Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Wednesday, July 31, 2013

: Untuk DIA yang Bergelar "HAWA" :






"kadang orang bertudung singkat itu lebih tinggi ilmu agamanya berbanding bertudung labuh. 
cuma dia tidak mengamalkan ilmunya itu."

" pepatah arab mengatakan, ilmu tanpa amal,
 ibarat pohon tanpa buah ^_^ "


mana ada aku meletak gadis idamanku, sedang aku hanya menulis kata tarbiah bagi mereka tersentuh sambil berubah menjadi lebih baik,
mana ada cinta manusia yang agung , yang ada cuma cinta abadi hanya buat pencipta , siapa aku ingin memilih dan cerewet tentang apa sahaja aturan tuhan, nyataNYA DIA lebih tahu , lebih faham dan selalu mengerti, lukisan hati ini jika dicuba fahami maka "galau " jadinya...

Galau? Maksud Galau itu fikiran bercelaru , Subhanallah  apa sahaja ada padaku semuanya milik ALLAH jadi hanya ALLAH mampu milik diri ini , segalanya aku berserah sambil berbekalkan usaha menggila dan doa yang  istiqomah semoga semua baik-baik sahaja ^_^ insha ALLAH aminnn..


andaipun dia "cantik" , dia "ada" rasa pada diriku?
andai dia sudah mula menjengah peribadi ini , belum tentu dia jodohku.
walau dia sedang senyum kala membaca lukisan hati lelaki ini belum tahu dia musuhku ^_^ aku tidak mendamba sempurna buat menjadi teman sisiku , cukuplah yang tahu apa itu "setia" bersama tugu cinta "wafa dan wafiy " milik anganku , jika dia tahu aku cuma ingin hati yang rawan tanpa bersegi menjadi zaujahku , yang tahu kehendak syurga yang ALLAH coretkan didalam kitab suciku , dan si dia yang tahu apa itu
 "mahar" ( harga) buat gadis menjadi penyejuk dimata dan penawar dihatiku , semoga dia fahami metafora perasaanku ^_^

Maaf , hari ini sungguh banyak kerja , bersiap untuk syawal yang bakal menjelma kurang dari 4-5 hari sahaja lagi , terkesima aku disubuh hari tadi , ramai tanya "suara" siapa yang memecahkan hening pagi tadi dengan laungan azan bertarannumkan "nahwand" sungguh kaget mereka hingga ramai juga datang ke Surau Nurul Qamar ,SEKITAR sini..

sangat sedih makin kurang anak muda yang hadir dikala subuh hari walaupun diwaktu magrib dan isyak penuh surau hingga ke anak tangga.
Adakah Mereka pernah baca tentang sepotong hadis yang berbunyi ^_^

"di antara tanda seorang itu munafik dia tidak hadir ke masjid/surau , pada 2 waktu iaitu isyak dan subuh "

waktu isyak , mungkin waktu untuk lelapkan mata , dan waktu subuh pula mungkin ada yang masih dihanyut lena dan belum terjaga, amat rugilah mereka yang berpuasa tidak menjengah masjid dan surau kejar darjat 27 itu , walau dia solat sendiri di rumah belum tentu 27 darjat itu menjadi miliknya ^_^ lebih-lebih lagi solat tanpa khusyuk , rugilah sahabatku semua...tepuk dada tanya sendiri imanmu ^_^

tersenyum aku mendengar tazkirah subuh tadi bicara sinis seorang ustaz yang belum dimamh usia berbicara tentang kriteria ustaz di zaman moden ini ^_^ mungkin kamu juga akan terfikir sama.. katanya dengan nada sinis dan bersahaja.....


" antara kriteria-kriteria  untuk menjadi ustaz yg bguna kpd umat pada masa kini ialah...
pandai mbuat lawak dri mula smpai habis di majlis2 ceramahnya,
memakai kasut Supra seperti Justin Bieber,
mpunyai rupa yg mnarik,
pandai bermain gitar smbil menyanyi ddalam masjid adalah satu kelebihan utama..." 


aku bukan seorang ustaz, namun sering sahaja  dilabel kanan dan kiri, dihujani jua seribu persoalan dilaman muka buku bertanyakan hukum hakam jadi secara tidak langsung , untuk meningkatkan pengetahun diriku juga , aku kembali membuka sekalian kitab yang ada sambil bertanya lagi dengan mereka yang lebih arif , sunggu aku masih jahil , siapalah aku nak diukur sama hebat seperti "imam muda" dan mereka yang diangkat nama melalui program realiti televisyen ^_^ banyak lagi kurangnya aku.. tentang lagak "poyo" dan jenakaku mereka akan kata "ustaz rock" dan mahu ditegaskan lagi yang aku bukan seorang ustaz, cuma suka dan cinta akan daie dalam agama..

sebab itu aku lebih suka bersikap biasa , walau terkadang pengetahunku lebih daripada mereka , kerna asal pendidikan terawalku bermula di sekolah agama , namun aku tidak praktikkan lagi cara agama itu , walau terkadang ingin benar kembali seperti waktu naif dulu.. namun entahlah insha-ALLAH mungkin satu masa nanti , harap kala itu masih sempat sebelum aku menghembuskan nafas yang terakhir kali...


sebenarnya persekitaran yang banyak merubah aku ^_^ didikan ibubapa bukan jadi hal , kerana aku yang memilih jalan masa depanku ,namun doa dan restu bonda harus ada , kelak nanti hingga ke sudah aku tidak mendapat berkat ^_^

alhamdulillah walau kehidupan biasa ini , aku masih tegar tanpa menghisap rokok , menyentuh alkohol juga bersandiwara cinta dengan hawa, pernah terkadang minat dan suka pada si hawa itu namun ukur rata-rata diri ini , mana mungkin dia suka aku  , tengok penampilanku  sahaja ditenung dalam-dalam , macam aku "alien " planet namex sahaja ,  suka melihat hawa itu sopan dan terjaga memakai jubah , tudung labuh dan niqob cuma , aku memilih gadis biasa buat menjadi peneman akhir hayat ini , bercermin lebih baik , ukur imanmu dulu,  aku tak layak buat mereka yang terlalu polos , aku hanya layak buat gadis yang berbayangkan pekertiku ^_^ namun insha - ALLAH aku juga berniat semoga akan berubah menjadi lebih baik nanti, 
aku yang akan memimpin gadis ke syurga ALLAH 
dan aku seharusnya selalu bersedia dari segala sudut ^_^



kepada mereka yang bakal mengakhiri zaman bujang pada sywal ini ingin aku selitkan sebuah cerita buat tatapan semua pembaca ^_^



 Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya 

"Kenapa sibuk nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi pakcik 10 alasan kenapa. Kalau 10 banyak sangat, kasi 8 alasan pun jadilah."

"Ok macam ni abah. Eh pakcik!"
1. Dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith).

2. Nak jaga mata, hati dan kemaluan.

3. Nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila-bila masa sahaja.

4. Nak ada zuriat yang dapat bahagia dan doakan kami, mati bila-bila masa aje kan abah? eh pakcik!

5. Dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala.

6. Dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yang lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga.

7. Nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama.

8. Saya sayang dan cintakan anak pakcik .
"Sobsob. Ok kahwinlah dengan anak pakcik. Moga anak mampu membahagiakan dia lebih dari apa yang termampu pakcik lakukan."

P/s - Kepada yang punya perancangan untuk mengakhiri zaman solo yang membosankan, tanamkan 8 perkara ini dalam hati ya. Mudah-mudahan yang terbaik untuk kita semua.

Syuk al-hafiz>


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

2 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

Assalamualaikum wahai lukisan hati,

Sesungguhnya [AKU] memahami metafora perasaanmu..
Terkadang [AKU] galau untuk lebih mengenalimu..
[AKU] doa, semoga kamu jumpa 'Zaujah mu yang halal untuk mu'..

Yang Sarang

Tyah said...

sem0ga berjaya mencari si hawa yg diimpikan :)
biIznillah , m0ga ALLAH permudahkan

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥