Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Friday, August 2, 2013

: Semoga Ada Yang Memahamiku ^_^ :




Ibnu Abas ra berkata:

" Apabila ALLAH SWT menjadikan Adam as ,
mula-mula yang terkeluar dari mulut 
Adam as ialah  "bersin" maka ALLAH SWT mengilhamkan kepada Adam as membaca "ALHAMDULLILAH"dan ALLAH SWT 

membalasnya " YARHAMUKKA RABBUKA" 
yang bermaksud "kerana rahmat itu AKU menjadikan kamu." 


Apabila ALLAH SWT mengutuskan nabi Nuh as,
 di mana kaum Nabi Nuh adalah kaum 
pertama yang menyembah berhala,
 lalu ALLAH SWT mewahyukan kepada Nabi nuh supaya menyeru kaumnya untuk bertaubat. 
ALLAH SWT menyuruh Nabi Nuh memberitahu kaumnya supaya sentiasa mencari keredhan ALLAH SWT dengan menyebut kalimah 

"LAILLAHA ILLAHA ILLALLAH"
 


Apabila terutusnya nabi Ibrahim as, dan terjadinya peristiwa korban yang mana ALLAH SWT telah menebus anak nabi Ibrahim as
dengan seekor kambing,atas rasa yang teramat gembira atas nikmat yang dikurniakan nabi Ibrahim as menyebut 
"ALLAHU AKHBAR".


Berkata para malaikat :

"Inilah kalimah yang keempat yang terbesar dan sungguh baik.
Kemudian malaikat mengabungkan  
keempat kalimah itu dan 
 di sebut  :

"SUBHANALLAH WALHAMDULLILAH WALAA ILAAHA WALLAHU AKHBAR"

Ketika malaikat  Jibril menceritakan kisah ini kepada rasulullah saw baginda merasa kagum dan terus membaca: 

"LAA HAULA WALA QUWWATA ILLAH BILLAHIL ALIYIEL AZIEM"
 

Kemudian Malaikat  Jibril as berkat :" Gabungkanlah keempat empat kalimah ini supaya menjadi...
 

SUBHANALLAH WALHAMDULLILAH WALA ILAAHA ILLALLAH WALLAHU AKHBAR  WALA HAULA QUWWATA ILLAH BILLAHIL ALIYIL AZIEM".


Ada hamba ALLAH menulis "private mesej " menyatakan bahawasanya kenapa saudara cenderung menulis perihal perkara khususnya soal cinta , jodoh dan apa sahaja mengenai saudara , apakah saudara tidak risau dan khuatir pada sahabat seagama kita di Syria? 

balasku semoga hamba ALLAH itu faham:  

alhamdulillah terima kasih atas teguran itu , sebenarnya sudah lama tersemai niat untuk menjadi seorang syabab yang berjuang hingga ke titisan darah syahid , namun begitu  saya sudah punya pages lain yang lebih mendedahkan khusus kepada isu di Syria itu ,jika diizin ALLAH nak terus ke sana , bukan hanya penulisan semata-mata , namun apa sahaja kuasa dan tindakan kita untuk ke sana , sedangkan kerajaan kita juga tidak menyokong golongan sunni disana sambil sangat dukacita terhadap media Malaysia yang memutarbelitkan kebenaran  , senjata kita adalah doa berdoalah wahai sahabat , tidak guna juga share, copy and paste padahal tidak membekas dihati kita , iman + amal biar dalam rahsia, saya berdoa untuk mereka sehabis baik insha ALLAH, semoga kemenangan milik kebenaran ALLAHUAKHBAR..!!


Perasaan itu bukan seperti copy and paste , bermula di status berakhir di wall fb kita ^_^  padahal segala nukilan yang saya coretkan punya huraian perasaan yang terkadang berkaca lebih mahal dari sebuah gelak dan tawa ^_^

makin ramai yang komen di ruangan kanan pages ini alhamdulillah , ayuh mengimarahkan pages nukilan hati lelaki ini , bukan selalu orang sudi komen ^_^

Jumaat terakhir di bulan ramadhan pada tahun ini , kenangan demi kenangan menjadi jejak yang tertinggal meniti gerbang baru pada syawal nanti , alhamdulillah  ^_^ aku bersyukur masih dizinkan ALLAH untuk bernafas lagi dan lagi , aku juga tidak tahu sampai bilakah peluang ini diberi oleh-NYA , sambil aku akan selalu bersiap untuk menemui illahi walau hanya dengan ingatan dari penulisan ini.

dakwah itu ada banyak cabang dan halnya , namun berdakwahlah mengikut masa dan zaman kamu ^_^ asal tidak bercanggah dengan syarak , asal tidak tinggalkan al-qur'an dan sunnah , kita "wajib" mengikutnya, terkadang pabila seseorang hamba ALLAH bercerita tentang kemanisan iman , solatnya , qiamulailnya , dan apa sahaja tentang kebaikan , mesti akan ada mereka yang komen , " soal ibadat, tidak elok diceritakan", ada pula yang menyatakan "riaklah tue" , ada pula yang berkata "bajet bagus", skop pemikiran kamu terlalulah singkat , sedang iman dan ikhlas manusia juga tidak bisa rasa, inikan niat seorang pendaie itu ^_^ pada pendekatan saya , selagi kita tidak cukup kenal seseorang itu janganlah mudah melabel seseorang itu , duduklah rapat kenali , ta'aruf dekati mereka baru tahu niat mereka ^_^ apa salahnya mereka mengingatkan kita , bercerita tentang kemanisan iman , andai ada yang suka , andai ada yang sama-sama lakukan kan dapat pahala? Jadi janganlah serkap jarang , ingat ALLAH selalu ^_^ husnuzhon (sangka baik) , barulah orang lain pula akan sangka baik pada kita.

Aku anak saudara kepada seorang Imam Besar di Muar , namun orang sekitar sini mengatakan aku anak kepada pakcikku , mana tidaknya aku anak yatim , selepas sahaja arwah abah meninggal , pakcik menjaga kami adik beradik , jika ada orang mengatakan aku anak imam , aku hanya bisa tersenyum ^_^

Namun bukan status 'anak imam" menjadi cerminan peribadiku , walau terkadang menggantikan pakcik mendidik anak jiran mengaji al-qur'an , sahabat lain kenali aku dengan muzik dan persekitaranku , mahasiswa di universiti dulu mengenali aku dengan kepetahan berkata-kata , aku bisa menjadi apa sahaja dalam sedetik masa , hanya kerana aku suka akan cabaran baru , walau perkara itu baru buatku.

Aku akan merubah cara pemakaianku dikala ke masjid dan surau, berjubah , berkopiah , berkain pelikat , namun sekiranya aku diluar pemakaianku seperti orang lain tanpa berkopiah , tapi masih menutup kepala dengan "cap" ataupun snow cap , tidak hairanlah pabila seorang pakcik melihat penampilanku dari atas hingga ke bawah kala aku berada di luar,  ada pula sebilangan mereka yang mencintai sunnah , memulaukan aku dikala aku tidak berpakaian seperti mereka , walau aku tidak berjubah , berkopiah , berserban aku masih menutup aurat, dan tidak memakai seluar pendek sekiranya berada diluar, paling sedih cara pemakaianku dikatakan "yahudi" , sungguh iman itu bukan diukur hanya pada pakaian juga...

Remaja zaman sekarang amat suka corak penyampaian dakwah berbentuk santai , dengan kiasan dan jenaka , bukan ketegasan seperti dulu kala, sentuh hati mereka dahulu , buat mereka suka tentang kita , barulah semai benih agama dalam hati-hati mereka , sebagai contoh, sekiranya habis sahaja jamming dengan adik-adik dan anak-anak muda dibawah umurku macam biasa akan berhenti kala azan dan mengajak ke musolah , ataupun solat berjemaah di studio , dimana tempat boleh solat asal bersih dan terpelihara dari najis.

Rasulullah juga memulakan medan dakwah dengan perbuantan (akhlak yang baik) , kemudian baru sahaja ke peringkat seterusnya , hinggakan ramai yang jatuh hati dengan keperibadian baginda. Sebab Itu bukan ketegasan paling utama untuk membuat benih cinta itu subur kecuali dengan sentuhan qalbu yang maha membekas dihati. Pernah dengar kisah rasulullah dengan si pembaling najis? Rasulullah rela diperlakukan sedemikan rupa asal kesabaran baginda itu mengusik hatinya? bukankah sabar itu juga salah satu daripada akhlak mulia? 

Segala perkongsian cerita yang ditulis olehku adalah kisah benar diri ini , hanya berniat untuk "dikongsi" bersama , semoga kalian pembaca tersentuh hati , berusaha dan berdoa semoga kehidupan kamu semua tidak seperti hamba ALLAH ini . Segala yang berlaku punya hikmah yang tersembunyi , sungguh aku juga masih tercari-cari dimana kiblat masa depanku yang betul , dan dimana pula penyeri hidupku nanti. 

Malam ini bukan malam berpuisi cinta , malamn akhir ramdhan yang bakal berakhir tidak lama saja nanti, malam ini tiada retorik rindu yang bisa membuat kamu terkesima terhadapku , malam ini bukan malam pertama buat melestarikan ikatan dua hati sejoli yang sah ikatannya , malam ini mungkin sahaja malam al-qadar yang bukan dicari "ala kadar" kerana malam itu lebih baik dari seribu malam.....

" minta maaf bonda , aku belum cukup mampu menunaikan hajatmu , andai dia tahu susah hati lelaki ini masih belum bernoktah , andai bonda tahu aku lebih risau akan kesihatan dirinya yang tidak menentu , andai bonda tahu aku akan tinggalkan dunia yang menggila ini  mungkin sebelum dirinya , aku masih sakit bonda, walau zahir nampak senyum melata , siapa tahu batin ini diracun seribu duri , luka bernanah tidak henti , hasad manusia menodai diri..."


bonda mendidik aku supaya memaafkan orang lain , hingga bersusun kemaafan dariku walau bukan salahku , bonda membisik dihalwa telinga tentang kesederhaan dalam perilaku , supaya mereka tidak mudah menyanjungiku walhal aku juga selalu rebah tanpa tarbiah bondaku, aku sedang cuba menjadi anak soleh tanpa membelakangi bondaku , dia utama dia terutama.....


pernah aku sentuh cinta , dan cinta itu memusnahkan ragaku , pernah aku merindui cinta , sedang cinta itu meranapkan segenap harapanku , pernah aku mengangankan sakinah dalam bicara akad terhadapnya, sedang cintaku hanya eksperimen perasaan yang ditinggalkan tanpa rasa belas padaku ^_^


sebab itulah aku suka menulis dan menulis kerana bicara hati ini , tidak akan siapa pun tahu , kerana di hati ini hanya tuhan yang tahu ^_^


Biar kita menjauh , cukup berhubung melalui doa . Aku percaya , kuasa doa mampu mengubah sesuatu . Semoga Allah sentuh hatimu :') 

# temuilah aku dalam istikharahmu.. 




Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

2 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

Allahu . :|
sabarlah , ALLAH memahami kehendak hatimu .
sungguh terasa hati ini tika membaca entry ini . kerana sedikit ada persamaan dengan kehidupan ana . :") hanya ALLAH yang tahu segalanya .
sukar untuk kita mengertikan manusia tentang apa yg disampaikan . apapun , teruskan daie dijalanNYA . insyaAllah , fi hizfillah .

Anonymous said...

Assalamualaikum syuk..... Subahanallah walhamdulillah wala illa ha ilallah wallahuakbar dan jom sambung lagi La haulawala quwatailla billahil allihil azeemm.... :) apa khabar syuk? Bonda sihat? Harap semuanya yang dibawah lindungannya allah swt...

Tak lama lagi ramadhan akan meninggalkan kita... Ya allah... Sedih hanya allah yang tahu... Entah diberi peluang atau tidak bertemu dengan ramadhan yang mulia lagi... Allah allah allah..... Sesungguhnya allah telah rancang yang terindah buat kita semua... Dikesempatan ramadhan yang semakin menjauh mari kita memohon redhanya allah swt. Dunia dan akhirat allahumaa aamiinn....

Akhir qalam eid mubaraq buat syuk dan bonda semoga aidilfitri ini membawa keberkatan buat syuk dan keluarga... Tahun ni saya raya di malaysia bersama family tercinta tak mcm 2 tahun lepas beraya di perantauan... Alhamdulillah.... Nanti raya datang la rumah dekat sangat muar dengan rumah saya.... :) selamat hari raya maaf zahir dan batin......
Salam aidilfitri dari bidadari syurga.... ;)

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥