Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Tuesday, July 30, 2013

: Lukisan Hati LELAKI INI III :


                                               


Indah bukan kerana selalu Mudah..
Setia bukan kerana Kita Sempurna ,
Tapi setia kerana Kita saling Menjaga..
Sehati bukan kerana Memberi ,
Tapi sehati kerana saling Memahami..
Cinta bukan kerana Terpesona ,
Tapi cinta kerana saling Terbuka..
Bersama bukan kerana Dunia ,
Tapi bersama kerana ALLAH..
Indah bukan kerana selalu Mudah,
Tetapi indah kerana dihadapi bersama setiap
Kesusahan.. 

alangkah gahnya sahabat sekeliling saya kebanyakkan bakal menamatkan pengajian di universiti masing-masing ^_^ kalau pulang beraya di kampung sangat seronok melihat telatah dan karenah mereka ,mereka semua akan duduk dijambatan surau nurul qamar Parit Raja , Muar JOHOR, sambil berkumpul, sesudah selesai solat sunat hari raya , kami akan bersalaman sambil bercerita ,antara soalan yang biasa dibualkan, "buat apa sekarang?", "bagaimana pengajian di universiti?"  dan banyak lagi , rutin harian kampung Parit Raja , budaya ziarah  marhaban pada 1 , 2 syawal diseluruh kampung sambil memuji asma illahi.
sangat seronok itu yang "mahalnya" budaya johor dalam jiwa saya...


tahniah buat semua sahabat yang bakal menamatkan "hari jubah" mereka , terkadang rasa "teringin"  menjadi seperti mereka selalu bernasib baik , tiada halangan untuk teruskan belajar dan mudah mendapatkan wang dengan hanya meminta dengan ibubapa mereka ^_^ mungkin tidak bagi hamba ALLAH seperti saya... dalam keheningan pagi syawal , selalu membuatkan saya bermenung walau raut wajah nampak sangat gembira , dalam benak fikir sedang bergelumang dengan seribu pertanyaan masyarakat , ingat lagi ketika saya tidak dapat meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi ^_^ semasa sahabat lain sibuk mengajak beraya ke rumah semua cikgu , saya mencuba mencari jalan untuk keluar dari suasana itu...


pernah tersentuh hati , pabila pergi beraya ke salah sebuah rumah guru yang sangat baik dengan saya ketika sekolah dulu ^_^ tetapi segalanya berubah hanya kerna satu peritiwa,cikgu tahu yang saya tidak dapat meneruskan pengajian, langsung dia tidak endahkan kehadiran saya di rumahnya ^_^ hanya sibuk bertanya sahabat lain keadaan belajar ditempat  mereka , terkadang sedih juga ^_^ namun selalu sahaja bersikap positif , alangkah bagus kalau dia tahu kenapa saya tidak teruskan pengajian ini. antara semua sahabat yang ada , hanya 2 orang daripada mereka sangat suka membuat saya senyum melata ^_^ dia faham keadaan saya, kawan dunia dan akhirat saya hadi juga hafiz kadir , kalau tiada mereka berdua mungkin langkahan masa hadapan ini akan selalu merapuh..

saya bukan seorang anak yang soleh , pernah mengecewakan harapan seorang ayah untuk melihat saya menjadi seorang pendidik agama , menjadi seorang ustaz , tapi selalu sahaja saya berdegil , ruapanya dia ingin saya teruskan legesi dakwah seperti moyang saya yang sangat terkenal , dan seorang penulis kitab agama, kerana terlalu suka akan muzik pernah mencuri segenap masa belajar petik gitar dengan bermacam orang , sehinggakan al-quran yang pernah 1/3 dari isinya saya hafal , hilang terbang entah ke mana, sungguh bila meniti akan jalan kesedaran rasa sangat berdosa.... 


setelah perginya seorang ketua keluarga, seorang ayah dan nakhoda keluarga kerna panggilan illahi , bermacam dugaan bersusun banyaknya buat diri ini ^_^ bermacam kerja saya lakukan , jual insurans , jual burger ,  promote baju , ambil upah mesin rumput dan banyak lagi walhal banyak lagi kerja boleh lakukan cuma kebanyakkan kerja tidak bersesuaian dengan saya kerna ketika itu saya seorang pelajar lepasan tingkatan 5, segala kerja yang ada membuat saya semakin menghargai nilai wang yang saya dapat hasil dari keringat saya ^_^ duit itu sahaja dapat memberi sedikit pada bonda buat belanja dapur dan selebihnya akan dihantar kepada akak , di universiti sana ^_^ agak susah keadaan saya ketika itu , mungkin sebab itu saya  bernekad akan tolong bonda selagi termampu , selagi bonda boleh tersenyum..

surat terima belajar sampai ke rumah , agak seronok bila dapat tahu saya berjaya juga ke ipt , dan kala itu hanya ALLAH sahaja tahu harga tangis seorang ibu , melihat anaknya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading ^_^ dan ketika itu juga saya mula terfikir apakah bisa saya meneruskan pengajian dan mungkin akan menambah beban pada bonda? tangis istikharah mula disusun rapat ,tadahan doa bersama airmata mula beristiqomah ^_^ pandangan makin kabur pada gerbang ipt , mungkin bukan rezeki saya untuk menamatkan pengajian disana.. namun dengan berbekalkan restu bonda ,demi menjaga hatinya saya terus mendaftarkan diri ke sana....dan sempatlah juga belajar di universiti untuk beberapa sem ,namun demikian mulalah beransur duit selama ini disimpan makin habis , mula tidak keruan pabila selalu sahaja kerja part-time yang dilakukan membuatkan diri ini terlena ketika kuliah bermula... dan ketika itu disakat sinis oleh sahabat-sahabat yang tidak pernah menjengah kehidupan saya , mereka mula berkata belakang dan satu masa itu ...terpaksa saya berhenti dari melakukan pekerjaan itu oleh kerana nama ini dijaja melata sehinggakan pointer kala itu agak terjatuh..pensyarah menasihati saya dengan pelbagai hujahan yang maha sakit, namun ditelan dalam-dalam..

satu masa , perlukan duit dengan sangat sebab ,PTPTN kala itu lewat masuk , sehinggakan dalam dompet usang hanya tinggal beberapa sen , sangat tertekan pabila rindu yang mendalam pada bonda menyebabkan saya makin susut tubuh badan , mahu simpan duit untuk pulang ke kampung ^_^ bayangkan ,pada kala itu nak kerja part-time , pensyarah tidak bagi , nak makan duit tiada , dan bermacam lagi perkara yang membuatkan diri ini tidak LAGI merasa apa itu kemualian dalam berpendidikan... maka berakhirlah kisah sebagai seorang mahasiswa ^_^  dengan bulat tekad dan dengan kekebalan sebuah niat..segalanya terlaksana.. surat penangguhan belajar sudah termeterai , sudah juga aku bakar beberapa kali..sebab itu tidak perlulah ditanya soal, konvo, soal sambung pengajian kepadaku..insha-ALLAH jika umurku panjang nanti akan aku sambung pengajian nanti tapi bukan diusia ini..


dihari dan bulan baik ini , pengajaran dari sebuah kisah benar dan tauladan ini , ingin aku lukiskan diminda para pembaca, bukan semua orang bernasib baik , bukan juga semua mereka berjaya dengan segulung ijazah, rezeki ALLAh itu luas, seperti biasa aku kembali melalui hari-hari biasa tanpa apa-apa kemegahan dunia, cukup sahaja bekerja biasa ^_^ asal ada masa solat , boleh jengah bonda, boleh muhasabah diri rata-rata, mungkin selepas ini akan ada mereka yang berjarak terus dari cuba mengenaliku..aku cuma insan biasa yang selalu berlumpur dengan dosa-dosa dunia...  tidak meminta apa-apa didunia cukuplah punya kerja biasa yang bisa terluang masa dimusolah/masjid sambil menjaga bonda hingga ke akhir hayat ini...





ramadhan akan berakhir tidak lama sahaja lagi..
semoga apa sahaja amal diterima yang esa..
diriku tidak syumul dan selalu sahaja terbias berlumur dosa..
sambil kenal diri rata-rata..
aku hanya hamba dimuka dunia..
natijah kiasan pemanis penghambat duka nestapa..
semoga mereka faham lukisan hati seorang lelaki ini..
tiada apa didunia hanya sia-sia belaka..
mungkin sekali aku tidak berjodoh 
dan siapa tahu syurga dan neraka itu milikku..
ALLAH maha besar kepada-NYA sahaja tempatku bermohon ampun..
ayuh sahabat semua mari kita cari apa itu kemanisan iman..
bagaimana rasanya ramadhan penuh berkat ...
hidupkan malam kita dengan maghrib yang baik,

bersama doa yang ikhlas,

diteruskan dengan Isya' yang cantik,
bersama tarawih yang kemas,
diiringi doa-doa yang penuh mengharap.

Kemudian Subuhlah pada waktunya,

dan tika itu mohonlah dalam doa kita agar Malam Al-Qadr yang pastinya telah kita lalui diterimaNya.


Itu jauh lebih baik, dari memilih-milih malam.


Kita hamba Allah,



bukan hamba Lailatul Qadr. ^_^
          


Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

"Ku jejak tiap haluan dia tuju
kerna ku hanya mahu menjadi seperti dia
ku harap malam tak muncul bintang
kerna mereka tahu aku tak sama"

Wahai lelaki, apa maksud mu "tiada apa di dunia hanya sia-sia belaka?", tidakah kamu merasai nikmat ALLAH di dunia ini? Nikmat untuk sujud, nikmat untuk beribadah, juga nikmat berkasih sayang? Wahai lelaki, sesungguhnya kamu jua tahu 'TENTANG JODOH'. Jodoh itu Rahsia ALLAH. Jangan kamu mempertikai wahai lelaki, umpama kamu tahu bahawa kamu tidak berjodoh. Walaupun ayat mu sekadar 'mungkin', mengertilah kamu bahawa 'mungkin' itu juga [AKU] adalah jodoh mu - Yang Sarang

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥