tak adanya nak buat menantu...

balasku dengan sinis , " daripada menggangur baik kerja,cari kerja halal makcik, rezeki Allah bagi janji ada usaha,  memang tak ada masa depan di atas dunia dengan kerja begini , tapi masa depan dekat akhirat sana siapa tahu makcik " , sambil senyap makcik tue dan berganjak pergi...

sahabtku , merah muka, aku cuma tolong sahabatku sahaja , sebab dia lelaki sangat baik ,makcik tue tak patut cakap macam tu.. sedang masa depan akhirat kita tidak tahu macam mana. 


semoga ramadhan qareem yang bakal berakhir mengubah persepsi masyrakat terhadapku , aku suka akan kerendahan hati sebab itu asal punya kerja walau sebagai pemotong rumput akan aku ambil setiap ruang waktu itu , asal ada masa ke masjid , asal ada ruang untukku pulang masak untuk bonda, aku bukan seorang guru, engineer, doktor juga polis idaman , "orang-orang tua" diluar sana , cukuplah mereka tahu aku seorang hamba ALLAH yang bersusun dosa. Kali ini aku akan lebih bercermin diri melihat segala pandangan manusia terhadapku,kerana pastinya aku cuma insan biasa.

sekali lagi aku minta maaf , doakan aku murah rezeki selepas ini , aku tidak meletakkan piawaian untuk dia menjadi zaujahku , dan mungkin bukan dia yang bertudung labuh juga berniqob , aku cuma mendamba gadis biasa yang selalu ada buatku , hormat bondaku dan tahu apa itu setia pada iqtikod, nawaitu , serta fiqli padaku juga tuhanku Robbul jalil..

semoga ALLAH redha ^_^




                                                                               


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

0 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥