Cool Blue Outer Glow Pointer
سْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي
MENCARI CINTA SEJATI MENDAMBA KASIH ILLAHI

Di Hati Ini Hanya Tuhan Yang Tahu ^_^


Monday, July 29, 2013

: Sejengkal Masa Buatmu Ramadhan :


                                                                             


"Tuntutlah ilmu dan belajarlah (untuk ilmu) ketenangan dan kehormatan diri, dan bersikaplah rendah hati kepada orang yang mengajar kamu." (HR. Ath-Thabrani)


Kita perhatikan ramai yang apabila mendirika solat terawikh berjemaah ada inidividu yang tidak senang duduk apabila adanya tazkirah. Mereka memberi alasan bahawa tidak sepatutnya diambil kesempatan sewaktu terawikh. Begitu pun ada juga yang apabila tazkirah diadakan pada selepas waktu Maghrib mereka ini tetapi meninggalkan majlis ilmu.

Iman yang kukuh pastinya akan cintakan ilmu bahkan akan merasa ia satu kerugian bila dilepaskan peluang tersebut. Sesungguhnya hati manusia ini mudah dipengaruhi kepada perkara yang melalaikan maka untuk menubat hati maka kita perlu dekat dengan ilmu. Dengan ilmu ia mencerahkan hati dan perasaan agar menyakini Allah dan bila yakin kepada Allah dan iman menjadi kukuh maka diri dapat menahan nafsu dan perkara yang dilrang. 

"Niscaya Allah akan meninggikan beberapa derajat orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat." 

(Qur’an Al mujadalah 11)

Dekatilah insan yang berilmu, carilah ruang masa walau sesibuk manapun kita. "Duduk bersama para ulama adalah ibadah." (HR. Ad-Dailami). Rohani memerlukan makanan. Makanan itu adalah tazkirah, perkongsian atau pembacaan ilmu bermanfaat, usrah, berada hampir dengan orang berilmu serta hadir dalam majlis-majlis ilmu. Didiklah hati untuk bersabar saat mahu mencari ilmu. Pujuklah ia agar boleh menerima ilmu yang bermanfaat sebagai teladan buat diri menempuh kehidupan. Ameen. 


"Sesungguhnya Allah tidak mengambil ilmu dengan cara mencabutnya begitu saja dari manusia, akan tetapi Allah akan mengambil ilmu dengan cara mencabut (nyawa) para ulama, sehingga ketika Allah tidak meninggalkan seorang ulama pun, manusia akan mengangkat pemimpin-pemimpin yang bodoh yang apabila ditanya mereka akan memberikan fatwa tanpa didasarkan ilmu lalu mereka pun sesat serta menyesatkan." (Shahih Muslim No.4828)


Tazkirah Ramadhan: Menurut At Tsauri, seorang ulama’ hadis yang terkenal, terdapat 10 perbuatan baik tapi dianggap sia-sia jika dilakukan:

1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak dipohonkan doa untuk kedua ibu bapanya dan kaum muslimin.

2. Orang yang kerap kali membaca al-Quran, tetapi tidak membacanya secara tertib sekalipun sehingga 100 ayat setiap hari.

3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian keluar dari masjid tanpa menunaikan solat Tahiyyatul Masjid.

4. Orang yang melalui tanah perkuburan tetapi tidak memberi salam pada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan keselamatan arwah-arwah mereka.

5. Lelaki yang masuk ke satu kota pada hari jumaat, kemudian dia keluar dari kota tersebut tanpa mendirikan solat Jumaat.

6. Orang yang tinggal di satu lingkungan bersama ulama’ , tetapi ia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuannya.

7. Dua yang bersahabat tetapi mereka tidak saling bertanya, atau mengambil tahu tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Orang yang mengundang seseorang sebagai tetamunya, tetapi tidak dilayan tetanu tersebut dengan sebaiknya. (bersifat acuh tak acuh).

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih kelaparan, sedangkan ia sendiri makan dengan kenyangnya.

Semoga dengan sedikit tazkirah ramadhan ini mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. Semoga ia menjadikan kita lebih tawaduk dan menginsafi kesalahan silam

wallahualam ^_^



................................................................................................................

Salam ukhuwwah.......

Praise be to Allah....Jagalah Allah, pasti Allah akan menjagamu.......Ihfazillaha, Yahfazuka....

bersempena bulan ramadhan ,  agak lama juga aku  tidak menyentuh isteri keduaku..
aku  akan selalu peluk dia bersaksikan langit illahi.. dia selalu ada di masa senggangku.. dia sentiasa setia melalui hari-hari bersamaku , cintaku padanya selalu juga dalam "mood" sebab terkadang akan ku campak jauh-jauh isteriku itu , biar dia keseorangan kerana dia bukan mahar hakiki untuk aku bawa ke alam sana , sebab itu, aku akan berkhalwat dengannya dikala perlu , dikala zahir dan batinku meronta, hiburan indah bakal iqtikaf didalam debunga hati, sambil ku petik dirinya dipeluk erat dan  menyanyi girang.. mungkin kerana hobi "tanpa restu" arwah abah dan bonda  juga menyebabkan dia  selalu sahaja akan dijual jika aku benar-benar memerlukan wang..dia adalah aset hiburan yang fana jika salah digunakannya hanya terliar dengan dosa . wahai "ibanez guitar " terima kasih temani aku disaat sedih dan pilu.. akan aku jual kamu, kerna aku lebih perlukan kewangan untuk membeli sesuatu...

selain dia aku juga punya teman duka lara , iaitu bondaku...sambil menulis bait-bait bicara..aku suka merenung dalam-dalam diri ini , nyanyi di laman muka buku medan dakwah baru yang telah aku sentuh.. ada juga yang "ingat" aku ini mat lutfi , walau kami sebaya , aku belum cukup bijak seperti dia bisa belajar hingga ke luar negara dia punya semuanya sedang aku insan kerdil yang cuma melihat dari biasan kekurangan diri . itu kan rezeki dia ^_^

10 hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita , aku pernah berdoa dikalaku sakit bermandikan hasad manusia, dikalaku rebah difitnah dunia , aku bermohon semoga ALLAH ambil nyawaku di bulan mulia ini . Bayangkanlah bila mana aku bercerita "tentang rasa" yang sedang menjerit di relung imanku , bisa jadi gila jika dipendam lama-lama  Namun mana ada doa meminta ajal dimakbulkan, aku hanya berharap keinginan itu berakhir nyata nanti. Kehidupan sisiku tidak seindah orang lain , bukan mudah untuk aku menjamah bahagia kerna aku harus menelan seribu kelam pahit kehidupan . Jadi aku tidak akan berharap kepada sesuatu keindahan juga kemewahan dunia kerana kehidupan biasa sudah cukup memadai buat diriku .

Diploma dan Ijazah tiket untuk mereka mengejar pangkat didunia malah lebih lagi bila mana "punya" master juga PHD. Namun semakin tinggi kamu mengejar ilmu dunia , jangan lupa bekalan untuk dibawa ke alam seterusnya. Aku pula tiada semuanya , mungkin sebab itu juga aku belum bisa "dihormati" di atas dunia ini ^_^ jujur mentaliti bangsaku memandang pendidikan , kerja , pangkat , dan akhir sekali baru ukuran iman. Walhal harga iman dan kebaikan hati hanya nurani sahaja dapat mengenali.

Aku pernah "dimalukan ' seorang hawa sewaktu aku bekerja sebagai security guard di salah sebuah sekolah cina sekitar MUAR, tanggungjawabku pada hari sabtu dan ahad , memastikan kawasan sekolah bebas dari aktiviti manusia hinggakan pada ketika itu aku leka menunaikan solat fardu zohor , ada sebuah kereta masuk ke dalam sekolah dan dengan biadap, parking tanpa kebenaran, rupanya "gadis" itu anak kepada Guru Besar sekolah, selepas habis wirid aku terus bergegas menghampiri kereta itu.

aku bertanya "maaf kak, tak boleh parking dekat  kawasan sekolah, kalau hari sabtu ahad , kalau nak parking harus minta izin Guru Besar.."

balas gadis itu ," kau "jaga" jew, tak payah bajet sangat , ayah aku gurubesar dekat sini "

tambahku lagi," ooo maaf , kan bagus kalau cakap elok-elok"

ditomah sinis gadis itu , " kau tak payah sekolahkan aku , aku cuma nak pergi kedai depan nie saja, kejap jew pun , kau jangan macam-macam nanti aku report ayah aku "

tersenyum aku ,sambil  akur dengan tomahan gadis itu , apa sahaja kerja selepas aku berhenti belajar dicuba , segalanya 'ada' hikmah mungkin ALLAH tak bagi aku berkedudukan juga berpangkat kerana mungkin jika aku berpengkat aku akan menjadi biadap seperti gadis itu. Pengalaman bekerja di pelbagai sektor telah mematangkanku, cuma kala ini aku masih mencari lubuk rezeki selepas "membawa diri" dari fitnah dunia itu. Kenangan KERJA di Shah ALAM, paling indah buatku walau pengakhiran kisahku tidak sempurna, namun kerana "fitnah" itu telah membuka imanku untuk memilih seorang "sahabat" dengan lebih berjaga-jaga selepas ini.

Rentetan Cerita ini memberi bekas pada jalan hidupku, akanku  lebih mengukur baju  dibadan sendiri jika ingin mengenali gadis, sekufu pada pandangan manusia sangat singkat, namun pada pandagan ALLAH, sekufu itu sangatlah luas ^_^ carilah kerja ,walaupun sebagai tukang sapu yang penting halal , dan punya ruang masa untuk solat , aku bukan golongan berpendidikan , walau pernah bergelar  mahasiswa , namun siapa tahu impian itu harus bernoktah disitu , ada lagi peluang untukku bernafas, tidak perlu memilih kerja dengan kelulusan yang aku ada. Nasihatku JIKA KAU berada diatas cubalah kau selami hati mereka dibawah , kerana terkadang hati mereka lebih mulia berbanding kamu , lebih gah di mata ALLAH robbul jalil ^_^

semoga amal ibadat kita di bulan Mulia ini dipandang ALLAH , sama-sama perbaiki diri , jangan kau hina seseorang itu melabel dengan bermacam nama , namun kau sendiri tidak tahu siapa dia disisi ALLAH. Mungkin dia bakal raja di Syurga sana ^_^


Cinta sejati selalu menemukan jalan. Ada saja
kebetulan, nasib, takdir, atau apa saja
sebutannya. Tapi sayangnya, orang-orang yang
mengaku sedang dilamun cinta adalah sebaliknya,
selalu memaksakan jalan cerita, khuatir, cemas,
serta pelbagai perangai yang lain. Jika berjodoh,
Allah sendiri yang akan memberikan jalan yang
terbaik. "Kebetulan" yang menakjubkan! 




Jaga Iman , Jaga Hati , Jaga Diri ^__^

1 senyum itu satu sedekah ^__^ MARI KOMEN..:

Anonymous said...

Wahai inspirasi.. semakin [AKU] cuba untuk kenal kamu, semakin berbeda cara kita.

Wahai lelaki.. Mungkin benar coretan rintihan mu, mungkin ada juga yang tidak kamu ketahui. Pendidikan dunia bukan hanya tiket untuk mengejar pangkat semata-mata. Kerna bagi sesetengah insan, ia turut dijadikan sebagai tiket ilmu untuk mencari keredhaan ALLAH Azza wajalla. Wahai lelaki, tidakah kamu pernah mendengar, "Sedikit ilmu itu lebih baik dari banyak ibadah?",

Moga ALLAH redha.

Salam Ramadhan dari [AKU], Yang Sarang.

 
♥ syuk al-hafiz official blog ♥